View: 10999|Reply: 102
|
[Tempatan]
Subsidi beras Super Tempatan ST15 dimansuh
[Copy link]
|
|
Subsidi beras Super Tempatan ST15 dimansuh
31 Oktober 2015
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas‎ Tani (MOA) memansuhkan program subsidi beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) berikutan terdapat banyak masalah ketirisan berkaitannya.
Setiusaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian mendapati antara masalah yang berlaku ialah beras yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah boleh dibeli oleh bukan warganegara. ‎
"Ada juga laporan mendapati terdapat tempat yang tidak mendapat bekalan mencukupi manakala ada tempat yang mempunyai bekalan berlebihan," katanya.
Beliau berkata, walaupun beberapa tindakan telah diambil kementerian termasuk menghentikan lesen pihak terbabit tetapi masalah berkenaan masih timbul.
"Sejak dua bulan lalu, kami telah mencari jalan terbaik bagi memikirkan mekanisme baru yang akan memastikan bantuan yang diberikan lebih menepati golongan sasaran dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat termiskin," katanya. ‎
Samsuddin berkata, pengagihan beras ST15 bermula pada 2008 adalah program sementara untuk golongan termiskin membeli beras pada harga paling rendah.
Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur yang kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan biasa ST5 dibeli oleh majoriti pengguna dengan kandungan lima peratus beras hancur. - Bernama
[url=]
[/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketirisan penyebab subsidi beras ST15 mansuh
1 November 2015
- Gambar Hiasan
PUTRAJAYA - Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur. Kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan yang biasa dibeli oleh majoriti pengguna, iaitu ST5 peratus yang mempunyai kandungan 5 peratus beras hancur.
Pengagihan beras ST15 yang bermula pada 2008 adalah program sementara yang dibuat kerajaan bagi memastikan golongan termiskin mampu membeli beras pada harga yang paling rendah.
Samsuddin Ismail, Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras memaklumkan bahawa Kajian Kementerian mendapati bahawa program ini mempunyai beberapa masalah yang menyebabkan ketirisan.
Contohnya beras ST15 yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah, tetapi didapati boleh dibeli oleh bukan warga negara.
Ada juga laporan mendapati ada tempat yang tidak mendapat bekalan mencukupi manakala ada tempat yang mempunyai bekalan berlebihan.
Walaupun beberapa tindakan sudah diambil oleh pihaknya termasuk menghentikan lesen pihak terbabit, tetapi masalah berkenaan masih lagi berlaku.
“Sejak dua bulan lalu, kami telah mula mencari jalan terbaik bagi memikirkan mekanisme baru yang akan memastikan bantuan yang diberikan lebih menepati golongan sasaran dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat termiskin,” kata Shamsuddin. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari Mekanisme Baharu Selepas Pemansuhan Subsidi Beras ST15 Nov 1, 2015 133
6Shares
BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencari mekanisme baharu bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk membeli beras selepas pemansuhan program subsidi beras Super Tempatan (ST15), mulai tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata antara mekanisme yang boleh dipertimbangkan adalah menilai modul di negara lain, seperti Thailand yang mana rakyatnya tidak makan beras tinggi kandungan hancur, sebaliknya menggunakan beras tempatan mereka.
“Program beras subsidi ini diperkenalkan pada tahun 2008 apabila difikirkan bagaimana mahu sediakan beras pada harga yang murah. Bagaimanapun, ada kelemahan dari segi pelaksanaan dan kita tidak mahu beras yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia akhirnya sampai ke pihak tidak sepatutnya.
“Kita juga memikirkan adakah selama-lamanya rakyat miskin di negara kita akan makan beras hancur?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasaraya Agro pertama di Malaysia di Bera di sini, Ahad.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga anggota Parlimen Bera dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.
Ahmad Shabery juga memaklumkan antara mekanisme lain yang boleh dipertimbangkan ialah dengan memberi wang bersamaan jumlah subsidi bagi sekampit beras, iaitu RM7.50 kepada golongan sasar supaya mereka dapat menggunakannya untuk membeli beras yang lebih baik.
Kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kementerian kendalian Ismail Sabri yang ‘menjaga’ golongan penoreh getah dan pekebun kecil yang merupakan golongan sasar program subsidi itu, katanya.
Beliau memaklumkan kerajaan membelanjakan RM530 juta setahun bagi program beras ST15, namun pemerhatian mendapati beras itu banyak dibeli oleh warga asing dan restoran.
“Sesuatu program yang dilaksanakan mesti mempunyai data dengan integriti tertentu dan data tentang pengedaran beras ini tidak menyeluruh dan sempurna. Ia hanya di peringkat pengilang dan pemborong, tetapi siapa yang membeli dan di mana kedainya…ini yang perlu kita lihat sendiri,” katanya.
Semalam, Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan pemansuhan program subsidi beras ST15 ekoran terdapat banyak masalah ketirisan berkaitannya.
Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur yang kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan biasa ST5 dibeli oleh majoriti pengguna dengan kandungan lima peratus beras hancur. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
So orang susah nak beli beras apa lepas ni? |
|
|
|
|
|
|
|
yg byk beliberas dan makan nasi pun bukan org tempatan, tp warga asing indon bangla myanmar...baguih hapuskan subsidi |
|
|
|
|
|
|
|
ohmygodd... speechless.. kesian la kat rakyat susah yg nak beli beras.. nie lagi subsidi kena tarik lagi.. how mean can a govt be??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut cara US - beri food stamp pada golongan sasaran. Cara ini org tak boleh tipu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendatang asing, restoran ambil kesempatan beli beras subsidi
November 1, 2015 Berita Utama #20
Bagaimanapun, ia terpaksa dimansuhkan kerana program berkenaan mempunyai beberapa kelemahan, termasuk banyak dibeli oleh warga asing dan restoran, bukannya golongan sasar |
|
|
|
|
|
|
|
umno mudah lupa
Ketika sibuk suruh boikot, Ismail Sabri gagal tangani isu lambakan beras
“Antaranya, beras yang tersimpan di sebuah gudang di bawah BERNAS di Perlis selama tiga tahun sudah rosak.
“Menurut kenyataan dari pegawai Kementerian Pertanian, dipercayai ada banyak kes seumpama ini yang berlaku di negeri-negeri lain.
“Apakah hasil siasatan yang telah dijalankan? Adakah apa yang disebutkan oleh Menteri ini adalah satu percubaan untuk mengalihkan tumpuan orang ramai supaya tidak membangkitkan mengenai hal beras ini? kata Er.
Media sebelum ini melaporkan berlaku lambakan stok beras di Perlis disebabkan stok beras yang dikeluarkan tidak menepati spesifikasi gred yang ditetapkan.
Bernas, dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan beras Super Tempatan 15 peratus (ST15) berjumlah 6,029 tan metrik yang dikeluarkan oleh kilang tersebut terpaksa diproses semula sebelum boleh dipasarkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu org kita yg susah ni nak beli beras murah kat mana? Peliknya...
Sediakan alternatif dulu...barulah mansuh...
Kesian kat yg susah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni aku ada baca semalam dalam blog mountdweller tak silap.petikan dari paper yang expose apa yang terjadi pasal kes beras ni kan
|
|
|
|
|
|
|
|
set2 ni penah ke kisah org susah? hanya mampu tertawa
|
|
|
|
|
|
|
|
haiyohhhh....habis org tempatan makan gapo hari2? spghetti, pizza, lasagna
|
|
|
|
|
|
|
|
x tau nk ckp apa lagi..kesian kt org susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alternatif dia adalah BR1M la kak. Wang terus kepada penerima yang layak
Nanti harga nasi di kedai makan pun naik la kan sebab kedai memang suka pakai beras murah ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 2-11-2015 09:23 AM
set2 ni penah ke kisah org susah? hanya mampu tertawa
Dorg xperla pakai basmathi...kesian kat org yg susah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Satu hari aku beratur belakang warga asing beli nasi. Mak ai, nasi menggunung dalam pinggan. Cukup untuk bagi makan 3 org..
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 2-11-2015 09:28 AM
Alternatif dia adalah BR1M la kak. Wang terus kepada penerima yang layak
Brimla sgt...bukan dapat tiap2 bulan pon... pastu yg middle class xdpt brim camner?? Middle class jugak yg terus tersepit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|