View: 2563|Reply: 25
|
[Tempatan]
Gerakan Singkir Muhyiddin: "Jamal Bukan Orang Penting Sangat"
[Copy link]
|
|
Gerakan Singkir Muhyiddin: "Jamal Bukan Orang Penting Sangat"
Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 12:00 PM
IZRA ABDUL RAHMAN
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my
Nazri Aziz
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan adanya gerakan untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata hanya pucuk pimpinan parti yang boleh menentukan siapa yang patut berada dalam parti atau sebaliknya.
“Saya mana tahu, kena tanya pucuk pimpinanlah.
“Saya akan ikut apa sahaja agenda yang mereka tentukan. Ada mesyuarat kita bincang kemudian,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunus pada Selasa yang mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan Muhyiddin dan kelompok gunting dalam lipatan dalam Umno.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, beliau menganggap apa yang dikatakan Jamal sebagai pandangan peribadi.
“Itu pandangan dialah..dia pun bukan orang yang penting sangat,” katanya.
Ditanya sama ada gerakan itu dibuat sebagai langkah untuk menutup mulut Muhyiddin daripada terus lantang mengkritik beberapa isu dalam negara termasuklah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menjawab ringkas: “Ini negara bebas…”
Pada Selasa, Jamal dilaporkan menegaskan bahawa lebih 100 ketua Umno bahagian di seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.
Beliau berpandangan Najib terlalu bersikap berlemah-lembut sedangkan Muhyiddin perlu dipecat.
“Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno,” katanya.
Pada sidang media sama, Nazri turut mengesahkan bahawa bangunan Vivekananda Ashram di Brickfields akan diisytiharkan sebagai bangunan warisan dalam masa terdekat.
Katanya, keputusan itu dibuat setelah menilai beberapa aspek seperti kepentingan sejarah, sumbangannya kepada pembangunan Tanah Melayu, ciri reka bentuk dan hubungan sosial dan kebudayaan.
Jelasnya, keputusan yang dibuat itu adalah muktamad, sekali gus menolak rayuan sebelum ini yang meminta supaya kementerian membatalkan ketetapan menjadikan bangunan tersebut sebagai tapak warisan.
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka jamal |
|
|
|
|
|
|
|
bangang pnya jamalembu...berangan jadi PM kunun...sbb tu ko layak jadi pemuda je...sbb ko lembu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa si JAMAL.................................??????
Dia lembu yang selalu berkeliaran di CI ni = dezek........
Lembu yang terasa sangat penting sampai boleh memcat ahli UMNO
yang dah berkhidmat lebih 30 tahun.
Lembu yang urus gerai ikan bako pun bankrap tak sampai setahun.
Sekarang lembu ni berangan nak jadi monter.
SRP pun hancus ada hati nak mentadbir negara.
Bisnes ikan bako pun lingkup, bayangkan kalau dia jadi PM kita.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Lembu dgn lembu bergado
kerbau tepok tgn |
|
|
|
|
|
|
|
Jamal nak gantikan kebodohan Ahmad Maslan. Dia pun nak jadi popular gak weh |
|
|
|
|
|
|
|
dia pun bukan orang yang penting sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Nah mendapat Jamal oiii....
Mohon jangan terhegeh2 sangat.... org x pandang pun ko |
|
|
|
|
|
|
|
jamal pun nak tumpang naik juga... |
|
|
|
|
|
|
|
UP U GOOOOOOOOOOOOOOO.................. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal je kena "aib", dia bkn penting sgt pon |
|
|
|
|
|
|
|
ayat win... dia pun bukan orang yang penting sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Jamal ni ala2 spesis cendawan tumbuh selepas ujan..
ntah sblum ni x kenal pon..ttiba naek ngan pelbagai isu kontroversi..nk jd juru cakap UMNO
Kesilapan najib..dia x reti nk kontrol ahli2 UMNO..bukan x reti..mmmg dia xde tokoh kepimpinan pun...
tu yg ttiba sejak dua menjak ni timbul ntah dr mana2..sapa2 ntah ttiba nk jd hero UMNO..sebab dorg tau..najib x akan ckp apa2...mmasing nk tunjuk hero ...
Lagipun dorg dh nmpak...klu sapa2 yg kipas pM...ada peluang dpt saham...
btw..bagus gak TPM tu dh sound mcm tu...lepas ni sedar diri la Jamal...
|
|
|
|
|
|
|
|
kali ni aku sokong nazri teksi bengap tu
hahahahaha
padan muke jamal lembu
melancap jela dgr statement nazri teksi tu kata bkn org pnting
hahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BlueEagle at 29-10-2015 11:12 AM
sebab tu kena tengok calon2 yng berangan nak jadi ahli politik ni.....education kena mantap jangan main undi jer...sudah sampai masanya rakyat memilih pemimpin2 dari kalangan cerdik pandai bukan setakat pandai bercakap dan mengampu sahaja
lagi satu harap2 jangan lak pasni ramai politikus yg beli ijazah pelsu sebab nak top up education sedia ada lah kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
mnyeru jamal aka @dizek utk memberi sepatah dua perkataan kt sini
nk keji nazri teksi ke x dizek ni |
|
|
|
|
|
|
|
perghhhh malu kaki kipas tak hingat ittew haha
ko ingat jilat bontot bijan bleh naik... bijan pun tunggu masa je |
|
|
|
|
|
|
| |
|