CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8447|Reply: 72

[Tempatan] Di Malaysia sahaja, 25 juta paket snek Mamee dijual sebulan

[Copy link]
Post time 29-10-2015 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: MAMEE-Double Decker (M) Bhd (Mamee), pengeluar snek terbesar Malaysia melabur kira-kira RM100 juta untuk membangunkan kilang pengeluaran di Arab Saudi yang juga kilang pertama di Timur Tengah dan ketiga di luar Malaysia.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Kumpulannya, Pierre Pang berkata, memandangkan pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diperakui dan diterima baik negara lain, pihaknya yakin terdapat potensi besar bagi syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran di rantau itu.

“Setakat ini, kami mempunyai tiga kilang di Malaysia, Myanmar dan Indonesia. Sebagai syarikat persendirian, kumpulan menyasar untuk disenaraikan semula dalam Bursa Malaysia dalam tempoh dua tahun dari sekarang sebagai syarikat serantau.

“Kami tidak menolak kemungkinan penyenaraian di bursa saham selain Bursa Malaysia bergantung kepada pasaran yang diteroka kumpulan termasuk Singapura dan Hong Kong,” katanya selepas pelancaran minuman ‘Messed Up Family with Mamee Group’, baru-baru ini.

Menurutnya, syarikat menjangka mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 20 hingga 25 peratus tahun ini, melepasi sasaran pertumbuhan tahun sebelumnya sebanyak 15 peratus.

“Bagi kumpulan Mamee, kami telah menjana jualan hampir RM800 juta tahun ini di mana segmen pasaran Malaysia.

“Untuk tempoh sebulan di pasaran domestik, jenama Mamee Monster menerajui daripada aspek jumlah paket dengan 25 juta paket berjaya dijual manakala Mister Potato mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada segi nilainya,” katanya.

Kini, lebih 300 produk Mamee dieksport ke lebih 80 negara selain merekodkan nilai eksport tahunan berjumlah RM30 juta bagi pasaran terbesar di luar Malaysia iaitu Australia.

Sementara itu, Pengarah Societe Family, Choong Kar Wai berkata, syarikat menyasarkan untuk menjual kira-kira 42 botol minuman baru, ‘Messed Up Family’ dalam masa sejam ketika waktu kemuncak.

Penggunaan dan penambahan Mamee Monster dan Perfecto Popcorn ke dalam minuman bakal menarik perhatian pelanggan dan kumpulan tidak ragu-ragu untuk menjadikannya sebagai hidangan tetap dalam menu untuk beberapa konsep cafe lain termasuk Garage 51, Underground Societe dan Procaffeinating.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 08:56 AM | Show all posts
malaysia suka junk food..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:59 AM | Show all posts
sebab tu ramai yang obesiti dekat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:00 AM | Show all posts
laki ngan anak aku hantu ngan jajan mamee... pastu aku lak naik hantu sbb beterabur mamee kat rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:04 AM | Show all posts
aku pembeli setia Mamee Monster..
cuma size nya makin lama makin kecik...dan kecik...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:05 AM | Show all posts
aku mkn ms holiday je...mkn dlm bilik hotel...pergghhh nikmattt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2015 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mkn waktu ptg2 kt opis... nikmatnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:47 AM | Show all posts
Makan mamee sambil main games mmg nikmat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 09:53 AM | Show all posts
suka Mamee yg gambar monster betina kaler pink pakai riben (perisa kari)..tapi dah xde dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:58 AM | Show all posts
atau mereka nak berjimat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:58 AM | Show all posts
Adnan Sempit punya Company mamee nih (dlm muvi dia je la)
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:03 AM | Show all posts
skang ada mamee perisa pedas...kehkehkeh...ritu duk beli pasal dpt dinasour..suka betul budak2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
skali skala mkn makanan krg sihat apa slhnya..haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:13 AM | Show all posts
red_cattleya replied at 29-10-2015 10:09 AM
skali skala mkn makanan krg sihat apa slhnya..haha

Skali skala ok je. Kadang tu kita teringin je kan. Jangan di jadikan menu santapan harian wajib dah ler
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
memang sedap ni..20sen je duly besar

ari tu laki aku p beli mamee utk anak aku umoq 2 thn..ada ke patut..sbb aku sms kata buy sumthing for ur daughter aku expect la dia beli youghurt ke susu dutch lady kotak mickey mouse ke..tp xper dah beli bagi je lah, suka dia mintak sket bagi seciputttt je

lepas ni kalo jenjalan teringin nak mkn mesti dia dah cam..ala sorok2 mkn
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
memang sedap ni..20sen je duly besar

ari tu laki aku p beli mamee utk anak aku umoq 2 thn..ada ke patut..sbb aku sms kata buy sumthing for ur daughter aku expect la dia beli youghurt ke susu dutch lady kotak mickey mouse ke..tp xper dah beli bagi je lah, suka dia mintak sket bagi seciputttt je

lepas ni kalo jenjalan teringin nak mkn mesti dia dah cam..ala sorok2 mkn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamee dan roti ikan bilis memang makanan ruji bila tunggu lrt

Murah dan kenyang...
Tapi aku tak gemuk pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dlu ade mamee peket kecik, 10 sen x salah aku. beli 10, mase naik motor, ngap sebungkus. tpi syg dh xde. patot die adekan balik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:38 AM | Show all posts
suka mamee yang 10 sen tu,
ada gambar chef kat depan..
tapi cari sekarang ni dah macam tak de..
siap gi cari kat kedai runcit depan sekolah kot..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:46 AM | Show all posts
gilo...25 juta bungkus sebulan

bangkem tak suka sangat makan mamee ni, selalu melekat celah gigi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.415727 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list