CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7728|Reply: 89

[Tempatan] Kadar tol naik hanya libatkan ‘highway’ bandar, galak rakyat guna Bas

[Copy link]
Post time 13-10-2015 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Kadar tol naik hanya libatkan ‘highway’ bandar, galak rakyat guna bas
Menurut Kementerian Kerja Raya, kerajaan juga telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan tol sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. - Foto TRP/Azrol Ali



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 12 Oktober:
Penyelarasan kadar tol bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar.

Selain itu, kadar tol untuk bas akan kekal seperti mana sekarang dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, terutamanya bas yang akan menjadi satu lagi opsyen mod pengangkutan ke destinasi masing-masing serta mengurangkan aliran trafik atau kesesakan ke pusat bandar.

Menurut Kementerian Kerja Raya, kerajaan juga telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan tol sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

“Oleh itu,kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.

“Jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak RM1,108.91 juta manakala bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM402.99 juta,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, memandangkan pembangunan lebuh raya dibiayai oleh syarikat konsesi, kadar tol perlu dikenakan kepada pengguna untuk membolehkan syarikat tersebut menyelenggara lebuh raya tersebut untuk keselesaan dan keselamatan para pengguna.

Dalam hal ini, katanya, kadar tol yang dikenakan adalah berdasarkan user pay di mana kadar tol dibayar adalah mengikut jarak perjalanan pengguna.

“Kadar tol yang ditetapkan di sesuatu lebuh raya mengambil kira kos pembiayaan, kos operasi dan penyenggaraan serta kemampuan pengguna.

“Kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan kadar tol yang tinggi dan oleh kerana itu, kadar tol yang dikenakan akan mengalami gradual increment sepanjang tempoh konsesi yang ditetapkan,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang lain yang boleh memberi kesan pengganda (multiple effect) kepada ekonomi negara yang seterusnya boleh memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Umpamanya, ia boleh digunakan untuk membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan-jalan sedia ada, menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih banyak hospital, membina lebih banyak sekolah dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

Dasar Penswastaan Lebuh Raya Bertol mula dilaksanakan pada awal 1980-an di mana objektif utamanya adalah untuk menggalakkan penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam membangunkan bidang infrastruktur negara.

Dasar penswastaan ini juga akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mencapai matlamat serta dasar ekonomi negara.

Pembangunan lebuh raya adalah menggunakan konsep Pembiayaan Swasta atau pun lebih dikenali sebagai Private Funding Initiative (PFI).

Melalui konsep ini, pembangunan lebuh raya dibiayai oleh syarikat konsesi sama ada melalui pinjaman komersial atau sukuk.


therakyatpost

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 08:12 AM | Show all posts
Nk tgk alasan2 bodoh muntri lagi  

kalau kt tempat aku dia naik bas, mesti dia serender trun balik dr bas tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:14 AM | Show all posts
bas yang ada penuh ngan bangla, indon
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:18 AM | Show all posts
org kaya tak pernah merasa turun naik bas... sb tu rileks2 aje.... kita yg rakyat marhein ni bertabahlah!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tambang rapid bus pun bakal naek lah samdol umngok!
bani umngok serta penggundi parti umngok mmg bodoh abadi, mereka ni merupakan satu bala n liability buat msia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:20 AM | Show all posts
tmbg bas seposen saja ka? marilah naik bas bersama2 abgla dan abgdon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2015 08:23 AM | Show all posts
Bodoh lah...brapa minit nk melangut tggu bus tu? I hari2 tggu bus nk bll g lrt station....klu dh smpi 40min bus xmuncul sape x panas hati..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:25 AM | Show all posts
bodoh, tambang bas, lrt pun nak naikkan...ada hati ckp nak galakkan rakyat naik public transport
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 08:39 AM | Show all posts
naik bas puas la tengok indon bangla korek idung....
dgn bau busuk lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:42 AM | Show all posts
krustykrab replied at 13-10-2015 08:25 AM
bodoh, tambang bas, lrt pun nak naikkan...ada hati ckp nak galakkan rakyat naik public transport

diam la
@bioessence ckap ni kompeni melayu juga yg untung la...apa nak takut...masuk poket melayu juga
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:44 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 13-10-2015 08:42 AM
diam la
@bioessence ckap ni kompeni melayu juga yg untung la...apa nak takut...masuk poket melayu ...

oo ye ke... ok lah tak pe lah...sila lah naikkan harga tiket semua public trsport...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:47 AM | Show all posts
sesedap je suh naik bus nie.....menteri umngok nie penah ke naik bas sebulan.....sesedap je bagi alasan and penyelesaian....apa pun terima kasih umngok....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:55 AM | Show all posts
nanti korang senyap da
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:57 AM | Show all posts
baik ko sarankan naik basikal je. . lagi jimat duit & sihat tubuh badan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:06 AM | Show all posts
Naik bas? boleh...sila bagi kekerapan bas setiap 5-10 menet satu...kalo satu bas nk kena tgu smpai nk dekat sejam baru nk jalan...boleh jalannnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:08 AM | Show all posts
menterila start naik bas awam dulu..amacam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 09:13 AM | Show all posts
ko naikkan toll DUKE bas apa aku nak naik?....

reading between the lines, UMNO sengaja nak pedajal warga kota yang memang tak sokong dorang pun...

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:18 AM | Show all posts
kalau nak punch kul 7.30, pukul brp nak melangut tunggu bas?

dh la xde bas direct...

nak buat satu2 bende tu fikir dulu masalah rakyat...

payah kalau menteri2 x pernah hidup susah...
celik2 mata je terus nampak duit berkepuk2....

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:20 AM | Show all posts
Tol lebuhraya KL - Karak pun naik jugak...
tu kan lebuhraya antara bandar...???


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:31 AM | Show all posts
kah..kah..statement bodoh lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053465 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list