CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2514|Reply: 5

Tali Pertunangan Boleh Goyah Dengan 4 Perkara Ini

[Copy link]
Post time 29-10-2015 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Fyruz Hanna



sumber foto:msairul.com



Mana ada hubungan yang tidak dilanda masalah bukan? Bak kata orang dalam frasa pertunangan itu lah lagi digoda dengan pelbagai masalah.


Antara 4 ujian yang dihadapi oleh pasangan yang bertunang adalah:


1. Ujian Harta
Memang dalam bertunang itu, pastinya ujian harta dan duit menjadi perkara asas. Namun jangan pula kerana mahu lekas banyak duit, ia dilaburkan demi untuk mendapat pulangan yang lebih berkesan namun ada baiknya dibincang dengan pasangan sebelum membuat sebarang keputusan. Kerana ada kes yang berlaku menggunakan duit hantaran untuk 'join' perniagaan yang akhirnya terlebur dan perkahwinan ditangguh.




2. Diuji dengan sikap
Datang pula tiba-tiba tunangan menjadi terlalu sensitif, baran, kurang sabar. Jangan terus stress menghadapi situasi sebegini kerana disaat dan ketika ini pelbagai perasaan datang menjengah. Jangan terus mengeluh atau keluar dari perhubungan ini. Ajaklah solat bersama, mengaji dan mengambil wuduk. Sentiasa ingat, nikah kerana Allah. Segala masalah dibincang dengan cara baik dan fokus kepada punca sahaja.


3. Diuji dengan ragu-ragu
Betul ke pilihan aku? Kenapa mahu berkahwin sekarang? Banyak lagi cita-cita tak dicapai? Semua pemikiran dan pemahan ini datang sekaligus disaat anda ingin berubah melakukan perkara baik. Beringat lah kita mahu bernikah kerana mengejar keredhaan Allah.


Soal mampukah kita menjadi suami atau menjadi isteri seseorang? Ia bergantung kepada pengalaman. baiki kesilapan dan ubah cara pemikiran. Jika digoda syaitan, istigfar dan kembali kepada niat asal anda mahu mendirikan rumahtangga. Jodoh ini memang Allah beri kita nampak sejelas-jelasnya kekurangan dan kelemahan. Namun tak boleh kita rasa benci. Walaupun mukanya penuh jerawat tapi kita rasa tenang tengok, walaupun bergaduh kita tetap mahu bersamanya. Sentiasa doa pada Allah supaya semakin kuat cinta kepada si dia, kuat lagi cinta pada Allah.


4. Kehadiran ex, skandal
"Saya masih sayang awak lagi... saya perlukan awak.."
Ada sebabnya mengapa seseorang itu hanya menjadi ex. Kerana dia adalah EXperienced, lepaskan dan mulakan hidup baru. Kita harus pandai atasi syaitan yang menghasut dan sentiasa redha dengan ketentuanNya. -CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 04:58 PM | Show all posts
takutlah nak tunang TT...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga kami tabah menempuh alam pertunangan ni... ada 6 bulan lagi nak kawen
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:44 PM | Show all posts
ini baru 4, ada banyak lagi yang berat berat mungkin menyusul.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dugaan bila dah bkahwin pun lg la mcm2..patience is virtue.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 12:25 AM | Show all posts
antara semua tu, no 3 dan 4 selalu terjadi
saya tengok member2 yg bertunang dulu...sbb 3 dan 4 itulah yang sampai mereka tangguh atau putus tunang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.074872 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list