CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4160|Reply: 3

Ade Tak Orang Nak Bagi Baju Sekolah Terpakai? Saya Nak

[Copy link]
Post time 26-10-2015 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Dikala kanak-kanak sebaya dengannya masih bergembira dengan dunia kanak-kanak mereka, tidak bagi seorang gadis kecil berumur 9 tahun ini di mana pada umur sebegitu muda dia telah mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya.

Cerita mengenai kanak-kanak ini telah dimuatnaik oleh seorang guru di Madrasah Darul Tahfiz, Sri Al Ain, Sungai Bulo, bernama Rusnah Abu Samah di mana dia mendekai gadis ini.

Menurut beliau, gadis ini adalah anak istimewa di mana anak sulung dari 5 orang adik beradik ini yang umur mereka 8 tahun, 6 tahun, 5 tahun dan bongsu berumur 6 bulan adalah seorang anak yang bertanggungjawab menguruskan keluarga.

"Ayahnya seorang pencari kayu Gaharu yang selalu masuk ke hutan manakala ibunya pula tidak tahu kerja apa(tidak dapat dinyatakan kerja apa) di mana apabila balik sekolah dialah 'ibu' yang bertanggungjawab ke atas semua adik beradiknya."
"Kalau cikgu bagi buku bawa balik rumah, buku akan hilang atau kalau paksa bawa semula bukunya dan macam belacan, dia tidak pernah mengulang kaji di rumah tapi dia adalah seorang budak yang bijak," ceritanya.

Beliau juga bercerita, gadis ini, kalau beras habis untuk dimasak dia akan keluar mencari dan memasak untuk adik-adiknya. Pakaiaannya jarang berbasuh dan pagi tadi tengok bajunya koyak sedangkan esok hendak melawat ke zoo.

"Umie ada ke orang bagi Umie baju sekolah dah terpakai? boleh ke kalau saya nak," tanya gadis ini kepada beliau yang membahasakan panggilan Umie dengan semua anak-anak didiknya. - Siakapkeli.my


siakapkeli





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:54 PM | Show all posts
Ya allah.........Ibunya mana...kerja jgk ke???...
Si kecik 6 bulan tu, kakak nie yg tolong uruskan jgk ke....alahai...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 09:29 AM | Show all posts
kesian adik ni...jd anak yg soleh dan pandai yer dik..huhuhuhuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.064268 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list