View: 2094|Reply: 12
|
[Tempatan]
Tiada bangkai pesawat MH370 di Selatan Filipina
[Copy link]
|
|
Edited by shahx at 13-10-2015 11:00 AM
KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan penemuan bangkai pesawat di sebuah pulau di selatan Filipina yang dikaitkan dengan MH370, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memberitahu masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa negara itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah meminta polis Filipina pergi ke lokasi berkenaan untuk pengesahan.
"Kita tidak dapat mengesahkannya lagi dan minta rakan di Filipina pergi ke lokasi berkenaan untuk mengesahkan perkara itu.
"Itu pun kalau ada (bangkai pesawat). Jadi kita perlu tunggu pengesahan daripada pihak sana dahulu," katanya memetik laporan Sinar Harian.
"Saya jangkakan pengesahan itu akan mengambil masa dalam satu atau dua hari lagi.
"Benda besar seperti itu mana boleh disorok. Jadi kalau mereka (pihak berkuasa Filipina) pergi, dapat beri jawapan dengan cepat jika benar laporan itu," katanya.
Dua hari lalu polis Sabah menerima satu laporan yang mendakwa sebuah bangkai pesawat yang dikatakan mempunyai bendera Malaysia ditemui di sebuah pulau di selatan Filipina.
Laporan yang dibuat oleh seorang lelaki mendakwa terdapat bangkai manusia di dalam pesawat itu, sebagaimana yang dikatakan oleh anak saudara lelakinya dari Kepulauan Tawi Tawi di Pulau Ubian selatan Filipina beberapa hari lalu.
Pesawat Mh370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu, ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Ogos lalu mengumumkan satu serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion sah sebahagian dari pesawat MH370.
Serpihan yang dinamakan flaperon itu adalah satu-satunya bukti fizikal kemalangan yang menima MH370 selepas hilang 515 hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
cepat laaaa pi buat pengesahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa nk tgu...baik tgk dgn mata kapla sndri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Perlukan pengesahan cepat nih...
Harap2 ni bkn diversion jibby...
Hurmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
tah2 ni perangkap suluk...pinoy ni penipu penyangak punya org. |
|
|
|
|
|
|
|
IGP: Tiada bangkai pesawat MH370 di Selatan Filipina
Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di selatan negara itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara itu.
"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama semalam.
Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.
Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
menipu suluk ni |
|
|
|
|
|
|
|
sapp73 replied at 13-10-2015 11:03 AM
menipu suluk ni
suluk syiah
ummat syiah mmg suka menipu
takiya katanya herherher |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh guna drone ke utk ambik gambar d kws terbabit?
rasa tak logik pula bila buat report polis tapi palsu...
Kalau Pino dari wal terbabit untuk sorok (katakan lah) MH370 selepas terhempas, bila ada orang jumpa, agaknya mereka nak ngaku tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
citer yang karut sajee.... |
|
|
|
|
|
|
|
apakata pakcik jamil pi sendiri pulau tawi-tawi
pastu snap gambar sbg bukti...kalo ada |
|
|
|
|
|
|
|
so berapa orang nk kena sembah berhala ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm semuanya kata x betul la..jgn pandai2 buat spekulasi la...berita palsu la.kerajaan malaysia mmg mcmni..konspirasi bnyak sgt..aku pon x tau mana satu betul atau tak..dh la yg memerintah pon auta.yg jd org kedua pon sama je kot perangai.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|