CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9611|Reply: 94

[Tempatan] Kenaikan tol: Ahli UMNO akar umbi mula persoal mana pergi dana GST

[Copy link]
Post time 14-10-2015 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Anggota Umno akar umbi jelas tidak selesa dengan pengumuman kerajaan berhubung kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya yang berkuatkuasa esok.

Malah, sebahagian besar mereka mahu kerajaan mengkaji semula kewajaran langkah itu memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar bagi pengguna.

Menurut Ketua Umno bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman penangguhan perlu kerana rakyat kini sudah cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan dan dicengkam pula dengan kajatuhan ringgit.

Abdul Razak menyifatkan kenaikan kadar tol ini sangat tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Mereka memberikan alasan macam-macam berhubung perjanjian konsensi dan sebagainya tetapi saya secara peribadi memohon kerajaan mengkaji balik (kenaikan kadar tol).

“Dalam keadaan negara yang baru sahaja mengalami kejatuhan mata wang, dengan pelaksanaan GST serta masalah jerebunya lagi dan kini ditambah dengan kenaikan kadar tol, ini (kenaikan) tidak begitu sesuai untuk dilaksanakan,’ katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, menurut Abdul Razak, sekiranya kerajaan mahu menaikkan kadar itu sekali pun biarlah ia dilakukan selepas pembentangan bajet akan datang.

“Mungkin lepas pembentangan bajet (umum kenaikan), apabila kerajaan konon-kononnya memberikan rebat, bila rakyat dah seronok dan yakin dengan janji kerajaan barulah boleh kenakan kenaikan dengan kadar yang berpatutan.

PLUS boleh, kenapa konsesi lain tak boleh?

Dalam pada itu, ketua penerangan Umno bahagian Seputeh, Mohd Shariff Badaruddin mempersoalkan sekiranya Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) boleh menangguhkan kenaikan sejak 10 tahun lalu kenapa tidak bagi syarikat konsensi yang lain.

Kali terakhir PLUS menaikkan kadar tol mereka adalah pada tahun 2005.

“Tak sepatutnya naik, kalau PLUS boleh tangguh kenaikan kenapa konsensi lain boleh naikkan?

“Rakyat sudahlah kena GST, kena satu bebanan lagi. Dulu GST dia kata harga barang akan turun 4 peratus tetapi sebaliknya naik berganda-ganda.

“Hari ini rakyat pun rasa susah dengan GST malah ramai yang merungut fasal GST,” keluh Mohd Shariff.

Mana duit GST?

Justeru, Mohd Shariff berkata eloklah kenaikan tol sedia ada dikekalkan namun berpendapat adalah lebih baik ia diturunkan.

“Elok kekallah dengan kadar sedia ada. Kereta bertambah banyak, pengguna jalan raya juga bertambah, duit bertambah tapi kenapa mesti naik lagi?

“Kekalkan kadar sebelum ini atau turunkan lagi baik sebab duit (kutipan cukai) GST banyak, kerajaan tak boleh tampung ke? Mana pergi duit GST itu? Macam mana ia dibelanjakan? Rakyat pun nak tahu juga,” kata Mohd Shariff lagi.

Turut berkongsi pandangan adalah ketua pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak, Mohd Amir Abd Halim yang mahu kenaikan tol ini dikaji semula.

“Kena kaji semula tindakan tersebut sebab ia membebankan rakyat,” kata Mohd Amir ringkas kepada Malaysiakini.

Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang semalam mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa esok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 05:52 PM | Show all posts
hai baru bukak mata ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:53 PM | Show all posts
semua da diberi dlm bentuk br1m
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 05:57 PM | Show all posts
mesti ketua umno ni kena transfer ke Putrajaya
pantang tok nenek apa yg pucuk pimpinan buat ditegur
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 06:02 PM | Show all posts
dieorg ni berbunyi sbb nak duit....kalau tak berbunyi duit tak dapat..dah berbunyi najib  sumbat duit dalam mulut depa..senyapla lepas tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement si razak tak boleh blah dekkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2015 06:23 PM | Show all posts
Tunggu aje bajet 2016, dari situ persoalan insyaAllah akan terjawab, berapa GST terkumpul, kemana dibelanjakan dana GST....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 06:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 07:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik grassroot umno yg bbunyi, kalu Dap harusla geng baju merah meloncat2 cucuk keris ke udara
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap najib pun naik....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AHMADVW replied at 14-10-2015 07:56 PM

Hehe......lawak.gila gambo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 09:56 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 14-10-2015 06:02 PM
Statement si razak tak boleh blah dekkk

yg ni ka?

“Mungkin lepas pembentangan bajet (umum kenaikan), apabila kerajaan konon-kononnya memberikan rebat, bila rakyat dah seronok dan yakin dengan janji kerajaan barulah boleh kenakan kenaikan dengan kadar yang berpatutan.



Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 10:27 PM | Show all posts

tang konon-konon tu hahaha!

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 10:27 PM | Show all posts
haikk? ini UMNO ke DAP nak komplen sana sini? tak suka duk dalam hamno sila KELUAR join LGE!! DAPIG!


baru tersedar dari lamunan rupanya akar umbi amno ni. sudah terhantuk baru terngadah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 10:33 PM | Show all posts
rashiman , dizeck ini semuo salah cina dapig

sendiri tadbir, sendiri salah guna sendiri salahkan dap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 11:36 PM | Show all posts
kiranya gang UMNO mmg jenis bodoh

perkara mcm GST pun lambat faham

selama ni kerajaan nak laksanakan gst , gang UMNO ni agaknya yg berdebik2 setuju ...


ekarang baru ko rasa GST tu  menjunam,jahannam dan ranap bersama negara
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:06 AM | Show all posts
Najib kabor gini "nak BRIM ka??"
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:33 AM | Show all posts
Alahh.. naikkan BRIM.. tambah lagi seploh hinggit.. diamlah semuanya.. macam la tak tau akai sebahagian rakyat malaysia...

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahli akar umbi tu  @dizek  ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.077360 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list