View: 21402|Reply: 5
|
Seni Bina Rumah Melayu Tradisional
[Copy link]
|
|
Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.
Sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra / Pribumi lain di Borneo dan bahagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.
Rumah Pisang Sesikat
Bentuk bumbung seperti V terbalik diperkenalkan. Pada pertemuan di sebelah puncak tutup bumbungnya dipisahkan oleh banir yang dipanggil tulang perabung. Bentuk bumbung ini dikenali juga dengan bumbung lipat kajang atau bumbung panjang. Selepas kedatangan penjajah Belanda dan Inggeris, rumah berubah bentuk kepada bentuk limas atau bumbung Belanda.
Bumbung lipat kajang
Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi senibina dan reka bentuk rumah Melayu. Maka lahirlah rumah berbentuk Minangkabau, Bugis dan lain-lain.
Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris telah menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya.
Jenis-jenis Rumah Melayu
Di Johor, rumah potong Belanda atau Rumah Limas
Di Kedah dan Perlis, rumah Melayu yang berbumbung panjang dikenali dengan Rumah Serambi Kedah atau kadangkala dipanggil, rumah panjang sahaja.
Di Melaka rumah bumbung panjang juga dikenali dengan Rumah Serambi Melaka dan terbahagi kepada rumah tiang dua belas dan rumah tiang enam belas.
Di Pulau Pinang dan Seberang Prai, rumah berbumbung panjang ini dipengaruhi oleh senibina rumah panjang di Melaka.
Di Terengganu, terdapat dua jenis rumah bumbung panjang iaitu rumah tiang dua belas dan rumah bujang.
Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, rumah bumbung panjang dipengaruhi oleh senibina rumah bumbung panjang di Melaka dan Negeri Sembilan.
Di Perak, rumah bumbung panjang dikenali dengan Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani.
Keunikan Seni Bina Rumah Melayu Tradisional
Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah Melayu Tradisoinal menambah lagi nilai estetik senibinanya. Kebanyakkan masyarakat Melayu dahulu kala sedikit sebanyak berkemahiran mengukir yang diwarisi turun temurun. Kelebihan itu digunakan dalam menghias senibina rumah Melayu ini.
Tebar Layar dengan hiasan motif kosmos
Bahagian anjung rumah di pasang dengan ukiran larik.
Kekisi tingkas diukir dengan ukiran tebuk tembus membantu peredaran udara yang baik.
sumber : AnjungLaman
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantik cantik... saya suka rumah melayu tradisional, penuh dengan kesenian~~ |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg ni, masuk kawasan kampung pun dah sukar nk jumpa rumah-rumah tradisional lama. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik yg ni
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya rumah sesikat pisang ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|