View: 10137|Reply: 103
|
[Tempatan]
Pengharaman vape menjatuhkan perniagaan Melayu
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Keputusan kerajaan untuk mengharamkan rokok elektronik atau vape dalam masa terdekat bagi mengelakkan risiko lebih buruk kepada kesihatan mendapat pelbagai reaksi negatif daripada penggunanya.
Rata-rata pengguna Facebook daripada kumpulan ‘Vapor Malaysia Open Group’ berterusan mengkritik keputusan tersebut yang dianggap tidak wajar dan tidak ber­asas.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hijazi Nawi berkata, dia kesal dengan pengumuman tersebut kerana jelas akan menjatuhkan perniagaan anak muda yang majoritinya orang Melayu.
“Pengusaha vape majori­tinya adalah anak muda Melayu. Bagaimana Melayu nak maju, baru terjebak dalam bidang perniagaan dah diganggu kerajaan,” katanya.
Keluhan yang sama turut dikongsi seorang lagi pengguna Facebook dikenali sebagai Azrul Sham yang kecewa dengan tindakan kerajaan mengganggu industri vape negara daripada terus berkembang.
“Takkan kerajaan sanggup mengharamkan vape semata-mata kerana digesa syarikat rokok? Mungkin pungutan cukai daripada tembakau berkurangan kerana makin ramai perokok bertukar kepada vape. Ini semua soal cukai?,” katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Asyraf Anuwar pula berkata, kajian daripada seluruh dunia tidak membuktikan bahawa vape memudaratkan kesihatan, malah hanya di Malaysia, vape ‘mengundang risiko’ kesihatan.
“Vape boleh menyebabkan kanser? Kajian mana yang cakap tu? Sedangkan World Health Organization (WHO) pun belum dapat sahkan apa-apa keburukan penggunaan vape sebagai alternatif untuk rokok,” katanya.
Tidak kurang juga segelintir pengguna dilihat mengeluarkan kenyataan sinis dan tidak akan berhenti menggunakan vape sekalipun diharamkan oleh kerajaan.
Aizuddin Fikri berkata, dia akan terus menggunakan vape tersebut secara ‘underground’ walaupun diharamkan kerana sedikit-seba­nyak dapat mengurangkan tabiat merokoknya.
Menurut seorang lagi pengguna Facebook dalam laman itu, Syed Mahdar, dia telah tiga bulan dapat menghentikan tabiat merokoknya yang teruk dengan penggunaan vape.
“Dulu saya adalah perokok tegar, darah saya perlu nikotin, kini, tiga bulan saya dah berhenti merokok dengan mengamalkan budaya vape. Alhamdulillah kini saya bebas daripada rokok,” katanya.
Sementara itu, masih terdapat segelintir pengguna Facebook yang menyokong tindakan kerajaan untuk mengharamkan vape dalam masa terdekat itu.
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Perindu Syahid Ilahi berkata, Al-Quran mengajar manusia untuk menghindari diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan termasuk menghisap vape.
“Memang rokok, shisha dan vape tiada dalil yang mengatakan haram dalam al-Quran. Tetapi, benda yang boleh memudaratkan kesihatan perlu ditinggalkan,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tak tau apa jangan merengek |
|
|
|
|
|
|
|
okok, melayu yg bantah sila protes untuk dapatkan bangunan khas jual vape |
|
|
|
|
|
|
|
Vape bantu perniagaan meleis? Pffftttt pprt sgat pikiran meleis caprut. Mohon semua vapers mampus diletupkan mesin vape. Btw, pak jahid xdpt halang ke pengharaman vape ni memandangkan hanak beliau terlibat dgan gejala vape ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum vape ni wujud takde lagi melayu yg kebulur mati tak mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Apa saja semua nak jadi isu kaum... |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya yg nak berenti merokok tu, dah tukar ke vape, pada2 la....takkan nak bergantung kt vape tu seumur hidup....duit jugak tu nak hisap vape...dr buang duit kat benda tak berfaedah tu baik la simpan duit utk anak2 ke, bg mak pak ke
so aku tak nampak apa masaalahnya kalau gomen nk ban vape ni...kalau nk ban rokok jugak lagi aku sokong 100%
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Perindu Syahid Ilahi berkata, Al-Quran mengajar manusia untuk menghindari diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan termasuk menghisap vape.
“Memang rokok, shisha dan vape tiada dalil yang mengatakan haram dalam al-Quran. Tetapi, benda yang boleh memudaratkan kesihatan perlu ditinggalkan,” katanya.
iolls sokong 100% apa yg org ni tulis
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hijazi Nawi berkata, dia kesal dengan pengumuman tersebut kerana jelas akan menjatuhkan perniagaan anak muda yang majoritinya orang Melayu.
“Pengusaha vape majori­tinya adalah anak muda Melayu. Bagaimana Melayu nak maju, baru terjebak dalam bidang perniagaan dah diganggu kerajaan,” katanya.
ni komen bodoh dari org tak pikir kesan jangka panjang, asik guna "melayu"....lg elok la ko pindah mexico je buat biz dadah bang
|
|
|
|
|
|
|
|
Since dikatakan akan memusnahkan peluang anak melayu maju dlm bidang perniagaan, ahli baju merah yg presidennya anak Sekincan tak mau bersuara dan berdemo ke?
Cuma bertanya, seandainya dibubuh perasa dadah, air ketum, apakah itu berkemungkinan? |
|
|
|
|
|
|
|
rokok tak boleh ke?.........
|
|
|
|
|
|
|
|
I don't catch ur question. Ditanya rokok tak boleh ke? tak boleh apenye?.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan... tak perlu pun kot!
|
|
|
|
|
|
|
|
rokok skrg tak boleh ditambah perasa dadah, air ketum?
|
|
|
|
|
|
|
|
ninjago replied at 30-10-2015 09:43 AM
kan... tak perlu pun kot!
Suka nak main isu yg menampakkan kelemahan n kebodohan sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting duit.... pasal halal haram tolak tepi.. bukan vape je, rokok pun memang difatwa haram... tp, duit masyuk punya pasal... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam dunia moden ini kan...
even giant company pun bole tumbang.. mesti kita dulu tak terpikir syarikat rokok akan terkena tempias ini.
now rasakan la
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh...itu maksudnya. Entahlah..... saya tak merokok dan tak ambil pusing soal rokok2 ni. Rokok kalau bubuh air ketum tentu basah rokoknya. Boleh nyala or daun ketumnya diserbukkan?
Vape tu sendiri tak mahal ke. Brapa harga seketul vape tu. Murah ke sampai dengarnya murid sekolah pun mampu beli?
|
|
|
|
|
|
|
|
BAT dah goyang
pasal tu la nanti diaorg akan kuarkan vape jugak.
then akan kenakan tax
lepas tu gov jilat balik dan mengatakan vape is halal |
|
|
|
|
|
|
| |
|