View: 1497|Reply: 0
|
Mercedes mempermainkan kanak-kanak dengan kereta mainan istimewa
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak suka melanggar-langgar kereta mainan. Bagi orang dewasa yang sentiasa berada dalam objek sebenar pula, sebaliknya. Itulah sudut di sebalik iklan terkini Mercedes, yang direka khas untuk mempromosikan sistem keselamatan terkini syarikat tersebut.
Klip video kelakar ini membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya Mercedes memberikan kanak-kanak set kereta mainan bermagnet kuat di dalam yang akan menghalang kanak-kanak dari melanggar-langgar kedua kereta tersebut. Seperti yang anda dapat bayangkan, kanak-kanak tidak sukakannya.
Idea disebalik iklan ini mengetengahkan Brake Assist System Plus milik Mercedes, sistem brek automatik yang dipasang dalam C-Class baru. Teknologi ini menggunakan dua sistem radar – satu dipasang di belakang lambang bintang tiga (di jeriji) dan satu lagi di bumper depan yang bertujuan untuk mengesan kenderaan lain di jalan raya, dan, apabila perlu, mengaplikasikan brek secara automatik. Ia juga akan mengelipkan lampu brek untuk memberi amaran kepada pemandu di belakang.
Kempen kreatif ini adalah hasil kerja agensi iklan Jung von Matt / Alster di Jerman. Kreatif bukan? Semoga terhibur. Stress je budak-budak ni
https://youtu.be/6KgJuiXpsrM
arenakereta
|
|
|
|
|
|
|
| |
|