CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23672|Reply: 171

Kenapa Fikhree Bakar Masih Sendu?

[Copy link]
Post time 11-11-2015 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by fynnkakiblock at 11-11-2015 04:22 PM

Fikhree Bakar? Siapa tu? Retis ke? Tak kenal, next! Ahaa mesti ada forumer yang nak komen macam itu kan? TT tidak salahkan forumer sebabnya, sememangnya pelakon Fikhree Bakar ini sendu, tetapi mungkin ada di antara forumer yang pernah menonton lakonan beliau, hanya tidak mengenali empunya nama.

Fikhree Bakar agak lama menceburkan diri dalam industri hiburan, kira-kira lapan tahun lepas tetapi entah kenapa sehingga kini namanya kurang dikenali. Hal ini turut diakui oleh Fikhree sendiri yang menyifatkan beliau tidak mempunyai pakej yang cukup untuk popular, sekadar meletakkan bakat sebagai keutamaan.

Kerjaya Fikhree bermula menerusi Pencarian Lelaki Maskulin musim kedua seterusnya Fikhree telah aktif berlakon drama dan menerima tawaran filem. Anugerah Watak Penyangak Terhebat yang dimenangi Fikhree menerusi filem Klip 3GP pada majlis Anugerah Blockbuster anjuran Astro diakui sedikit sebanyak telah merancakkan karier lakonan beliau. Selain berlakon, Fikhree turut memiliki syarikat produksi yang tertumpu kepada drama dan dokumentari yang bertapak di negeri kelahirannya, Sabah.

Antara drama lakonan Fikhree adalah, Mr Istikharah, Mencintaimu, Teman Lelaki Upahan, Nawaitu Cinta serta drama yang bakal ditayangkan Sayap Jibril arahan Rashid Sibir.


















Kredit Instagram @fikhreebakar


P.S Harap thread ini akan dapat melonjakkan nama Fikhree Bakar seperti mana thread Fara Mendoza yang akak femeskan dulu
Fikhree Bakar sudah berkahwin, Yeen Uzair nama isteri dia, ada gambar ditepek di atas.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 04:31 PM | Show all posts
iolss minat dgn Fikhree Bakar ni, jenis lelaki yang Maskulin bagi iolss
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:35 PM | Show all posts
Edited by d_dalia at 11-11-2015 08:46 AM

kenal fikree bakar dari slot drama rtm..dari wife dia masih free hair zaman bercinta sampai dah berhijab ni..geng beto & tisha dan zahiril & shera
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara machoo
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:37 PM | Show all posts
ya ampun.. the next remy sahak ke nih? banyak bulu sis
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:39 PM | Show all posts
#teamMuaz mencintaimu

Meols suka fikhree ni kalo blakon. Sama la semua rakan seangkatan heols, zahiril, azhan, beto. Diorg ni geng2 artis tahap lakonan gred A punya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2015 04:40 PM | Show all posts
kenal fikree bakar dari slot drama rtm..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:41 PM | Show all posts
mungkin muka tak cukup market untuk menjadi pilihan majoriti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooooo dia ni ke??meols suka lakonan dia tp tula kureng femes skit dia nin..

Da tread ni kot2 dia femes meletop nti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:45 PM | Show all posts
aku suka tengok dia dalam mr istikharah
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:47 PM | Show all posts
xiao_doubi replied at 11-11-2015 08:40 AM
kenal fikree bakar dari slot drama rtm..

kopipes ke ni? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:50 PM | Show all posts
tak de wow factor kot..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:50 PM | Show all posts
d_dalia replied at 11-11-2015 08:35 AM
kenal fikree bakar dari slot drama rtm..dari wife dia masih free hair zaman bercinta sampai dah berh ...

drama dia yg tajuk masihkah ada kasih kat tv1 tu bagi den sgt berkesan dia berlakon dan drama tu pun jenis yg bermutu compared drama2 astro..harap2 dia tak terima offer berlakon utk astro sbb meng downgredkan bakat dia je nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong replied at 11-11-2015 04:39 PM
#teamMuaz mencintaimu   

Meols suka fikhree ni kalo blakon. Sama la se ...

btl2.. akk mnat smue yg u sbut ni dik.. fikree ni kurg hensem tp lakonan dlm mncintaimu tu blh bt org cair mlelehh hahaa.. ucpn dialog, bdy lguage n ekpresi muka dia dlm mncntaimu tu sgt2 tepat n cntik
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:55 PM | Show all posts
dia berlakon dalam teman lelaki upahan macam keras sikit, berlakon drama rtm ok je i tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:58 PM | Show all posts
MH37O replied at 11-11-2015 08:50 AM
drama dia yg tajuk masihkah ada kasih kat tv1 tu bagi den sgt berkesan dia berlakon dan drama tu p ...

eh kau tgk drama tu? masa shera bini zahiril tu masih free hair..tu drama under rosyam noor, suhan movies..

drama rtm kebanyakannya gred A..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
blum mnjwb soklan tt lg dia sndu mgkin sbb kurg ensem.. hnya org yg penah tgok lakonan dia yg akn repeat oder mgkn jrg blakon wtak utama yg btl2 mlonjakkn nama bliau..lbih kurg cam uia sblm ni.. xpe, lpas ni femes la bliau sbb frumer cari da upkn dia hehee
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 05:00 PM | Show all posts
susukambingbest replied at 11-11-2015 04:51 PM
btl2.. akk mnat smue yg u sbut ni dik.. fikree ni kurg hensem tp lakonan dlm mncintaimu tu blh bt  ...

Khen kaka, meols mati2 ingat happy ending utk muaz dgn zahirah (xingat nama watak sheols dlm tu ). Rupanya ending up dgn nenas juaaa


Tp mmg macho habis la fikhree dlm drama tu. Apa je yg dia buat, dialog yg dia lontar seme nampak gentleman jah


Diorg ni mmg layakla satu team, sbb diorg ni sgt2 best kalo berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol ada gak tred mamat ni. Feveret @awoks
Bibir. Muka macam nash
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 05:06 PM | Show all posts
d_dalia replied at 11-11-2015 08:58 AM
eh kau tgk drama tu? masa shera bini zahiril tu masih free hair..tu drama under rosyam noor, suhan ...

gile tak tgk...mmg den suka tgk drama2 rtm...astro?? sory not my taste drama2 nya...

ha'ah time minah tu tak bertudung.. den tau,rosyam nor punya drama...

tu yg den cakap,harap mamat ni tokseh lah berlakon drama2 astro yg kebanyakannya merepek2 tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.057774 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list