CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1286|Reply: 18

[Tempatan] BR1M Tidak Selesaikan Masalah Kos Sara Hidup Rakyat - Pemuda Umno Johor

[Copy link]
Post time 21-10-2015 04:23 PM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Johor berpendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bersifat ‘sekali beri’ tidak menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat ketika ini.
[size=0.98em]Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, kerajaan sebaliknya perlu mewujudkan keseimbangan antara pemberian tunai dan subsidi yang selama ini diamalkan.
[size=0.98em]Jelas beliau, berikutan itu Pemuda Umno Johor berpendapat Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini dapat mendahulukan keperluan asas rakyat selain memperkukuhkan kembali ekonomi negara.
[size=0.98em]"Kerajaan boleh mengambil alternatif lain dalam membantu rakyat untuk menangani kos sara hidup dengan mengurangkan cukai–cukai dengan meneliti semula golongan yang paling terkesan.



[size=0.98em]"Pemuda Umno Johor juga berharap  kerajaan meneliti dan mengkaji sebaik-baiknya dalam merangka Bajet 2016, dengan mengutamakan keperluan rakyat khususnya anak muda yang kian tersepit dengan perubahan landskap ekonomi yang tidak menentu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


[size=0.98em]Hahasrin memberitahu, pihaknya menggesa kerajaan menyediakan program sosial yang komprehensif dan akses kepada kesihatan, pendidikan dan pekerjaan bagi golongan muda.
[size=0.98em]Menurut beliau, langkah drastik untuk menangani kesukaran memiliki rumah pertama perlu menjadi kutamaan dalam bajet kali ini.
[size=0.98em]"Permasalahan ini (membeli rumah) timbul disebabkan harganya yang melambung tinggi dan kesukaran bagi pembeli, khususnya golongan muda dalam mendapatkan kelulusan pinjaman.
[size=0.98em]"Kami mencadangkan supaya dalam bajet kali ini menggariskan semula syarat bagi memudahkan pemilikan rumah, menilai semula polisi kuota Bumiputera, meningkatkan bekalan rumah mampu milik, serta pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi rumah mampu milik atau hartanah kawalan," tegasnya.
[size=0.98em]Selain itu, Hahasrin memberitahu, pihaknya menyarankan kerajaan  memandang serius dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aspek pembangunan usahawan khususnya industri mikro, kecil dan sederhana dalam mengurangkan kebergantungan negara terhadap eksport komoditi yang kian melambung.
[size=0.98em]Katanya, hal ini kerana keusahawanan merupakan sektor penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 04:30 PM | Show all posts
Welkam back to bumi dek
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:32 PM | Show all posts
maksudnya sekali setahun x ckup la, najib, dengar x?
kena tiap2 bulan bagi la...pui
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:38 PM | Show all posts
masih ada lagi yang berakal dalam sayap bahagian umno
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:41 PM | Show all posts
teruskan bersuara....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:42 PM | Show all posts
hah! dah tersedar la tu.. syukur. petanda bagus tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 04:44 PM | Show all posts
hilang lah peluang pemuda umno ni nak jadi munturi jilat
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:47 PM | Show all posts
ehhh kan Imam Mahdi Bugis kata belanja RM41 cukup sebulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 04:52 PM | Show all posts
PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Johor berpendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bersifat ‘sekali beri’ tidak menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat ketika ini.




Sapa cakap dengan skali beri takleh selesaikan masalah kos hidup?? Ko tanya Amat Maslan tu tengok apa dia jawab?? Cukup utk setahun tau!!!

Ko UMNO mana?? Johor kan?? Haaa.. elok ko pi tanya Amat Maslan.. sama2 UMNO Johor senang skit kowtim jawapan stendet..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:56 PM | Show all posts
tak lama la dalam umno ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 05:01 PM | Show all posts
ye lah, ko tak duduk kat felda pprt....

makcik pakcik felda pprt kampung tu OK je dengan br1m ni.....semua masaalah selesai, kata mereka ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 05:03 PM | Show all posts
Menurut Wong Chin Huat  The oppostion and BN rebels alike have been urged to down the geverment's budget which wiil be tabled by Prime Menistr Najib Abdul Razak this Frday.
Malaysiakini pula melaporkan  malam ini PAS has agreed to support a vote of no confidence
against Prime Minister Najib Abdul Razak, said PKR deputy president Azmin Ali..

Wong Chin Huat said" should the government lose at every vote count, this would construe
to a loss of supply, which is the equivalent to a vote of no confidence."


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 05:21 PM | Show all posts
xtakut kene simen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 05:26 PM | Show all posts
brim ni mmg xselesaikan pun..tp blh jgk la membantu org miskin...dh org miskin pun kne byr gst..so brim ni cover je blik..walaupun xcukup...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 05:32 PM | Show all posts
Alhamdulillah

ada juga pemimpin yang waras dan rasional

syabas pada pemuda umno johor
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 05:33 PM | Show all posts
kalau najib bagi tiap2 bulan atau setiap 3 bulan.. mmg next PRu najib masih berkuasa la... huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 05:58 PM | Show all posts
BR1M tu utk membantu sahaja di mana perlu. Bukan suruh hidup tiap2 hari pakai duit Br1m. Bengap nye pemuda umno johor ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 08:40 AM | Show all posts
macam mana dengan golongan pertengahan yang tak dapat br1m?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 09:00 AM | Show all posts
alhamdulillah......ado yang sedar ghupenya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.067696 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list