Ipoh: Seorang lelaki mengalami kecederaan pada tangan kirinya selepas tersepit pada mesin penggulung dan pelipat kain di hotel di sini.
Dalam kejadian 11.44 pagi tadi, mangsa dikenali sebagai Faizal Abu Hassan, 29, yang juga pekerja hotel berkenaan dipercayai sedang melakukan kerja melipat kain sebelum tangannya tersepit pada mesin berkenaan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh berkata, tangan kiri mangsa yang tersepit pada mesin berkenaan dikeluarkan kakitangan bahagian penyelenggaraan hotel berkenaan beberapa minit kemudian.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan pada tangan kirinya yang mengalami kecederaan.
"Bomba yang tiba hanya melakukan kerja-kerja pemantauan di lokasi kejadian selepas tangan mangsa berjaya dikeluarkan kakitangan hotel berkenaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 3:00 PM
« »
MANGSA (gambar kecil) dibawa ke HRPB untuk menerima rawatan selepas tangannya tersepit pada mesin penggulung dan pelipat kain. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94244#sthash.qqqmJoum.dpuf
|