CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6018|Reply: 0

CRYSTAL CLEAR aka CLC BERTEMU PEMINAT DI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 20-10-2015 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 20-10-2015 12:13 PM

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2015CLC , sebuah kumpulan baru dibawah naungan CUBE Entertainment telah menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Malaysia baru-baru ini untuk mempromosikan mini album mereka iaitu ‘First Love’ & ‘Question’.Mereka telah menjayakan promosi dan ‘showcase’ mereka di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuala Lumpur.

CLC atau Crystal Clear, menyifatkan kumpulan mereka sebagai kumpulan yang akan sentiasa bersinar dan berkilau seperti kristal. Mereka juga mempunyai kebolehan dalam berkomunikasi dalam beberapa bahasa seperti English, Thai, Chinese dan Jepun disamping mahir menggunakan instruments dan mengubah lagu kerana kumpulan mereka adalah merupakan multi-national ‘girl-group’. Ini kerana, salah seorang ahli mereka iaitu Sorn, juara K-POP Star Hunt musim pertama adalah berasal daripada negara Thailand. Dikabarkan juga ahli keluarga Sorn turun ke Malaysia beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada CLC.

Ahli keluarga Sorn dari Thailand


Dipercayai pada seawal 2 petang, para peminat telah menunggu untuk mendapatkan mini album mereka yang dijual sebelum showcase dijalankan. Terdapat juga beberapa peminat dari luar negara juga seperti dari Hong Kong, Indonesia, Singapura, Korea dan Thailand yang pastinya mereka ingin memberi sokongan terhadap mereka berlima ini.

Biarpun ianya sebuah acara untuk mempromosikan album CLC, Erul Samar, juga salah seorang finalis K-POP Star Hunt musim pertama telah diundang sebagai pembuka majlis pada petang Ahad tersebut. Erul telah mempersembahkan 2 buah lagu iaitu lagu balada yang telah dipopularkan oleh BEAST iaitu Rainy Days dan lagu terbarunya beliau yang akan bakal dikeluarkan di corong radio.

Dapat juga kami merasai gegaran dari peminat apabila 'Pepe' iaitu lagu debut mereka dipersembahkan buat pertama kali di Malaysia. Para peminat sesungguhnya berasa amat bertuah apabila lagu seterusnya adalah ‘Lucky’ yang dipersembahkan dengan tarian yang sangat comel dan ceria sekali. Bukan itu sahaja, malah 5 peminat bertuah telah dipilih untuk naik ke atas pentas untuk menunjukkan bakat tarian mereka dihadapan kesemua ahli CLC membuatkan CLC sendiri sangat teruja dan kagum akantarian yang ditarikan.

Acara diteruskan lagi dengan membuat kejutan meraikan hari lahir buat ketua kumpulan mereka Seung Hee yang ke-20 tahun sehinggakan membuatkan Seung Hee menangis kerana terharu dengan apa yang dibuat oleh peminat mereka. Kelihatan para pengunjung agak tertarik juga ketika mereka menyampaikan lagu seterusnya iaitu  'What Should I Do' dan 'Like' .

Pada peringkat awal CLC yang dahulunya pernah dikenali sebagai artis yang membuat persembahan di tepi jalan ataupun ‘busking’ telah mengutip dana untuk dihulurkan ke tempat yang memerlukan. Kumpulan ini sentiasa mendapat sokongan dari senior mereka iaitu 4minute, BEAST & BTOB. Mereka dikatakan telah mengorbankan 4 tahun bersama sebelum diiktiraf sebagai ‘idol’ kpop.

Sebelum meninggalkan arena pentas dan mengadakan sesi ‘fan-sign’ bersama peminat,  mereka sempat merakamkan gambar secara berkumpulan besar untuk dibuat kenangan bersama.

Jutaan terima kasih kepada Universal Music Malaysia diatas peluang dan jemputan yang diberikan kepada CARI Malaysia untuk turut serta didalam acara ini. Selamat maju jaya juga diucapkan buat CLC dan CUBE Entertainment. Semoga CLC akan terus bersinar didalam industri music di Korea mahupun arena antarabangsa kelak.

Artikel oleh : Tna
Editor oleh  : isabel
Gambar oleh : Tna



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.061056 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list