CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19970|Reply: 110

[Tempatan] Ummu Jah Telah Meninggal Dunia #86

[Copy link]
Post time 20-10-2015 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 22-10-2015 05:29 AM

                                                            
Hatijah Aam

ALOR SETAR – Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad yang merupakan bekas pemimpin ajaran kumpulan al-Arqam dilaporkan berada dalam keadaan tenat di sebuah hospital swasta, di sini.

        Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’ dipercayai mengalami kematian otak (brain death) sejak Khamis lalu dan kini terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

        Menurut sumber, Ummu Jah berada di Australia hampir empat bulan atas urusan kerja dan bertemu bekas-bekas pengikut kumpulan al-Arqam.

“Beliau terpaksa dimasukkan ke hospital di Australia pada Khamis lalu selepas mengadu sakit dan tidak sedarkan diri.

“Doktor mengesahkan beliau mengalami koma dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan,” katanya kepada Sinar Harian.

        Bagaimanapun, undang-undang di negara itu hanya membolehkan penggunaan mesin bantuan pernafasan selama dua hari dan terpaksa membawanya pulang ke Malaysia.

“Ummu Jah dibawa pulang ke sebuah hospital swasta tempatan melalui bantuan kedutaan Malaysia, pada Sabtu lalu,” katanya.

        Menurutnya, pihak hospital tempatan juga mahu mesin tersebut dihentikan kerana beliau tidak menunjukkan sebarang tindak balas selain menyifatkan penyakit itu tiada harapan untuk pulih.

“Kalau boleh memang mereka tidak mahu perkara ini diketahui ramai terutama media. Malah ahli keluarga terdekatnya juga hanya baru mengetahui perkara ini semalam (kelmarin).

“Kini pihak hospital sedang menunggu keputusan daripada ahli keluarga untuk menghentikan mesin tersebut sebelum membawanya pulang ke Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra,” katanya.

        Pada 9 November 2013, Ummu Jah bersama 300 pengikut kumpulan itu telah melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan al-Arqam dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

        Beliau melafazkan taubat dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat dihadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukur Hussein; Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.

        Terdahulu, Allahyarham Ashaari Muhammad atau dikenali dengan panggilan ‘Abuya’ pula dilaporkan meninggal dunia pada 13 Mei 2010 selepas tiga hari dimasukkan ke sebuah hospital di Ipoh akibat jangkitan paru-paru.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/ummu-jah-dilapor-tenat-alami-kematian-otak-1.442373


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu teringt ade fanatik tegar abuya ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 03:16 PM | Show all posts
dauswq replied at 20-10-2015 03:13 PM
Dulu teringt ade fanatik tegar abuya ni

siap ada pic gif. mulut menjuih juih ....
euww.. rindu nak tepek mulut juih juih tueeeee ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 20-10-2015 03:16 PM
mulut menjuih juih ....
euww.. rindu nak tepek mulut juih juih tueeeee ....

Adeh... Maideen selalu share gmbr tu dulu

Eh Mane balu2 yg lain kaka nigga? Semua dh kahwin br kah? :
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 03:20 PM | Show all posts
Hidup bergantung semata-mata kepada mesin, ini namanya mayat bernyawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 03:26 PM | Show all posts
Antara kontrobesi2 yang dulu

                                                           
Ummu jah istitabah - Foto Rosli Talib


                                                                                                                                                                          SHAH ALAM – Akhirnya balu pengasas al-Arqam, Hatijah Aam mengisytiharkan taubat di hadapan 300 pengikutnya di Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al-Arqam yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Hotel Concorde di sini hari ini.

        Beliau yang juga dikenali sebagai Ummu Jah turut mengakui akidah terpesong selama ini selain tidak mengamalkan syariat ditetapkan Islam.

        Dalam upacara dijalankan bermula kira-kira jam 3.30 petang itu, Ummu Jah turut mengakui melanggar prinsip Islam ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

        Dalam lafaz taubat dijalankan itu, Ummu Jah menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kami hari ini bertaubat dengan sebenar taubat dan menyesal dengan perbuatan lalu kami”.

“Kami berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan kami dan wajib bagi kami untuk tidak memberi ruang kepada tempias sisa fahaman serta pegangan terdetik di hati kami.

“Kami juga akan berusaha menjadi orang Islam yang patuh kepada disiplin ilmu dan melaksanakan keperluan tuntutan dan falsafah Rukun Islam serta Rukun Iman, “ katanya semasa melafazkan taubat disaksikan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin; Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar; Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan serta Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi.

        Ummu Jah turut menandatangani dokumen pengisytiharan taubat disaksikan oleh pengikutnya.




                                       
   [url=]http://www.sinarharian.com.my/semasa/ummu-jah-pengikut-al-arqam-isytihar-taubat-1.218982
[/url]

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2015 03:29 PM | Show all posts
Hebat juga dia. Isytihar taubat pun di Hotel Concorde
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 03:30 PM | Show all posts
Kaya side2 ni ladang banyak kat aussie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 03:32 PM | Show all posts
pernah baca kat mana tah pasal Arqam nie, punya taksub dengan 'abuya', sampai air basuhan tangan abuya tuh pun berebut masing2 nak minum..

blerrrggghh...kembang tekak!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 03:32 PM | Show all posts
Dia ni mesti kaya... harta2 abuya di dalam negeri dan juga di luar negeri seperti kongostan, gohead goestan to semuanya milik dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 03:41 PM | Show all posts
dauswq replied at 20-10-2015 03:18 PM
Adeh... Maideen selalu share gmbr tu dulu

Eh Mane balu2 yg lain kaka nigga? Semua dh kahwin br ...

mana ler iols tau balu balu dia wat apa skrg ... cer tanya laba
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:16 PM | Show all posts
yelah... whatever... x penting......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 20-10-2015 03:41 PM
mana ler iols tau balu balu dia wat apa skrg ... cer tanya laba

Ummu jah ni jek iols perhatikn sgt gigih..gituh sayang dia dgn abuta.. Balu2 lain dh move on lame kot tak dgr citer ape jd
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:28 PM | Show all posts
harap2 ummu jah tk mendapat cash
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak budak melayu yang diberi peluang masuk universiti dalam dan luar negra untuk meningkatkan taraf kehidupan orang melayu, ramai yang terpengroh dengan arqam ni dulu.

Semoga Allah menerima taubatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:43 PM | Show all posts
semoga dia betul2 bertaubat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 04:54 PM | Show all posts
MissNigga replied at 20-10-2015 03:16 PM
siap ada pic gif. mulut menjuih juih ....
euww.. rindu nak tepek mulut juih juih tueeeee ....  ...

yang ni ka?



Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:58 PM | Show all posts

ini molot berbuih .... bukan mulut menjuih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 05:00 PM | Show all posts
MissNigga replied at 20-10-2015 08:58 AM
ini molot berbuih .... bukan mulut menjuih

tersembur ayaq kopi aku weh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:02 PM | Show all posts
innalillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.323983 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list