|
Oleh Adib Za
Jika sebelum ini, air kosong dan air lemon sering disebut sebagai amalan yang sihat jika anda lazimi.
Namun, tahukah anda air garam juga mempunyai kehebatan yang tersendiri. Ya, jangan terkejut, air garam ini bukanlah air biasa.
Bagi anda yang ingin mengamalkannya, haruslah berjumpa dengan doktor anda dahulu.
Air garam atau sole water ini merupakan kombinasi garam semulajadi dan juga air kosong. Apabila diambil, ia akan dicerna dalam badan dan membantu mengimbangi cecair dalam badan. Antara garam yang boleh digunakan ialah Himalayan Pink Salt (garam Himalaya merah jambu).
(Sumber foto: Carian Google)
Selain membantu badan kekal terhidrat, sole water juga kaya dengan vitamin dan mineral. Ini termasuklah magnesium, boron, barium, selenium dan sebagainya.
Minum sole sebagai amalan juga membantu penghadaman dan membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti. Akhir sekali, ia membantu anda mendapatkan kulit yang cantik menerusi mineral yang anda ambil dalam air ini setiap hari. - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|