Edited by GhostWalking at 17-11-2015 11:52 PM
Jalan utama di Klang Utara dilanda banjir kilatAnggota bomba dan penyelamat membantu melancarkan trafik dan menolak kenderaan terperangkap di jalan utama di Klang Utara yang dilanda banjir kilat. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
[size=100%]KUALA LUMPUR, 17 November:Hujan lebat yang berlaku kira-kira pada jam 4.00 petang tadi mengakibatkan dua jalan utama di Klang Utara dinaiki air setinggi kira-kira satu setengah meter. Jalan yang terlibat ialah Sungai Rasah dan Jalan Padang Jawa yang teruk terjejas kerana dinaiki air. Begitu juga di kawasan Sungai Pinang, Kampung Jawa dan Jalan Batu 3 Lama dekat Shah Alam. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Sungai Pinang, Pegawai Kanan Dua Satya Seelan, tujuh anggota digerakkan ke lokasi yang terjejas. “Bomba menerima panggilan pada jam 5.08 petang oleh orang awam dan tujuh anggota digerakkan ke lokasi. “Setibanya kami ke lokasi, jalan raya dinaiki air menyebabkan kenderaan sukar melalui jalan utama Sungai Rasah dan Padang Jawa,
“Anggota bomba dan penyelamat membantu beberapa kenderaan melalui jalan yang dinaiki air bagi mengelakkan mereka terperangkap,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post. Difahamkan, polis trafik dari balai polis Klang Utara turut menempatkan anggotanya di lokasi untuk mengawal lalu lintas. Beberapa kawasan di Klang Utara dilanda banjir kilat petang ini. Foto ihsan Jabatan Bomba dan PenyelamatJelas Satiya lagi, tiada pemandu dan kenderaan terperangkap di lokasi yang dinaiki air. Sehingga jam 7.30 malam ini, jalan raya terbabit masih ditakungi air dan laluan terpaksa ditutup sementara waktu. Sehubungan itu, bomba menasihatkan pemandu tidak menggunakan jalan raya terlibat sebaliknya menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan lebih teruk.
s
|