Oleh Adib Za
Trend perhubungan muda-mudi, hanya bertunang namun sudah dihebohkan dan dicanang seluruh kampung.
Hinggakan semua orang, di kampus, pejabat atau taman perumahan itu tahu andalah tunang si dia.
Sebenarnya, apa yang sebaiknya jika anda bakal atau telah bertunang? Lihat tip yang diberikan oleh portal Pakar Cinta ini:
1. Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan.
2. Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana, kan lebih bagus.
3. Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
4. Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri.
5. Bila hampir dengan tarikh perkahwinan, barulah khabarkan kepada orang ramai.
6. Kadang-kala, rahsia pertunangan diketahui orang. Yakinlah dengan Qada’ dan qadar Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu. - CARI Infonet
|