View: 1618|Reply: 8
|
[Tempatan]
Nyanyian KM Adenan tambah jumlah dana amal kepada RM300,000
[Copy link]
|
|
KUCHING: Nyanyian lagu ‘Can’t help falling in love’ yang didendangkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berjaya menambah jumlah kutipan dana amal kepada RM300,000.
Lagu Elvis Presley yang merupakan kegemarannya ketika usia muda pada tahun 60-an itu, dinyanyikannya pada Majlis Penyampaian Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2015 Jumaat lepas di sebuah hotel terkemuka di sini.
Setakat ini wang kutipan itu berjumlah RM300,000 yang akan diagihkan kepada badan amal dan kebajikan yang terpilih di negeri ini bagi membantu golongan memerlukan.
Adenan ketika berucap pada majlis perasmian pembinaan jambatan Sungai Sibuti kelmarin berkata, beliau akan terus menyanyi untuk aktiviti amal di negeri ini.
Jelasnya, perkara itu dilakukannya sejak dilantik menjadi Ketua Menteri bagi membantu golongan kurang mampu dan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Tok_Batin at 23-10-2015 10:51 AM
Ada video tak?
Boleh tahan jugak orang-orang kenamaan perform untuk charity.
hari tu nampak video Tun Siti Hasmah main biola, boleh tahan |
|
|
|
|
|
|
|
kak mah pandai menari bollywood rasanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suka Tun Siti Hasmah main viola tu..... talented sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wanita contoh |
|
|
|
|
|
|
|
ai pernah dgr cite yg Tun Siti Hasmah pun pandai main piano.... 
|
|
|
|
|
|
|
|
korang double standard noh....kak mah nyanyi korang x junjung... |
|
|
|
|
|
|
| |
|