CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3722|Reply: 10

Tambang LRT Dan Monorail Akan Diselaraskan Akhir Bulan Ini - Syed Hamid

[Copy link]
Post time 9-10-2015 04:47 PM | Show all posts |Read mode

sumber foto : http://wartadaily.com.my/



Tambang baharu bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel akan diselaraskan dan diumumkan pada hujung bulan Oktober ini.


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata mesyuarat Kabinet telah meluluskan kertas cadangan berhubung penyelarasan tambang baharu baru-baru ini dan SPAD sedang mengadakan perbincangan dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebelum membuat pengumuman berkenaan menjelang 31 Okt ini.


"Orang ramai berminat untuk mendapatkan khidmat terbaik, jadi bagi kita sentiasa wujud elemen kos dalam usaha untuk menawarkan khidmat terbaik dalam pengangkutan awam," katanya kepada media, semalam.







sumber foto : http://wartadaily.com.my/



Semalam, Syed Hamid mengadakan lawatan kerja ke atas projek penyambungan LRT jajaran Ampang dari Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Kinrara BK5. -CARI Infonet




Berita selanjutnya : wartadaily.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 05:57 PM | Show all posts
gmbr akhir tu... mke cina tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
@crestfall247 wes mendem k?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
motip wartawan cari bukak thread yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 11:02 AM | Show all posts
Tahnah. 2 Disember nanti akan keluar kadar tambang baharu untuk LRT & Monorel

Tambang baharu LRT, monorel bermula 2 Dis.
03 November 2015 1:38 AM


Azmi Abdul Aziz








KUALA LUMPUR 2 Nov. - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memperkenalkan struktur tambang baharu untuk ketiga-tiga perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan Monorel RapidKL mulai 2 Disember ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, struktur tambang baharu itu bakal menggantikan tambang lama yang berbeza bagi ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.

“Struktur tambang baharu yang dikenakan adalah lebih adil dan konsisten, mengikut standard operator-operator rel lain di seluruh dunia iaitu dikira berdasarkan jumlah jarak perjalanan.

“Kadar tambang ketiga-tiga perkhidmatan yang tidak pernah mengalami sebarang perubahan sejak 16 tahun lalu itu bakal mengalami penurunan dan pe-ningkatan sebanyak RM1 hingga RM4.40,” katanya dalam sidang akhbar Penyelarasan Tambang LRT dan Monorel di Ibu Pejabat Korporat Prasarana di sini hari ini.

Tambah Azmi, struktur tambang baharu itu turut menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus bagi golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pelajar selain tambang percuma bagi kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun.

“Kadar tambang baharu ini adalah lebih konsisten berban-ding yang lama malah menjimatkan bagi pengguna tanpa tunai,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, Prasarana turut memperkenalkan dua kad prabayar baharu iaitu Smart7 mingguan dan Smart30 bulanan yang memberikan poto-ngan harga yang lebih banyak kepada pengguna berbanding bayaran tunai.

Jelasnya, kedua-dua kad itu boleh dibeli pada harga RM2.50 bagi Smart 7 dan RM10 bagi Smart 30, mulai 15 November ini.

“Pengenalan kepada pemotongan harga untuk jarak perjalanan jauh bagi pengguna kad prabayar adalah merupakan salah satu saranan kerajaan yang bertujuan melancarkan operasi perkhidmatan pengangkutan awam,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.8C5OOVjw.dpuf


cc @aechae

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh babi bukan smalam bgtau tmbang ktm naik? Harini tmbg lrt monorel pulak? Sial kerajaan bn umngok najib laknat, mohon mati dgan segera!:
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 12:53 PM | Show all posts
sila naik semua apa2 yang patut....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2015 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-11-2015 11:02 AM
Tahnah. 2 Disember nanti akan keluar kadar tambang baharu untuk LRT & Monorel

Tambang baharu LRT, ...

Waahh...semangat uols...lps uols wassap iols buka ci xda pn tred nya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 02:22 PM | Show all posts
ayat baru DISELARASKAN =di naik kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 08:44 AM | Show all posts
bodoh nye jibbyyyyy.....tambang lrt aku naik sekali ganda...dia ngn kak mah suka2 je pusing dunia....ngn duit aku gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069176 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list