View: 1230|Reply: 0
|
Keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 Esok Dipertingkatkan - KPN
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi jaminan tentang keselamatan perwakilan dan pemimpin negara pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 selama lima hari di ibu negara, bermula esok.
Beliau berkata, tahap kesiapsiagaan pasukan polis terus dipertingkat termasuk bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengambil sebarang langkah keselamatan.
"DRM dan ATM akan bekerjasama dalam memastikan keselamatan semua perwakilan dan pemimpin-pemimpin negara yang akan hadir."
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perasmian sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Dalam Negeri yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi, Khalid menegaskan bilangan anggota yang dikerahkan bertugas juga diyakini mencukupi untuk memastikan keselamatan sepanjang persidangan berlangsung.
berita selanjutnya: bharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
| |
|