SEJENIS ikan kecil yang ditemui di Tasik Eyre, sebuah kawasan padang pasir dekat Australia Selatan, mampu bertahan berada dalam lopak berlumpur dengan tahap kemasinan tiga kali lebih tinggi daripada laut, purata suhu 40 darjah Celsius, dan ia perlu bernafas melalui mulut untuk terus mendapatkan oksigen yang cukup.
Meskipun bukan berada di dalam air, spesies ikan itu mampu bertahan dengan baik walaupun ia bukan perenang yang kuat. Ikan kecil berukuran enam sentimeter itu menarik perhatian penyelidik selepas mereka menemui keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan lopak yang cetek dan mampu bergerak pantas hanya untuk mencari teman.
Calon ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Monash, Krystina Mossop berkata, pasukan penyelidikannya tertarik untuk memerhatikan habitat haiwan itu bergerak dari lopak ke lopak dalam perjalanan jauh mencecah ratusan kilometer.
Menurutnya, kumpulannya berminat untuk melihat bagaimana ia bertindak balas kepada perubahan persekitaran dan bagaimana ia hidup dalam habitat berbeza berbanding ikan lain.
“Ikan kecil padang pasir ini adalah lebih mudah alih daripada kebanyakan invertebrata akuatik, tetapi mempunyai keupayaan berenang yang kurang sebagai seekor ikan,” katanya. – Daily Mail
-sinar harian
|