View: 1722|Reply: 0
|
Tolak Cinta Tanpa Menyakitkan
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Dikejar oleh seorang lelaki itu tak mudah juga perasaan nak ungkap. Dia selalu berusaha untuk mencuri perhatian dan juga hatimu. Sudah terlalu banyak cara dia lakukan untuk memenangi hatimu tak sedikit pun kamu tergerak untuk menerimanya atau mulakan cinta.
Mungkin alasannya mudah: kamu tidak rasa getarnya, atau hatimu sudah dicuri oleh orang lain..
Mari tambah ilmu untuk tolak cinta jejaka dengan cara yang paling baik:
1. Bersikap formal dengannya
Ia tidak serta merta akan buatkannya pergi darimu. namun tak perlulah kamu buat muka terlalu tak suka padanya. Gunakan bahasa formal seperti kamu sedang bercakap dengan bos atau pun mereka yang tak dikenali.
2. Tolak tawarannya dengan sopan
Dengan sopan katakan tidak atau tolak ajakannya apabila si dia ajak kamu lakukan sesuatu. Jika anda sering lakukan itu, dia akan kenal erti bosan.
3. Jangan bincang perkara peribadi dengannya
Kamu harus tahu bila mahu sekat perbualan peribadi agar tidak memberikan gambaran padanya kamu minat padanya. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|