CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2775|Reply: 0

Cara Mudah Pastikan Beg Tangan Anda Tidak Serabut!

[Copy link]
Post time 4-11-2015 03:28 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO



sumber foto : http://i0.wp.com/





Kebanyakan kita pasti pernah mengalami situasi tercari-cari telefon bimbit di celah-celah beg tangan yang banyak dipenuhi ‘sampah-sarap’ antaranya resit dan tisu yang sudah digunakan.


Beikut beberapa pendapat yang anda boleh aplikasikan agar beg tanganmu sentiasa dalam keadaan rapi dan teratur.




1.Pastikan beg tangan yang dibeli ada poket kecil untk kamu simpan telefon bimbit. Bila tengah kelam-kebat, mudahlah kamu capai telefon bimbit kamu itu.


2. Kebanyakan linen di bahagian dalam beg tangan direka dengan warna gelap untuk elakkannya mudah kotor. Namun sebenarnya, linen warna cerah boleh memudahkan kamu cari barang dalam beg tangan.


3. Wayar earphone atau charger buat beg tangan kamu nampak tidak terurus. Gunakan charger organizer beg untuk simpan segala jenis wayar yang kamu ada. Barulah tak serabut.



4. Simpan kunci rumah dan kereta dalam key wallet.



5. Downsize gajet yang diperlukan. Dari usung laptop mini ke mana saja kamu pergi, baik guna Ipad saja.


6. Bawa alat solek yang kamu perlu saja untuk touch up solekan. Pakailah alat solek 2 in 1, contohnya gincu yang boleh dipakai sebagai blusher.


7. Simpan resit dalam satu beg khas atau dompet khas. Lebih teratur dan memudahkan kamu bila nak buat claim nanti.






8. Gunakan dompet kecil untuk simpan duit syiling. Barulah tak berterabur duit syiling dalam beg tanganmu.


9. Tukar botol losyen ke saiz travel bottle. Saiznya lebih kecil dan mudah dibawa serta berikan lebih banyak ruang dalam beg tangan.


10. Tak perlu lagi anda membawa buku nota bersaiz besar kerana kini semuanya sudah boleh disimpan menerusi telefon pintar masing-masing sekali gus menjimatkan ruang dalam beg tangan. Mudah kan?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.068740 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list