CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3725|Reply: 5

Perkhidmatan Ibu Tumpang Di India Jadi Industri Paling Menguntungkan

[Copy link]
Post time 16-11-2015 09:38 PM | Show all posts |Read mode

Siapa sangka perkhidmatan ibu tumpang kini menjadi industri komersial paling menguntungkan di India walaupun dikritik banyak pihak kerana dianggap sebagai kegiatan mengeksploitasi wanita miskin di negara itu.

Semakin ramai pasangan dari luar India terutamanya dari Barat tertarik dengan 'perkhidmatan' ibu tumpang tersebut kerana kosnya jauh lebih murah selain peraturan dan undang-undang yang longgar di negara terbabit.

Perniagaan Ibu Tumpang Menguntungkan Di India, Bayaran dikenakan untuk melakukan proses persenyawaan in-vitro (IVF) itu adalah kira-kira AS $ 20,000 (RM65,300) berbanding AS $ 50,000 (RM163,300) jika dilakukan di Amerika Syarikat (AS).

Isu besar membabitkan soal etika mula timbul selepas golongan kaya didakwa mengambil kesempatan terhadap wanita miskin di India bagi mendapatkan zuriat untuk mereka hingga menyebabkan negara itu digelar sebagai 'kilang bayi' pada masa ini.


Tahun lalu, New Delhi bertindak mengenakan peraturan melarang pasangan homoseksual dan individu belum berkahwin mendapatkan perkhidmatan tersebut selepas undang-undang negara itu membenarkan prosedur itu pada 2002.

Perniagaan Ibu Tumpang Menguntungkan Di India
Sehingga kini, tiada angka rasmi berhubung jumlah sebenar hasil diperoleh daripada industri itu.

Bagaimanapun, hasil laporan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, perkhidmatan ibu tumpang di India mampu menjana hasil keuntungan secara anggaran AS$2.5 bilion (RM8 bilion) pada setiap tahun.

Pada masa ini, lebih 3,000 pusat ibu tumpang sedang beroperasi dan ribuan bayi telah dilahirkan hasil daripada prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) yang semakin popular di India.

Kesemua pusat terbabit turut menyediakan penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan tersebut selain memberi panduan untuk persediaan mental selepas bersalin.
















dairishare

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
org india pregnant pun badan tetap kurus
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 12:50 PM | Show all posts
Suchi: org india pregnant pun badan tetap kurus


dia macam keturunan kan. tapi yang gemuk tetap gemuk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 01:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 03:03 PM | Show all posts
teringat cite chori-chori chupke-chupke, preety zinta jadi ibu tumpang untuk anak salman khan dan rani, ingatkan cuma cite jek rupanya mmg realiti kat india rupanya, kalo nak cari ibu tumpang kena cari yg cantik baru turun kat anak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
safieyah1984 replied at 18-11-2015 03:03 PM
teringat cite chori-chori chupke-chupke, preety zinta jadi ibu tumpang untuk anak salman khan dan ra ...

Cume tumpang womb je.ovum n sperm couple sendiri punya.so ikut muka customer
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.229697 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list