CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9075|Reply: 98

[Tempatan] Lambakan warga asing, akhirnya DBKL terpaksa minta bantuan KDN

[Copy link]
Post time 28-10-2015 08:25 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak lebih agresif terhadap kebanjiran pendatang asing di ibu kota yang dipercayai menjadi punca kepada penularan wabak demam kepialu.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, kebanyakan premis restoran didapati kotor kerana mempunyai pekerja kebanyakannya warga asing yang kurang menitikberatkan soal kebersihan.

“Kita masih mempunyai polisi membenarkan pekerja warga asing untuk bekerja di sektor premis restoran dan kedai makan. Ini kerana kita tidak boleh menghalang mana-mana warga asing yang melabur di ibu kota dengan membuka premis makanan berasaskan negara asal mereka.

“Ini termasuklah masakan Arab, Maghribi, Iran, Pakistan dan sebagainya yang membawa masuk tukang-tukang masak dan pekerja-pekerja restoran. Namun tindakan tegas perlu diambil terhadap ramai lagi pekerja warga asing yang bekerja di restoran dan menjadi punca kepada berlakunya kekotoran,” katanya ketika dihubungi di sini.

Akhbar hari ini melaporkan kebanyakan premis makanan termasuk restoran yang popular dalam kalangan pelanggan di ibu kota didapati kotor dan tidak mematuhi panduan kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Kita perlukan kerjasama KDN bagi membanteras masalah pendatang asing sama ada mendapat suntikan tifoid atau tidak, yang bekerja di restoran dan tidak tahu mementingkan kebersihan ini.

“Jika tidak, tindakan DBKL melakukan operasi memeriksa kebersihan dan menutup premis-premis yang kotor akan sia-sia jika masih terdapat warga asing yang sebenarnya tidak layak untuk bekerja di negara ini.

“Kita khuatiri mereka adalah pembawa penyakit dari negara asal masing-masing dan tanpa disedari akan menyebabkan penularan penyakit tersebut kerana sikap mereka yang gemar membuat kotor,” katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sharizat Ahmad meminta orang ramai mengelak dari mengunjungi restoran-restoran yang kotor.

“Mungkin disebabkan makanan yang disajikan memenuhi selera mereka tetapi bayangkan jika restoran atau kedai makan itu kotor kerana kekotoran tersebut tidak dapat dilihat pada waktu malam.

“Kita pergi makan pada waktu malam, memang tidak nampaklah sebarang kekotoran. Tetapi cuba kita pergi periksa semula pada sebelah siang. Kita akan dapati premis-premis tersebut adalah sangat kotor dan menjijikkan,” katanya.

Beliau percaya bahawa restoran yang dibuka hampir 24 jam setiap hari, tujuh hari seminggu, merupakan premis makanan yang sangat kotor.

“Bila masa hendak membersihkan premis mereka? Mereka hanya ada tempoh satu jam sahaja yang tutup sementara, namun tentulah dalam tempoh satu jam itu tumpuan untuk menyediakan makanan bagi tempoh operasi berikutnya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 08:26 AM | Show all posts
ku nan tidur ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:27 AM | Show all posts
Menteri Dalam Negeri pun berasal dari Indonesia

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kdn pon dpt % kot.sekali masuk bkn main ramai klu melalui kdn ni derang mmg supply utk sektor perkilangan n pertanian.bkn ke kdn nk bwk masuk bangla lg 1.5 jota maa..kaya wak zahid n adiknye hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:36 AM | Show all posts
dulu Malaysia dipandang tinggi ..org nampak Malaysia ,masa tu negara makmur .
Sekarang kerana undi ,kerana politik ,kerana sedar rakyat sendiri menolak mrk ,terus di panggilnya  low class people dari bnagladeesh , mynmar ,indon ,thailand...everyhwere ,,,,,

Padah kalau dapat  gang pelahap duit jadi pemimpin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2015 08:39 AM | Show all posts
dulu dh ada kes di bawa ke mahkamah
penguatkuasa dpt RM1,000 setiap warga asing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2015 08:40 AM | Show all posts
EEEeeeeee........................................
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
menteri kdn tu pun warga asing
patut dinyahkan dulu menteri ittteeeewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 08:49 AM | Show all posts
kat KL ni skg tetibaaa je ramai peminta sedekah tah warga dari mana tah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:53 AM | Show all posts
nk mintak tolong KDN? nanti menteri tolong bawak masuk lg byk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 08:55 AM | Show all posts
Apa nak jaddikkkkkk laaa Malaysia niii.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:04 AM | Show all posts
cai2 semua diam je
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:06 AM | Show all posts
cara nak hapuskan warga asing, setiap imigresen yg dpt ditangkap, bonus RM1000

duit RM1000 nie drpd denda kat wargasing

problem solved...... u idiot
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila wat operasi besar2 kat area kotaraya sana..uewwww..gile dowh tempat ni dikerjakan warga asing.pastu dalam bas gokl purple line,bukit bntag,komuter kl..sume tu sarang warga asing.dahler naik komutrr pon x bli tiket..sesukq hati je manusia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:14 AM | Show all posts
eh? baru sedar ke buat2 lupa apa dorang ni dah berulat2 kat sini?  
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:17 AM | Show all posts
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November tahun lepas mendedahkan, pekerja asing sama ada yang masuk secara sah atau haram dianggarkan berjumlah 6.7 juta orang. Daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta orang sahaja yang mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 09:18 AM | Show all posts
fikirkanlah, siapa yg akan rugi akhirnya? melayu sendiri yg akan rugi...
tapi org umno lihat warga asing sebagai pengundi berharga

"Ramai pekerja asing yang masuk sebagai buruh kasar tetapi kemudian mempunyai perniagaan sendiri dan ada yang memandu teksi... lihat sahaja kawasan Chow Kit dan Bukit Bintang, siapa yang menjadi 'tauke'?
     
"Sekiranya masalah kebanjiran ini tidak dikawal, graf akan terus meningkat dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka dapat menguasai bidang perniagaan sekali gus ekonomi negara, malah akan ada rakyat kita pula bekerja di bawah mereka," katanya.
     
Shazali berkata, kalau dahulu pekerja asing dibayar dengan gaji rendah tetapi kini mereka turut menikmati gaji minimum RM900 yang ditetapkan kerajaan.
     
"Negara yang rugi apabila pengaliran wang ke luar negara bertambah banyak, malah berbilion ringgit... apa untung yang kita dapat?
     
"Memang benar pekerja asing mempunyai sumbangan dalam memacu pembangunan dan ekonomi negara, tetapi kebanjiran warga asing mempunyai risiko tinggi. Negara perlu kurangkan kebergantungan dengan orang luar. Jika tidak, sampai bila kita perlu bergantung dengan mereka?," katanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:19 AM | Show all posts
da byk masalah ni pun
masih lagik nak ambil pendatang..
x tau nak kata apa dahh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:29 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 28-10-2015 09:31 AM

skrg ni nk gi makan pun..kena survey kedai makan mcm mn..

nasib baek Mcd KFC kt area umah ramai lg yg local....

Kedai cina pun bnyk dh ambik dorg ni....dh la x bersih...baju pun bau hapak....

sama gk kedai mamak dan melayu...makin x jaga kebersihan..smlm dlm news ada sebuah kedai artis tempatan kena kompaun sebab ambik pkerja yg xde vaksin plus kotor...






Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:44 AM | Show all posts
pi je jalan silang.... myanar & vietnam ber sarang kat situ...

kalo weekend....bangla paki join da club...

dinding2 abis merah depa dok ludah sentil2 yg dikunyah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.069808 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list