CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1385|Reply: 12

[Jenayah] Gagal larikan lembu guna kereta

[Copy link]
Post time 29-10-2015 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suspek (baju merah) yang berjaya ditangkap penduduk ketika cuba mencuri lembu di Kampung Bukit Sarang Ayam.


KULIM - Seorang pencuri yang cuba mencuri lembu seorang penternak di Kampung Bukit Sarang Ayam berjaya diberkas penduduk dalam kejadian kira-kira jam 1 petang kelmarin.
      
Penternak yang hanya ingin dikenali Pak Andak berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dia sedang memantau haiwan ternakannya meragut rumput di dalam ladang kelapa sawit.
   
"Kemudian datang empat lelaki, seorang daripada mereka terus menyumpit lembu saya dengan ubat pelali dan cuba memasukkannya ke dalam kereta Proton Waja.

"Mungkin mereka tidak perasan saya ada berhampiran kawasan berkenaan. Saya kemudiannya terus hubungi penduduk kampung,"katanya.

Pak Andak berkata, setelah menyedari kehadiran penduduk, tiga lelaki berkenaan melarikan diri, manakala pemandu kereta tidak sempat berbuat demikian.
   
"Berlaku sedikit pergelutan namun pencuri itu akhirnya berjaya ditangkap,"katanya.
        
Pak Andak berkata, sebelum ini lebih 15 lembu dicuri di kawasan ini yang melibatkan beberapa penternak lain.

"Sebab takut lembu kena curi lagi, saya ambil keputusan untuk jaga sendiri ternakan terutama pada waktu tengah hari.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, hasil semakan  kereta yang digunakan suspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan dicuri di Sungai Senam.

"Suspek yang ditangkap juga dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 07:47 PM | Show all posts
suspek dibawa ke hospital.............dah kena belasah ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana mereka masukkan lembu ke dalam kereta?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:30 PM | Show all posts
warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai dah tak boleh pelihara atau tanam apa benda, pelihara lembu, lembu kena curi, pelihara kambing ,kambing kena curi, tanam pisang tak dan buah nak matang  dah hilang kena curi.Dah lah kerja pertanian ni nak dapat hasil bertahun2. Elok nak dah nak dapat hasil, datanglah malaun yg mencuri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:46 PM | Show all posts
warga Malaysia ke warga asing si penjenayah tu?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kedah nak bela lembu pun tak aman.apa dah jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:18 PM | Show all posts
kejap lagi ada forummer cakap siapa suruh bela lembu dah tahu ada orang suka curi lembu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada menteri buat ulasan- kalau dah bela lembu kena curi, bela lah babi pulok.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 11:13 PM | Show all posts
Kereta terlanggar penghadang ek ? Dulu kes curi lembu guna kereta kat kulim gak
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 11:30 PM | Show all posts
Hari tu kat LPT, kereta Wish lagi
overload dgn 3 ekor lembu lalu accident
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:29 AM | Show all posts
Odyman replied at 29-10-2015 08:30 PM
Sampai dah tak boleh pelihara atau tanam apa benda, pelihara lembu, lembu kena curi, pelihara kambin ...

Zaman sekarang, nak bela binatang  ternakan atau tanaman kena dalam rumah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghh hebat lembu sekarang dah naik kereta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066392 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list