CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2983|Reply: 15

[Jenayah] Land Cruiser Dah Langgar Motor Boleh Blah Macam tu je

[Copy link]
Post time 15-10-2015 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Fyruz Hanna


Seorang netizen Fb yang menggunakan nama Robin Yau memuatnaik rakaman  tachograph (alat rakaman didalam kenderaan) dan memberi amaran kepada pemandu Toyota Land Cruiser.




Mengapa?


Kerana kenderaan (land cruiser) tersebut telah mengakibatkan kemalangan.


Kejadian dipercayai berlaku pada 13 Oktober 2015 pada jam 20:51 namun di lokasi yang tidak dapat dikenalpasti.





Dalam beberapa minit akhir rakaman tersebut, ia menunjukkan bagaimana Land Cruiser tersebut telah melanggar sebuah motor sehingga mengakibatkan motor tersebut terbalik dan terjatuh.


Walaupun Land Cruiser tersebut sempat berhenti secara mengejut, namun terus memecut untuk melarikan diri.


Namun, Robin yang pada masa yang sama berada di belakang kenderaan terbabit bertindak mengejar kenderaan tersebut.


Apabila dia berjaya mendekati kenderaan tersebut, dia dapati kenderaan tersebut penuh dengan warga asing. Bimbang perkara buruk berlaku dia takut untuk meminta Land Cruiser tersebut untuk berhenti dan hanya merakam plat kenderaan tersebut. Plat kenderaan yang disebut Robin Yau adalah WGB611.


Namun tindakannya juga dikritik kerana ada netizen mengatakan adalah satu kesalahan melihat kemalangan tetapi tidak melaporkannya.- CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 01:49 PM | Show all posts
ok...gua dah share kasi viral
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:52 PM | Show all posts
Namun tindakannya juga dikritik kerana ada netizen mengatakan adalah satu kesalahan melihat kemalangan tetapi tidak melaporkannya.


selalu nya dah report cuma nak viralkan kat pesbuk jer..

pesbuk nie lagi cepat dari siasatan polis
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:54 PM | Show all posts
bangsat sial land cruiser tu,

come on, out with it.

registered owner.
registered address.
nama bapak dia mak dia anak dia bini dia laki dia suma kasi keluar skang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:00 PM | Show all posts
leylapple replied at 15-10-2015 01:52 PM
selalu nya dah report cuma nak viralkan kat pesbuk jer..

pesbuk nie lagi cepat dari siasatan  ...

kan! Nak tindakan cepat kasi viral
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:05 PM | Show all posts
leylapple replied at 15-10-2015 01:52 PM
selalu nya dah report cuma nak viralkan kat pesbuk jer..

pesbuk nie lagi cepat dari siasatan  ...

sbb kpn dan staff main fb...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2015 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak rasa bukan land cruiser tu langgar... Motor tu yg terlanggar atau x langgar tapi hilang kawalan.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya pada robin ni sebab bertindak sendiri. Boleh post utk bantu, tapi dlm masa yg sama kena report polis dan bagi video ni sekali. Kang orang tu pi cari robin ni. Naya je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya pada robin ni sebab bertindak sendiri. Boleh post utk bantu, tapi dlm masa yg sama kena report polis dan bagi video ni sekali. Kang orang tu pi cari robin ni. Naya je. Apa pun terima kasih robin atas bukti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:32 PM | Show all posts
Mana mau lari
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:35 PM | Show all posts
org yg bw motor tu selamat ke...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:41 PM | Show all posts
kasibiman replied at 15-10-2015 01:54 PM
bangsat sial land cruiser tu,

come on, out with it.

Ntah2 tu pakai no plat palsu... sbb kalu ikutkan owner plat tu pompuan cina..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:50 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 15-10-2015 02:05 PM
sbb kpn dan staff main fb...

bila tah aku baca kes mana..tak ingat apa tapi berkaitan komplen pasal gomen, kiranya  pasal enforcement la...

dia dah viralkan, lepas tu bawah sekali komen kata..dia dah di PM oleh orang2 berkenaan mengenai hal tu dan diminta tidak mem 'viral' kan lagi perkara tersebut..

haaa....tgk! betapa cepatnya kalo viral kat pesbuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
penunggang tu mcm mna?ok ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:55 PM | Show all posts
bagusla mamat ni ada dashboard cam.

takdela cm ummah lain, keliling pinggang gajet rm2,3k ..

tapi time bwa kete, haram nk pasang camera yg rm50 aja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 03:51 PM | Show all posts
batmana: bagusla mamat ni ada dashboard cam.takdela cm ummah lain, keliling pinggang gajet rm2,3k ..tapi time bwa kete, haram nk pasang camera yg rm50 aja.


sepatutnya kerajaan kena wajibkan dash cam ni..in case jadi apa2 senang nak buat siasatan or bole dijadikan bahan bukti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.069890 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list