|
Oleh : TS LOO
Ketika menaiki pengangkutan yang memerlukan tempoh perjalanan yang lama seperti menaiki kapalterbang, bas ekspress atau keretapi, kebanyakan orang akan beli bantal leher untuk membantu dirinya tidur dengan selesa termasuk leher dan bahu tidak merasa begitu lesu dan kejang.
Akibatnya, baru-baru ini wujudnya sejenis bantal leher yang dipanggil Bantal Leher Udang Manis menjadi sangat popular di laman web negara Jepun.
Ini kerana bantal berbentuk makanan laut ini, hasil buatannya kelihatan sungguh benar, seakan-akan betul. Apabila diletak di leher memang rasa amat bercanggah dan ramai orang berpendapat bantal berbentuk udang tersebut diperlihatkan memberi satu gambaran comel yang tidak dijangka.
Ramai netizen Jepun bergurau dan memberi komen berikut : " Semestinya diguna pakai di dalam kapalterbang", " Keluarkannya ketika melancong ke luar negeri, pasti membolehkan orang dikelliling kita rasa terkejut" , " Orang yang duduk di sebelah kita semasa di kapalterbang pasti rasa gusar" , " Mempunyai perasaan comel yang menjijikan", " Saya sensitif dengan udang, tengok pun tak boleh", " Serupa sangat, sungguh menakutkan" , "Tak dapat gambarkan apa reaksi yang wajar ditunjukan sewaktu mengeluarkan bantal udang ini". - CARI Infonet
Sumber info: http://www.juksy.com/archives/49502 |
|