CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9630|Reply: 106

[Tempatan] iPhone 6S, 6S Plus: Perang harga rebat 3 telco

[Copy link]
Post time 19-10-2015 08:57 AM | Show all posts |Read mode
TIGA penyedia telekomunikasi utama negara - Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Bhd dan Celcom Axiata Bhd, membuat pelancaran serentak dua telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iaitu iPhone 6S dan iPhone 6S Plus. Kempen pelancaran serentak di seluruh negara bermula tengah malam kelmarin itu menyaksikan perang harga, tawaran rebat dan promosi pra-tempahan dalam talian bagi menarik pelanggan baharu ke rangkaian masing-masing. Digi muncul dengan tawaran iPhone 6S berharga RM1,776 dan iPhone 6S Plus pada RM2,201 serta rebat RM200 bagi pra-tempahan peranti berkenaan untuk pelanggan sedia ada dan rebat istimewa sehingga RM300 bagi pengguna luar yang bertukar ke rangkaian Digi.

Maxis yang menawarkan telefon pintar iPhone 6S pada harga RM1,990 di bawah Pelan MaxisONE, melaksanakan pendekatan promosi berbeza menerusi kempen 'penghantaran ekspres dalam tempoh 24 jam, tidak kira di mana pelanggan berada'. Celcom pula menyediakan tiga pelan yang lebih menyeluruh, termasuk promosi serendah RM1,058 bagi iPhone 6S dan RM1,478 untuk iPhone 6S Plus dengan komitmen RM235 sebulan, selain tawaran terhad kuota data tambahan setiap bulan. Jaminan kualiti Ketua Pemasaran Digi, Christian Thrane, berkata syarikat itu terus proaktif untuk menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan dengan menyediakan hubungan rangkaian dan pengalaman liputan berkualiti kepada pelanggan.

"iPhone 6s dan iPhone 6s Plus adalah dua peranti yang hebat untuk pengguna mengalami sendiri pengalaman terbaik melayari liputan terluas 4G LTE yang disediakan Digi di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, kelmarin. Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin pula berkata, tawaran pakej mampu milik disokong rangkaian berkelajuan ultra menerusi 4G LTE Celcom menawarkan kenikmatan kepada pengguna peranti pintar terbaharu Apple itu. "Malah, sebagai jaminan kualiti jenama Celcom, kami turut menyediakan kejutan kepada pelanggan menerusi penghantaran eksklusif kedua-dua peranti pintar itu yang dilakukan oleh artis terkenal tanah air," katanya dalam kenyataan berasingan.

Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan, berkata tidak ada perasaan yang lebih memuaskan apabila iPhone pelanggan dapat terus dihantar ke rumah dan dengan pantas. "Bagi kami, ia bukan hanya mengenai kepantasan penghantaran tetapi pengalaman pelanggan setiap kali kami berinteraksi dengan mereka. Ia termasuk mempunyai pengalaman 4G yang terbaik dengan telefon ikonik ini," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus lah. rakyat untung
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:03 AM | Show all posts
rakyat malaysia kaya raya
masih mampu bertukar telefon pintar saban tahun - muntri
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:13 AM | Show all posts
xde duit nk beli..masih setia dgn note 3 dh 2thn...skrg kuar note 5 dh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:15 AM | Show all posts
aku pakai fone company kasi jek... lanyak sampai pengsan.
teringin gak nak beli iphone tp... drpd beli phone memahal baik aku beli baju, kasut, beg...

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:31 AM | Show all posts
gekkou replied at 19-10-2015 09:03 AM
rakyat malaysia kaya raya
masih mampu bertukar telefon pintar saban tahun - muntri

setiap kali baca knyataan mcm ni pasti akan bergelak tawa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2015 09:37 AM | Show all posts
kwn i kije jual telpon kt mall ckp, setiap hari ada je org malaysia beli telpon..kurang2x 5-10 biji new customer beli...so rkyat malaysia mmg kayaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:46 AM | Show all posts
kalau tepon mahai sanggup tukar tiap masa, maknanya rakyat mesia kaya rayalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 10:30 AM | Show all posts
nashrudean replied at 19-10-2015 09:37 AM
kwn i kije jual telpon kt mall ckp, setiap hari ada je org malaysia beli telpon..kurang2x 5-10 biji  ...

so betul la statement munturik yang orang msia maseh kaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 10:44 AM | Show all posts
nashrudean replied at 19-10-2015 09:37 AM
kwn i kije jual telpon kt mall ckp, setiap hari ada je org malaysia beli telpon..kurang2x 5-10 biji  ...

bersangka baik...kadar kecurian hp adalah tinggi
beralihlah kpd fon clone klu nak bergaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2015 10:56 AM | Show all posts
hasil kajian telco
rakyat malaysia akan tukar hp
sekurang2nya setiap 12 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 10:59 AM | Show all posts
hakak masih pakai 3310 aje dek
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:15 AM | Show all posts
bkn murah pun yg telco tawarkan tu... tetap kna byr bulanan..

baik bli terus seketul cash lg untung..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:26 AM | Show all posts
mmg rakyat malaysia still kaya.. tgkla yg beratur kat telco or kedai2 phone.. xtaula mmg duit berlebih2 nak tukar phone slalu.. or semuanya hutanggg.. cam budak ofis nie, stiap kali iphone baru kuar, tukar.. pastu merengek bayar nurseri anak mahal la, renew roadtax mahal la, tak beli umah lagi la.. sakit telinga aku dgr!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:28 AM | Show all posts
nashrudean replied at 19-10-2015 09:37 AM
kwn i kije jual telpon kt mall ckp, setiap hari ada je org malaysia beli telpon..kurang2x 5-10 biji  ...

guna kredit card kot. sebab tu byk yg bancrupt pd usia muda..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:48 AM | Show all posts
satu je kelebihan ipon ini, resale value sangat tinggi iya.

kawan akak jual ponsel ipon6 heshe hanya rugi RM800 jah harga beli dulu, itu pun dah habis warranty bagai.
heshe pun pernah jual murah2 ipon yang dah rosak, ipon yg rosak pun ada ummah sanggup nak beli dek.

bagi BBNU ipon ini adalah symbol status gitu sebab itu memang berebut2 adik2 BBNU nak beli ipon second hand ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 19-10-2015 11:48 AM
satu je kelebihan ipon ini, resale value sangat tinggi iya.

kawan akak jual ponsel ipon6 heshe ha ...

Nampak gaya nak kena beli iphone buat back up ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:53 AM | Show all posts
Edited by Changa at 19-10-2015 11:58 AM
mikasa replied at 19-10-2015 11:50 AM
Nampak gaya nak kena beli iphone buat back up ..

iya, kalau jenis suka tukar2 ponsel every year, ipon ini adalah pilihan yang bijak sebab sis tak rugi sangat bila jual or trade in.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:57 AM | Show all posts
Aku masih setia dgn iphone 4 sejak 2011.. no hurry to upgrade to a other model..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:59 AM | Show all posts
nanti2...
munturi: gst naik, sy tgo ramai masi lagi beli ipong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.077049 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list