CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2487|Reply: 12

[Tempatan] Harga kad tambah prabayar 'akan' kekal mulai 1 Nov

[Copy link]
Post time 19-10-2015 08:55 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 18 Okt. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon kembali seperti sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pada 1 November ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, JKDM telah berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan tersebut.

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan syarikat telekomunikasi (telco) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya jika mereka masih berdegil.

“Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu JKDM buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pengguna 2015 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh menerima alasan daripada pihak telco seperti sebelum ini bahawa sistem komputer mereka belum bersedia, kerana tempoh yang telah diberikan kepada telco terlalu lama.

“Jika pihak telco masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu juga patuh pada arahan ini iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. Sebab, secara logiknya kalau pihak telco tidak bersedia, kenapa pengguna pula yang kena tanggung kos tambahan,” katanya.

Dalam sesi forum ketiga yang bertajuk GST membawa kemakmuran dan kesengsaraan? - satu kajian semula, Johari turut menjadi ahli panel bersama Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar), Bazeer Ahmad.

Awal Mei lalu, telco telah menawarkan dua pilihan yang tidak menyebelahi rakyat iaitu bersetuju menjual kad tambah nilai prabayar pada harga RM10.60 tetapi apabila diaktifkan pengguna menerima nilai RM10 manakala pilihan kedua pembelian pada harga RM10 dan apabila diaktifkan, pengguna hanya menerima RM9.43.

Dalam perkembangan lain, Johari turut memberitahu, kira-kira 70,000 peruncit di seluruh negara diwajibkan menggunakan sistem di tempat jualan atau Point of Sales bagi memantau jualan dan stok barangan dengan lebih efisien, sistematik dan teratur.

Katanya, kerajaan memberi tempoh kepada para peruncit untuk menukar sistem konvensional kepada POS selama sebulan bermula awal bulan ini.

“Sistem ini juga dapat membantu pengguna supaya tidak terus ditipu oleh peniaga yang sengaja mengenakan GST kepada semua produk yang dibeli termasuk barangan yang dikecualikan cukai tersebut.

“Kerajaan juga telah menyediakan ramai pembekal sistem POS ini bagi membantu golongan peniaga kecil dengan menawarkan pelbagai pakej pilihan seperti murah, mudah dan bayaran ansuran serendah RM30 sebulan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo betul yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:35 AM | Show all posts
jgn cm kel sudah lah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:43 AM | Show all posts
gst x mo hapuskan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 10:12 AM | Show all posts
beli kekal..tapi dapat 10 - 6% kot
so jadi 9.43 - tak layak utk subscribe plan rm10

... KENE TOPUP 20 sekaligus atau topup lg 5 utk subscribe plan rm10   bukan bleh caya dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 10:24 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 19-10-2015 10:12 AM
beli kekal..tapi dapat 10 - 6% kot
so jadi 9.43 - tak layak utk subscribe plan rm10

pusing pusing, situ jugak...lananet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2015 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke hari tu by june 2015 dorang patut finalise pasal harga tambah nilai prepaid ni? Ke aku yang lupa? Nampak sangat kerajaan tak boleh handle perkara ni. Janji tinggal janji, bincang takde kesudahan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:36 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 19-10-2015 07:05 PM
Bukan ke hari tu by june 2015 dorang patut finalise pasal harga tambah nilai prepaid ni? Ke aku yang ...

itulah pasal. harga prepaid pun tak settle settle lagi, macam mana kita nak expect kerajaan settlekan masalah masalah besar yang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrip sama da...telco gegar sikit terus goyang..caittt phuiiii da
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 10:25 PM | Show all posts
Ceh.

Macam laa rakyat takpena kene tipu dedulu.
Hancing dah bau nieee haa~
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:36 PM | Show all posts
anti satu sms charge 8sen, gst 1sen
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 10:49 AM | Show all posts
Susah nk percaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 10:58 AM | Show all posts
Berapa byk dah GST dibayar. Cehhh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.073795 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list