BANDAR GUATEMALA – Di Guatemala, Pelawak terkenal, Jimmy Morales memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya Presiden Guatemala kelmarin walaupun beliau langsung tidak berpengalaman dalam arena politik.
Morales yang merupakan seorang pelakon komedi dan personaliti televisyen mengumumkan kemenangannya selepas pegawai-pegawai pilihan raya mengumumkan keputusan pilihan raya itu.
Beliau mendapat 68 peratus undi berbanding 32 peratus yang diperoleh bekas wanita pertama, Sandra Torres selepas 97 peratus undi telah dikira.
“Dengan pilihan raya ini, anda menjadikan saya Presiden. Saya menerima mandat dan mandat itu adalah untuk memerangi rasuah yang memakan diri kita.
“Terima kasih atas kepercayaan anda. Komitmen saya kekal kepada Tuhan dan rakyat Guatemala. Saya akan bekerja dengan sepenuh hati dan sedaya upaya serta tidak akan menipu anda semua,” janji Morales dalam perutusan yang disiarkan ste–sen televisyen Guatemala.
Torres mengaku kalah dalam satu kenyataan ringkas di televisyen bahawa rakyat telah membuat pilihan beliau menghormati keputusan itu.
“Kami mendoakan yang terbaik untuk Morales,” ujarnya.
Morales menempuh perjalanan luar biasa untuk memenangi pilihan raya itu selepas beliau hanya meraih sokongan 0.5 peratus rakyat Guatemala pada April lalu.
Namun, kempen pilihan raya itu digemparkan dengan peletakan jawatan Presiden Otto Perez sebelum beliau ditangkap atas tuduhan rasuah pada 3 September lalu.
Tinjauan pendapat bagaimanapun mendapati orang ramai sudah bosan dengan kebanyakan ahli politik di negara itu yang mengamalkan rasuah dan menyeleweng wang rakyat tetapi sering memberikan pelbagai janji manis semasa berkempen.
Morales, 46 yang mewakili parti sosial demokratik UNE pula hanya mempunyai satu slogan sahaja semasa berkempen iaitu “saya bebas rasuah dan bukan pencuri.” – AFP
Sumber kosmo online
adakah selepas ini Bang Haji Bil
-Lu pikir lah sendiri, Assalamualaikum
Morales, 46 yang mewakili parti sosial demokratik UNE pula hanya mempunyai satu slogan sahaja semasa berkempen iaitu “saya bebas rasuah dan bukan pencuri.” – AFP
Calon UMNO mana kat Malaysia ni berani buat selogan cam ni selain Pak Lah??