View: 1494|Reply: 0
|
BWM Dedahkan Model 2016 M2 Coupe
[Copy link]
|
|
BMW secara rasminya telah pun mendedahkan model 2016 M2 Coupe.
Dijadual akan mula dijual dalam musim bunga tahun ini, model M2 Coupe ini memiliki bamper hadapan yang dilihat begitu agresif, yang mana turut membantu peredaran udara dengan mengurangkan pergolakan udara di bahagian hadapan. Disamping itu, gril hadapan turut dikemaskini dengan fender dan bahagian tayar dilebarkan. Bahagian belakang turut dipasangkan bamper dan diffuser baharu yang turut diapit dengan empat corong ekzos.
M2 Coupe ini ditawarkan dengan rim aluminum bersaiz 19-inci dengan tayar Michelin Pilot Super Sport.
Bahagian interior tidak banyak berubanh dengan tempat duduk kulit Dakota yang disulami jahitan berwarna biru beserta logo rasmi M. Disamping itu, terdapat juga tempat letak kaki (footrest) dengan jenama M, serta stereng soprt balutan kulit dan juga trim dari carbon fibre.
BMW M2 Coupe ini dikuasakan enjin 3.0-liter M TwinPower Turbo, enam silinder yang menjana 365 bhp dan 464 Nm tork, (499 Nm dengan overboost). Ianya digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan, membolehkan M2 ini mampu memecut dar 0-100km/h dalam masa 4.5 saat. Bagi pembeli yang memilih untuk transmisi automatik M Double Clutch dengan tujuh kelajuan, mereka mampu memecut dari 0-100km/h dalam masa 4.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 250km/h yang dipasangkan elektronic-limiter.
Menurut BMW, M2 ini bukannya memfokuskan kepada masa pecutan untuk 100km/h mahupun kelajuan maksimum semata-mata, M2 ini lebih kepada pengalaman pemanduan, dengan ianya telah pun diuji di atas trek Nurburgring.
arenakereta
|
|
|
|
|
|
|
| |
|