CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1723|Reply: 16

[Jenayah] Wartawan rugi RM11,000

[Copy link]
Post time 29-10-2015 07:47 PM | Show all posts |Read mode
Keadaan siling yang ditebuk bagi membolehkan suspek menceroboh masuk ke rumah mangsa


SUNGAI PETANI - Seorang wartawan akhbar bahasa Cina mengalami kerugian mencecah RM11,000 apabila rumahnya dekat Taman Sinar Permata, di sini, dipecah masuk kelmarin.

Mangsa, Choo Tai Jie, 32, berkata,  dia kehilangan sebuah motosikal, basikal, wang tunai  RM500, syiling kira-kira RM500, tiga utas jam tangan, telefon bimbit, pasport dan beberapa barangan lain.

Tai Jie berkata, kejadian berlaku ketika ketiadaannya di rumah dan berkemungkinan dipecah masuk ketika siang hari semasa hujan lebat.

Menurutnya, jiran sebelah rumah terdengar penggera berbunyi semasa hujan lebat dan menyangka ia disebabkan cuaca atau kilat.

"Setelah beberapa jam penggera masih tidak berhenti, jiran melaporkan kejadian berkenan kepada pasukan pencegahan jenayah yang kemudian memaklumkan kepada saya.

"Tiba di rumah saya nampak siling rumah telah dipecahkan, penjenayah mungkin masuk ikut bumbung dan lari ikut pintu dapur kerana  ada kesan umpil pintu dari dalam,"katanya.

Menurutnya, bahagian ruang tamu, bilik dan dapur berselerak selepas digeledah penjenayah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Mohd Sabri Mohamad mengesahkan menerima laporan polis daripada mangsa.

Menurutnya, polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 08:09 PM | Show all posts
jahatnya penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:16 PM | Show all posts
Dah masuk ikut siling pulak....makin x selamat
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:16 PM | Show all posts
mesti warga asing ,mrk dtg Malaysia hanya memberi masalah

kerajaan BN xsedar lg ke bahna pendatang asing ni ,pebdatang muka mcm tembok pecah pula tu ....low class people.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
BABI lahanat terbangsat punyer penjenayah:
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 ada kes jenayah di negeri darul aman?aman ke kalau macam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2015 09:22 PM | Show all posts
Harap bukan wartawan CARI
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:26 PM | Show all posts
bellaa replied at 29-10-2015 01:22 PM
Harap bukan wartawan CARI

ahhahahahhah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 29-10-2015 12:16 PM
Dah masuk ikut siling pulak....makin x selamat

tu pasal kalau ada renovation sekitar kawasan rumah berwaspadalah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:43 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 29-10-2015 08:16 PM
Dah masuk ikut siling pulak....makin x selamat

depan belakang semua grill ... kalau dah otak pikiq nak merompak,celah mana pun sanggup di redah   

ada penggera keselamatan pun buat derk jek ... langgar
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan orang perompak ni..cari duit sendiri taknak tetap jugak nak ambil hak orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:06 AM | Show all posts
kaedahnya lepas ni kat bumbung pun kena letak grille
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 02:31 AM | Show all posts
itu la makan lagi duit hasil burukkan nama org... padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnye..mesti penyangak ni jenis tau selok belok buat rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 06:14 AM | Show all posts
skyreds replied at 29-10-2015 10:43 PM
depan belakang semua grill ... kalau dah otak pikiq nak merompak,celah mana pun sanggup di redah   ...

Agaknya kalau lah kita pasang grill kat siling sekali, lepas ni dia korek lubang bawah tanah pulak....nk merompak punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 cara sekarang nak merompak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 07:08 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 30-10-2015 06:14 AM
Agaknya kalau lah kita pasang grill kat siling sekali, lepas ni dia korek lubang bawah tanah pulak ...

langgar rumah dgn monster truck pun buleh ... alang2 nak merampok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.388184 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list