CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4190|Reply: 36

[Tempatan] Pemimpin Malaysia turut diancam militan IS

[Copy link]
Post time 16-11-2015 11:01 AM | Show all posts |Read mode
KLUANG 15 Nov. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan, kumpulan militan Negara Islam (IS) telah mengeluarkan senarai nama beberapa pemimpin negara ini sebagai sasaran mereka.


Hishammuddin Tun Hussein

Menurut beliau, ancaman serta ugutan terhadap beberapa tokoh terkenal termasuk beliau itu telah dikeluarkan sejak sekian lama yang berkemungkinan hanya untuk tujuan menakut-nakutkan mereka.

Hishammuddin berkata, biarpun ugutan itu bukan perkara baharu namun maklumat dan perkembangan semasa sentiasa dilaporkan kepada beliau untuk memantau pergerakan kumpulan tersebut di negara ini.

“Memang IS sudah mengeluarkan senarai sasaran mereka terhadap pemimpin-pemimpin negara tetapi saya mahu maklumkan bahawa ia tidak akan menakutkan kita.
“Sebaliknya, saya bersama Menteri Pertahanan ASEAN lain akan terus pastikan ASEAN menentang mereka habis-habisan. Namun, kita tidak mengambil mudah perkara itu kerana sesiapa pun boleh menjadi individu yang mencetuskan huru-hara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Muafakat Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz dan pemimpin-pemimpin lain.
Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, senarai nama tersebut telah dikeluarkan sebelum perjanjian bersama menentang keganasan antara Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dimeterai Mac lalu di Langkawi.

Sementara itu, beliau berkata, tragedi serangan berdarah di Pe­rancis tidak menghairankan, sebaliknya apa yang dibimbangi adalah skala serangan itu yang boleh me­rebak ke tempat lain.
“Beberapa kumpulan pengganas termasuk Abu Sayyaf telah berikrar menyokong IS. Jadi, ideologi itu perlu diperangi dengan cara perkongsian risikan dengan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis yang mempunyai hubu­ngan ketenteraan rapat dengan kita.

“IS akan menimbulkan huru-hara sekiranya kestabilan ekonomi dan politik tidak dipelihara. Oleh itu, adalah penting untuk kita kekalkan perkara itu daripada dieksploitasi atau diambil kesempatan oleh pihak seperti mereka,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.JKIWwuvX.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2015 12:05 PM | Show all posts
huhu takut
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:07 PM | Show all posts
mana tak takut..IS sound.....tak lena tido woo
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni kalau ada yg bawak senjata ceroboh Malaysia jgn kata sodara pulak yerrr.. Izinkan saja ATM tembak sekor2 setan tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap besar eh.Ade bodyguard masing2 lehla ckp x takut.ce jalan sorang2 free2 kena tembak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:56 PM | Show all posts




korang main2 laa post.  nnt kena batang hidung sendiri baru tahu.  ni bukan soal partisan lagi.  ia adalah survival negara.  sila bezakan fahaman dan nyawa manusia.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2015 03:55 PM | Show all posts
ok, IS nak ape sebenarnya ek...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 03:56 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 16-11-2015 03:58 PM

kalau mcm ni....ramai la yg paranoid nnt...
nnt kalau beli kereta pun kena beli mcm kereta obama...siap bullet proof bagai....
bullet proof?...xde makna..baik upgrade ke terrorist proof....terus....

kalah kereta james bond......kalau berlaku zombie apocalypse...pun ssuai bwk kreta ni...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 07:25 PM | Show all posts
klu tak silap I, dulu kak jib pnah kata, kita kena contohi pejuang IS, atas dasar apa, tak tau lak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jaa139 replied at 16-11-2015 03:55 PM
ok, IS nak ape sebenarnya ek...

Nak perhatian.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau IS serang Malaysia, adakah ummah penyokong IS di thread Paris attack sis @famri7 bakal keliru nak sokong sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 07:34 PM | Show all posts
Jadi, ideologi itu perlu diperangi dengan cara perkongsian risikan dengan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis yang mempunyai hubu-ngan ketenteraan rapat dengan kita.


Oh kita rapat rupanya dengan mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
giyomi replied at 16-11-2015 07:25 PM
klu tak silap I, dulu kak jib pnah kata, kita kena contohi pejuang IS, atas dasar apa, tak tau lak.

Iols pun ade dgr, jibby mmg xtau ape xmembace pun,penasihat dia bodoh2
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 07:48 PM | Show all posts
mcm "kata" tony, hmmm .....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 09:20 PM | Show all posts
Pemimpin je khenn?
So ahkak no hal sis
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 09:57 PM | Show all posts
chazey replied at 16-11-2015 11:31 AM
Kalau IS serang Malaysia, adakah ummah penyokong IS di thread Paris attack sis @famri7 bakal keliru  ...

Xperlu datang ke tanah air pon sis...ummah skarang pon tgh tintong x tahu apa yang diorang sokong sbenarnya...diorang speku IS ciptaan mossad tapi time IS kucar taik di Paris diorang sokong bertempuk tampar pula...ujung2 sokong Yisrael juga.....selayaknyalah ummah dibelenggu kebodohan level tenuk sampai kiamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 10:04 PM | Show all posts
Salaam.

Poyos.

Saja jer nak cari perhatian.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong IS ni kan ramai dlm.porum ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 10:14 PM | Show all posts
Nama Ahjib ada tak dalam senarai tu............????
Kalau ada , ALHAMDULLILAH..........................SUKUR.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pon nk import lgi bangla indon bagai..mn tau terselit puak2 penyokong isis ni hahhh.... naya jer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052336 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list