CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3453|Reply: 29

[Tempatan] Peniaga Vape: Dakwaan vape ganja tak masuk akal

[Copy link]
Post time 17-11-2015 03:28 PM | Show all posts |Read mode

geng vapers berhimpun di putrajaya pagi tadi....

Dakwaan kerajaan bahawa terdapat ganja dalam perasa vape yang dijual tidak masuk akal, kata peniaga yang menyertai protes di luar Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Justeru, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menuntut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhenti mengeluarkan kenyataan sebegitu atau berdepan tindakan undang-undang.

“Adakah kita ketagih dengan ganja? Adakah kita ketagih dengan dadah?” soal presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah.
Soalan itu dijawab “tidak” oleh sebahagian daripada 200 peniaga yang berhimpun di situ bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka berhimpun dengan memakai baju hitam bertulis "Save vape industry" (selamatkan industri vape).
Memorandum IKHLAS turut menuntut kementerian berhenti mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkaitan vape dan ganja.
Pertubuhan itu juga merayu kabinet mengkaji semula cadangan kawalan jualan cecair nikotin melalui farmasi sahaja serta menolak rampasan di masa depan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 03:32 PM | Show all posts
idup vape
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 03:37 PM | Show all posts
Akal dia jer nak MASUK, AKAL orang tak nak masuk..

VAPE sekarang tanpa kawalan, risiko nyer ada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 03:37 PM | Show all posts
no komen.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 03:38 PM | Show all posts
sejak bila vape dah jd satu industri?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 03:43 PM | Show all posts
untung la beli juice dapat perisa ganja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2015 03:44 PM | Show all posts
harkktuih replied at 17-11-2015 03:38 PM
sejak bila vape dah jd satu industri?

industri kepala bapak dier..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
saya cadangkan vapers ni buat perjanjian dgn gomen camni --> kalo didapati vape ada ganja...gomen boleh rampas semua vape di pasaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
vape2 mcm vampire
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:05 PM | Show all posts
Edited by krustykrab at 17-11-2015 04:06 PM

tahniah la melayu jugak yg akan rosakkan anak2 bangsa melayu

sedih aku, patut org melayu yg berugama islam sedar benda hisap2 tak de faedah ni patut diharamkan je...
"islam is my way of life" tampal kat kete...tetiba nampak tangan kat belah driver pegang rokok

@spiderman80 menang, @peyno kalah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:09 PM | Show all posts
bukan la tak masuk akal, tapi ade kemungkinan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:16 PM | Show all posts
semua muka2 melayu je geng2 vapers ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:25 PM | Show all posts
alahaiiii, kebulor ker kalo xleh isap vape tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:28 PM | Show all posts
Presiden ikhlas ni tak malu ke? Masalah sekarang ni adalah penjualan cecair ni tidak diregulate. Bak kata sorang forumer, sesiapa aje boleh buat cecair vape ni dan jual. Tiada siapa yang akan check sebab tiada peruntukan dalam undang-undang. Bagi dia memang la tak masuk akal. Tapi bagi orang lain tidak. Kerana mereka ni boleh bawa masuk cecair ni dari luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:39 PM | Show all posts
bila KKM posts benda pasal vape aje, mesti kaki2 vape masuk menghentam KKM.. balik2 dibanding ngan rokok dan arak lalu dikaitkan dgn cukai..

arak.. dalam quran dah terang2 cakap haram.. kalaupon penjualannya tak diharamkan totally, sendiri mau ingat lah.. tepuk dada tanya iman..

rokok.. setidak2nya KKM dah berusaha nak tepek kempen anti merokok kat kotak2 rokok tu.. katanya KKM tadak kuasa nak haram kan penjualan rokok. sudah dibwa ke kabinet, tapi paham2 lah.. at least rokok ni pembuatannya hanya dr syarikat2 besar dan terkawal. Org dah sah2 tahu apa ada dlm rokok tu. Ada jumpa org buat sendiri rokok, package kan dan jual terang2? takdek kan?

vape liquid.. kalo ikutkan komen2 para vapers yg melenting2 kat posting KKM pasal isu vape ni.. ada yg kata liquid ni boleh buat sendiri pastu jual. ini yang bahaya. entah apa bahan diletak dlm tu kita tak tau. tulis ka kunun kat package nye.. ntah iye ntah tidak bahannya tu. mcm kat indon, buat perfume sendiri pastu jual dlm botol cantek2.

mcm jugak ubat batuk. bukan sume ubat batuk dibenarkan jual sebarangan di kedai2 runcit. ada yang hanya boleh didapati di farmasi. pulak tu bila pergi farmasi, bukan semua boleh main beli. ada yg kena dpt prescription dr doktor.

yg aku curious (ada sapa2 boleh jawab?).. berapa ramai atau berapa banyak peratusan yg vape ni sebelum ni merokok pastu vape and eventually berhenti vape terus?
dan berapa ramai/ banyak mana peratusan yg guna vape sebagai ganti rokok semata2?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:41 PM | Show all posts
Kenapa sibuk sgt nak makan asap/wap??? kalau nak sgt boleh pilih option yg lebih murah seperti kemenyan dan ubat nyamuk. Xpon cari kawasan perumahan yg buat foging... free je. InsyaAllah KKM x kacau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 04:50 PM | Show all posts
G sedut air sirap jer la...
Kecoh nk isap vape sembur2 bagai...
Mcm kera dapat chicken chop...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:52 PM | Show all posts
need to fair la. rokok boleh maka vape pun boleh.

ok rokok ada kawalan kandungan tar dan nikotine. So vape pun ada juga kawalan. maka dalam hal ini kerajaan kena mainkan peranan untuk kawal dan tetapkan syarat yg vape tak boleh ad akandungan yg merbahaya di dalam juice.

ada kata hanya ahli farmasi dan doc berdaftar boleh jual nikotine. so juice tak leh ada nikotine kalau ikut akta racun negara. Maka untuk membolehkan juice ada kandungan nokotine.. pembuat juice kena berdaftar dengan kerajaan seperti juga rokok tembakau. (kerajaan sekali lagi kena main kan peranan yg lebih proaktive.)

dalam hal ini aku tgk keraan agak lambat dalam mengawal dan menghalalkan vape ini.. bila kabinet dah kata tak haram. maka kementerian lain kena main peranan untuk TOLONG memnghalalkan vape ini. jgn sibuk2 buat ceramah dan forum kata da ganja.. ada mcm2 bahan berbahaya.. rokok tembakau lagi bahaya kalau ikut fact sekarang..

so kerajaan sila buat kerja.. nak kena kan cukai ka.. nak letak syarat pembuat juice mesti berdaftar ka.. terpulang.. asasnya sila buat kerja dengan letak syarat dan peraturan yg jelas....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
vape perisa nasik, masak lemak, gulai daging, sayuq campoq, sambal belacan ada tak....boleh buat rakyat mlysia kurus ramping,sedut wap air berperisa lauk pauk..lepasni pagi2 org jual nasik lemak dlm botoi ..sedut pepagi...dah alang2 nak jadi naga kan, xpayah makan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:53 PM | Show all posts
azimodin replied at 17-11-2015 04:41 PM
Kenapa sibuk sgt nak makan asap/wap??? kalau nak sgt boleh pilih option yg lebih murah seperti kemen ...

semua tu tak nampak cool.. huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.071098 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list