CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7368|Reply: 84

[Dunia] PM Kanada Ada Salasilah Keturunan Malaysia

[Copy link]
Post time 21-10-2015 04:21 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Justin Trudeau

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau yang baharu sahaja memenangi pilihan raya negara itu pada Isnin lalu dilaporkan mempunyai salasilah kekeluargaan dengan rakyat Malaysia.

Laporan daripada sebuah program televisyen sebelum ini mendedahkan bahawa pemimpin parti liberal itu yang juga anak kepada bekas perdana menteri, Pierre Trudeau turut mempunyai keturunan dari Singapura.

Menerusi siri televisyen Who Do You Think You Are, salasilah Trudeau, 43, yang dikatakan berasal dari Malaysia dikesan melalui ibunya, Margaret Joan Sinclair.

Margaret adalah seorang penulis, pelakon , jurugambar dan aktivis sosial bagi mangsa gangguan bipolar mempunyai hubung kait dengan salah seorang pengasas awal Singapura, William Farquhar.

Episod siri televisyen CBC itu juga mendedahkan bahawa isteri Farquhar adalah anak perempuan kepada seorang wanita warga Malaysia dan seorang pegawai Perancis.

Anak perempuan Farquhar, Esther Bernard, kemudian berkahwin dengan Francis James Bernard di Singapura dan menetap di sana sehingga kematiannya pada usia 41.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai nenek Esther, wanita Malaysia.


[size=0.98em]Pada pilihan raya Isnin lalu, Trudeau mengalahkan penyandang, Stephen Harper daripada parti Konservatif dengan majoriti lebih besar.

Kemenangan itu membawa Trudeau kembali ke kediaman perdana menteri di bandar Ottawa, di mana beliau tinggal selama hampir 12 tahun ketika bapanya adalah perdana menteri.

Trudeau yang mengambil alih parti yang kucar kacir pada 2013, sebelum ini diketepikan pesaingnya dengan mendakwa Trudeau sekadar 'penuh gaya' tanpa memiliki kebijaksanaan sekali gus belum sedia menggalas tugas berat sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, janji Trudeau untuk melaksanakan bajet defisit dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menyuburkan ekonomi, banyak membantu meningkatkan sokongan terhadapnya.

Siri kempen Trudeau mendapat perhatian ramai sekali gus mengingatkan popularitinya seperti yang diraih keluarga Kennedy dan ketika kempen Presiden AS, Barack Obama.

Trudeau yang dilahirkan pada Krismas 1971, mendapat perhatian ramai sejak kecil hinggalah bapanya berundur pada 1984.

Beliau kembali popular sejak tahun 2000 selepas bapanya meninggal.

Trudeau berkahwin dengan pengacara televisyen, Sophie Gregoire.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 04:23 PM | Show all posts

.............hmmmm ..... handsome. Muda2 dah jadi PM.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:29 PM | Show all posts
macam terbaca jah thread nih pagi tadi sis..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:33 PM | Show all posts
nama2 omputeh je semuanya....mana Malaysia nyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening aku baca salasilah dia....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:39 PM | Show all posts
ingatkan celah mana muka melayu...
sib baik la ko di kanada...bukan ahli umno...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Budusss. Zaman farquhar mana ada Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:40 PM | Show all posts
MUDANYE JD PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 04:41 PM | Show all posts
nenek Justin Trudeau ni sepupu kepada nenek ashraf sinclair...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:42 PM | Show all posts
tak pasal kena mengena dengan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:42 PM | Show all posts
pm dan tpm mesia ada salasilah keturunan indonesia,
apasal korang x bukak thread puji?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:45 PM | Show all posts
asal boleh...
dikaitkan jugak dgn Malaysia...
Lain la klu stetmen dia sendiri...


aku la klu sedara aku jadi PM...
malu aku nak ckp `sedara aku sini, sedara aku sana'...
lain la klu org lain yg ckp atau PM sendiri yg ckp...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:47 PM | Show all posts
sape nk tolong buat salasilah dia dlm bentuk yg mudah dan ringkas?? dia kan hensem, mesti ade yg nk tlg buatkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:47 PM | Show all posts
tak faham la akak
sejak singapura sekejap malaysia.
sejak bila singapura itu salah satu negeri di malaysia??

nak tulis artikel pun hauk bercelaru jump sana jump sini,'choi lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:49 PM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 21-10-2015 04:45 PM
asal boleh...
dikaitkan jugak dgn Malaysia...
Lain la klu stetmen dia sendiri...

mmg la malu,
klau ko ckap depan i saudara ko ialah najib atau rosmah, siap aku lempang trus muka ko
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:49 PM | Show all posts
dahulu singapura ada sebahagian dr malesia kan, tu yg tunggang langgang kejap spore dan mesia kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jugak tumpang sekaki ... hensemnya pm depa....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:51 PM | Show all posts
mak dia si maggie tu dulu macam hippie sikit...ada affair dengan ramai orang...
dengan mick jagger pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:51 PM | Show all posts
time nenek moyang die tu pon, bukannye wujud lagi Malaysia ni.... takde effect pon terhadap mane2 pihak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:52 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 21-10-2015 04:50 PM
Nak jugak tumpang sekaki ... hensemnya pm depa....



hoi, ko ni lupa daratan ka..
kita punya...putih....gebu....pink...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.066588 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list