View: 7662|Reply: 45
|
Edisi cari jodoh: Gagal Bersosial Faktor Jamal Abdilah Sukar Temui Jodoh
[Copy link]
|
|
Gagal Bersosial Faktor Jamal Abdilah Sukar Temui Jodoh
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah mengakui sikapnya yang tidak gemar bersosial menjadi faktor dia gagal bertemu jodoh.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 56, turut berkata, statusnya sebagai seorang selebriti juga menyukarkannya untuk berkenalan dengan wanita.
"Sebenarnya status sebagai seorang selebriti itu bukan jalan mudah untuk mendekati mana-mana wanita tetapi ia sebenarnya menyekat saya untuk berkenalan dengan wanita.
"Pun begitu saya sendiri memang seorang yang tidak gemar bersosial namun itu tidak bererti saya sudah berputus asa untuk mencari pasangan hidup.
"Mempunyai pasangan hidup adalah antara keperluan seorang lelaki dan saya memang berazam untuk berkahwin tetapi masih belum ada jodoh," katanya kepada mStar Online.
Jamal ditemui pada majlis pelancaran Buku Rahsia Ibu Halimah di Saloma Bistro di sini, Khamis.
Sebelum ini Jamal pernah berkahwin dengan Basariah Latif pada tahun 1988 namun mereka bercerai lapan tahun kemudian dan perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu kemudiannya berkahwin dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani berusia 14 tahun.
Perkahwinan itu bagaimanapun tidak berkekalan sebelum Jamal sekali lagi bertemu jodoh buat kali ketiga dengan Fatimatuzahra Samat pada 2005 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Zaki Yamani, 9, sebelum bercerai dua tahun kemudian.
Dalam pada itu, Jamal memberitahu kegagalannya mempertahankan tiga perkahwinannya sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati dan selektif dalam memilih pasangan hidup.
Jelas Jamal, pada usianya sekarang dia berharap dapat bertemu dengan seorang wanita yang bukan sahaja mampu memberi kebahagiaan malah memahaminya sebagai seorang lelaki.
"Saya tidak mahu kegagalan sebelum ini berulang dan sebab itu saya selektif dalam mencari pasangan hidup namun buat masa ini masih belum ada sesiapa," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Jamal bakal muncul dengan sebuah konsert istimewa pada Mac tahun hadapan di Istana Budaya.
Jelas Jamal, konsert itu nanti bakal menggabungkannya dengan dua vokalis lelaki terkenal namun enggan mendedahkan identiti mereka buat masa ini.
"Saya teruja dengan projek konsert terbaharu untuk tahun hadapan kerana ia bakal menggandingkan saya dengan dua lagi penyanyi lelaki terkenal.
"Siapa mereka saya tidak boleh dedahkan sekarang tetapi ia akan menjadi sebuah persembahan yang bakal diingati oleh peminat muzik tanah air," jelasnya.
Sementara itu, Jamal sedang menanti material daripada komposer LY untuk single terbaharunya yang bakal dilancarkan bersempena dengan konsert berkenaan.
Jamal berkata, biarpun peminat lebih suka dia menyanyikan lagu-lagu popularnya namun kemunculan lagu baharu adalah bagi memastikan dia kekal relevan dikalangan peminat.
"Insya-Allah akan ada dua single terbaharu pada tahun hadapan dan saya memilih LY untuk mencipta lagu tersebut untuk saya.
"Harap-harap lagu itu nanti kena dengan cita rasa saya sekali gus ia dapat diterima peminat saya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan bodo je yg berkehendak dgn jantan kaki pukul ni..penagih dadah pulak tu..
Kisah pulak aku nko tu superstar ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
seriesly kaki pukul ke??
tapi iolss suka bangettt suara jamal ni.. sedappp..power baq hang menyanyi live
|
|
|
|
|
|
|
|
tertengok citer azura masa deepavali hr tu. geli plk dgr skrip cite tu. zack ajak azura kawen sbb tkut dgn jiwa lelaki memberontak ke hapa tah. gitu sngap punya skrip |
|
|
|
|
|
|
|
jakpa onn jugak yg laku...dingorat 3000 wanita katanya |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat kisah jamal cari jodoh ni, tapi lebih berminat dgn konsert nya yg collaborate dgn 2 vokalis lelaki terkenal tu, dgn sape lah tok jamal ni plan agaknya, mesti best!! |
|
|
|
|
|
|
|
susah dapat jodoh bukan sebab tak pandai bersosial. tapi takda pompuan normal hingin nak kawen dengan bekas mat pit |
|
|
|
|
|
|
|
dia jenis pukul isteri time gian dan tengah high . |
|
|
|
|
|
|
|
tokse kawin laa jamal...buat ngabihkan boraih ekau je...pompuan2 kat luar sana tu cuma nak ngikis ekau je...laie pun, ekau dah ada zuriyat kan |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 13-11-2015 12:48 PM
tak minat kisah jamal cari jodoh ni, tapi lebih berminat dgn konsert nya yg collaborate dgn 2 vokali ...
Jgn berangan zamani okeh... khabarnya konsert tu nanti menggandingkan Jamal Raja Pop dengan Herman Tido (Raja Dangdut) dan AC Mizal (Raja Hip Hop).
Zamani tu raja pop kah?
*larikk |
|
|
|
|
|
|
|
kaksom replied at 13-11-2015 11:29 AM
seriesly kaki pukul ke??
tapi iolss suka bangettt suara jamal ni.. sedappp..power baq hang meny ...
Iya kaksom..
Google je la..mesti ada kes dia pukul bini bini bini..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
ala acah2 ngorat je tu bkn betul pown..abang japar je prasan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
xpe lah bang jamal xyah fikir pasai jodoh la..kalo ade ade la kalo xde xde lah..fokus ibadah je skang ni ye umo pown nak kategori warga emas ni |
|
|
|
|
|
|
|
ezany bleh dpt datin paduka k....jamal pun carik lah datin paduka abcdefg... |
|
|
|
|
|
|
|
abe jamal ni jenis panas baran kot |
|
|
|
|
|
|
|
ooo...sebab tu eh xjumpe jodoh
ingt sebab hang tu mat pit
salah eh... ookay~
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahanam anak org kawin ngan ko |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat yg dia fefeling dgn misha |
|
|
|
|
|
|
|
Xpayah kawin la jamal
Xkan ko xkenal diri sdr tu cemana
Ngeri je aku tgk ada pompuan nak kan dia dl2
Toksah berangan la konon2 bleh ubah laki camni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|