CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

cerpen : Lady Boss ( ends 4 April 2017 )

[Copy link]
 Author| Post time 19-1-2016 10:52 PM | Show all posts
Darren berlari mendapatkan Zalikha dan Annie. Terkejut menerima panggilan dari Mama sewaktu di tanah perkuburan tadi. 

"Apa sebenarnya terjadi, Mama?" 

Kelam kabut Darren menyoal Zalikha. Bimbangkan Zalikha ditimpa bencana. Hanya Zalikha satu satunya harta yang dimiliki Darren didunia ini. 

Suzie hanya terpaku disisi Darren. Merenung penuh tanda tanya hubungan Annie dan Zalikha. Figura terkenal yang merupakan isteri kepada usahawan terkemuka Tan Sri Vincent Lee. Ingin tahu pertalian Zalikha dan Annie. 

"My grandson.." 

Mata Annie berkaca merenung Darren. Sejak semalam Darren seperti tidak mengendahkan kewujudannya disisi. 

"Grandpa sakit tenat.. Dia teringin sekali nak jumpa Darren.. Please, nak..Tunaikan hasrat terakhir Grandpa.."

Zalikha merayu lagi. Rasa bersalah terhadap bekas suaminya jika Darren kekal berdegil untuk tidak bertemu Tan Sri Vincent. 

"Darren tak nak, Mama.. Tolong jangan paksa ! 

Rimas bertamu dengan tingkah Zalikha. Darren semak. 

"Please Darren.. I'm begging you ! Tolong jumpa dia untuk sekali ini saja.." 

Annie tunduk merayu. Air mata mengalir deras dipipi tuanya. 

"Grandma please.. I just can't ! Sorry !" 

Hati Darren terusik melihat nenek namun apalah daya. Antara benci dan dendam, sungguh Darren masih keliru. 

"Grandma takkan bangun selagi Darren enggan bertemu Grandpa." 

Annie tetap berdegil. Setia melutut dari tadi dengan harapan Darren berubah fikiran.

"Kalau Darren sayangkan Mama, ikut cakap Mama.. Buang semua dendam dulu.. Grandpa teringin sekali nak jumpa Darren.." 

Zalikha masih gigih memujuk. 

Darren hanya terdiam seketika. Mengeluh panjang kemudiannya. 
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2016 10:54 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-5-2016 08:46 PM

Janggal untuk memula bicara. Lidah Darren kelu seribu bahasa. Hanya mata mereka bertentangan.

"Darren...."

Tan Sri Vincent kepingin sekali mendakap cucu yang selama ini disisihkan. Sayang dirinya cuma mampu berbaring di atas katil. Berusaha untuk bangun dari pembaringan. Namun, kekuatan tangan tidak mampu menampung berat badan maka Tan Sri Vincent rebah semula.

Darren hanya terpaku memandang. Tiada sekelumit rasa untuk membantu. Hati serasa mati.

"Why you want to see me?"

Nada suara dingin. Darren merenung tajam ke arah Datuk.

"I missed you.. My grandson.."

Tak semena Tan Sri Vincent sebak. Air mata mengalir deras.

"Sorry I am not your grandson !"

Enggan berpura pura lagi Darren terus keluar dari kamar hospital dimana Tan Sri Vincent ditempatkan. Pedih mengenang caci maki Datuk suatu ketika dulu. Air mata jantan mengalir jua.





Mulut Suzie terlopong mendengar kebenaran tentang Darren dari bibir Anthony. Siapa sangka Darren adalah satu satunya cucu lelaki tunggal kepada Tan Sri Vincent, antara tokoh perniagaan terkenal Malaysia. Malah, bakal mewarisi aset berbillion dalam dan luar negara milik Tan Sri Vincent.

Paling mengejutkan tatkala Papa memberi peringatan kepada Suzie supaya menasihati Darren agar berhati hati dengan Variance.

Siapa sangka Darren dan Variance rupanya bersaudara !

Naluri Anthony juga kuat mengatakan Variance mungkin saja akan bertindak mencelakakan Darren seandainya mengetahui siapa diri Darren yang sebenar. Perebutan harta dan kuasa boleh terjadi.

Walaupun Variance juga adalah cucu kandung Tan Sri Vincent namun Tan Sri Vincent bertekad untuk menamakan Darren sebagai pewaris tunggal.

Tampak tidak adil buat Variance namun Anthony yakin pasti ada sebab munasabah disebalik tindakan Tan Sri Vincent.

Apapun, Darren adalah anak kepada sahabat baiknya. Secara tak langsung keselamatan Darren adalah keutamaan Anthony.

Anthony rela melakukan segala demi Darren. Anak muda itu sudah dianggap seperti darah daging sendiri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2016 01:55 PM | Show all posts
"I hate him !!"

Darren menjerit sekuat hati.

Kehadiran Suzie disisi tidak diendahkan. Namun untuk menghalau pergi, Darren rasa tidak patut pula.

Lantas duduk dibawah pohon. Cuba menenangkan hati yang lara.

Sejenak terbayang kenangan saat kanak kanak dulu.

Lelaki tua yang terbaring tadi memaling muka sewaktu Papa membawa Darren ke rumah agam milik  Datuk.

Malah, sanggup mengarahkan pengawal keselamatan yang menjaga kediaman menghalau Papa.

Son of bitch !

Itu kata kata kesat diluahkan oleh Datuk ketika itu.

Airmata Papa sedikitpun tidak melembutkan hati Datuk.

Sejak itu, Darren bersumpah takkan sesekali menemui lelaki tua itu apatah lagi untuk memaafkan.

"Darren..  Sabar ok.. I faham perasaan you !"

Suzi mengusap lembut bahu Darren. Niat untuk memberi ketenangan.

"You takkan faham ! Just leave me alone, Suzie ! I tak nak diganggu.. Please !"

Darren separuh merayu. Ingin Suzie berlalu dari sini. Bimbang gagal mengawal perasaan dan Suzie pula menjadi mangsa amarah.

"I takkan pergi ! I nak go thru kepedihan ini dengan you.. I love you, Darren ! I nak berada disisi you.. Jangan halau I please.."

Suzie tidak berputus asa memujuk.

Mustahil untuk membiarkan Darren bersendirian. Risau andai Darren bertindak bodoh.

"I..."

Darren terkesima.

Tak semena bangun lalu memeluk tubuh Suzie sambil mengalirkan airmata.

Semangat Darren seakan runtuh saat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 02:13 PM | Show all posts
best sila sambung ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 10:09 AM | Show all posts
dah setahun cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 02:37 PM | Show all posts
tahun depan ke sambungan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2017 05:27 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 25-4-2017 11:24 AM

"Damn it !!"

Variance menendang kerusi di ruang tamu. Pedih menjalar dikaki namun lebih terasa sakitnya di dalam hati.

Namakan apa saja yang tidak Variance lakukan untuk datuk. Segala kemahuan datuk rela Variance turutkan meski bertentangan dengan kehendak sendiri.

Malangnya datuk memilih untuk mewariskan harta kepada cucu dari anak lelaki kandungnya.

Sehingga kini Variance masih mencari gerangan sepupunya.

"Mama.. You have any idea how I can look for him?"

Tekanan makin tidak terkawal. Variance mencapai sebatang rokok dari kotak lalu memetik pemetik api. Rokok dicucuh ke arah api sebelum dihisap rakus. Asap berkepul kepul berterbangan diudara.

Viviana hanya menggeleng kepala sebagai menjawab pertanyaan Variance tadi.

Diri sendiri gagal berhubungan dengan abang kandungnya sejak Papa memberi amaran keras supaya tidak sesekali menjalinkan hubungan dengan Vince.

Malah Viviana tidak pernah bersua muka ataupun bertentang mata dengan anak Vince.

"Please Mama ! Give me some idea on how to deal with this situation.. I am your son !"

Variance bertambah tertekan dengan riak wajah bersahaja Mama. Seolah tidak terkesan melihat kesusahan yang ditanggung Variance.

"I think this person can tell us about your Uncle's wife.. I have an idea, son !"

Viviana berbisik sesuatu ke telinga Variance. Senyuman mekar dibibir kedua anak beranak itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 05:28 PM | Show all posts

"Boss, kau tahu tak manager baru tu... Gila beli orang pakai duit..."

Bukan niat untuk mengadu domba namun Raman kadang pelik dengan perangai manusia.

Nick, pada pandangannya lupa diri bila dinaikkan pangkat. Menyisihkan diri dari kawan kawan lama. Menyimpan dendam apabila ada kakitangan yang menegur sikap 'bossy'nya.

Malah, ada pekerja yang dipaksa berhenti hanya semata mata kerana enggan menurut arahan sedangkan perintah yang diberi bukan tuntutan tugas.

Namun disebalik itu Nick pandai mengampu pihak atasan. Tidak lokek membelanja wang demi mengambil hati Suzie dan Variance. Pekerja bawahan dipandang sebelah mata.  

Kerap juga Raman melihat Nick menuturkan 'ayat ayat manis' dihadapan Suzie. Persis ingin memikat. Sanggup pula menjadi hamba abdi kepada Variance. Kerja kerja yang sepatutnya menjadi fokus utama dilambakkan kepada staff lain.

"Biarlah Raman... Anggap saja dia tak ada kerja lain.."

Darren malas ambil tahu hal politik dipejabat.

Meski kadang hati menyampah melihat Nick namun Darren tetap bersikap profesional.

"Tapi boss.. Dia sekarang planning nak jatuhkan kau... Hari itu masa kau tak ada, Nick sibuk merungut depan Variance cakap kau banyak kerja tertunggak.. Semua dia yang buat.."

Berdesing telinga Raman mendengar Nick memburukkan Darren dihadapan Variance. Bukan Raman tidak tahu Nick hanya menambah cerita. Hakikat sebenar Nick sengaja ingin menunjuk bahawa dialah yang membuat segala kerja.

"Tak lama mana pun nak bodek bodek kipas ni.. Satu hari nanti dia sendiri penat.. Aku chow dulu bro.."

Usai berkata begitu, Darren segera melangkah kaki ke bilik mesyuarat. Enggan memberatkan kepala dengan masalah kecil. Ada perkara lebih penting untuk diuruskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2017 05:30 PM | Show all posts
Suzie ketap bibir mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Nick petang semalam. Marah dan geram silih berganti.

Ternyata Darren tidak bijak mengimbang di antara perihal kerja dan peribadi. Hanyut dalam masalah keluarga sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Bulan ini saja sudah berkali Darren datang lewat ke pejabat dengan alasan menemani Zalikha dihospital. Suzie cuma pejam mata.

Tapi kini bila Darren gagal menyempurnakan tugasan yang diberi, Suzie tidak betah berdiam lagi. Sesuatu harus dilakukan bagi menyedarkan Darren.

"You call me just now?"

Darren menyoal Suzie yang sedang leka termenung. Sukar menebak apa yang difikiran Suzie.

Suzie hanya mengangguk sambil mengisyaratkan Darren supaya duduk dikerusi berhadapannya.

"Why you keep on ignoring me?"

Mata Suzie membulat menagih jawapan daripada Darren.

"I have sent you email but till today still pending your reply.. Why you act like this, Mr Darren? I don't expect this kind of action from you !!"

Umpama halilintar membelah bumi, nada suara Suzie bisa menggegarkan seluruh isi pejabat.

"I have to attend urgent case first.. It's just a bit delay.. You haven't provide me with the timeline or put indication as urgent.."

Spontan Darren membela diri. Bukan mahu menegak benang basah namun adakala email dari Suzie tak masuk akal. Meminta laporan perkembangan pekerja tahun lepas sedangkan segala maklumat ada dalam sistem.

Kemudian meminta Darren memberi senarai nama staff yang mahu menyertai aktiviti mendaki bukit anjuran syarikat.

Tiada kena mengena dengan kerja seharian. Maka Darren kurang memberi fokus. Ada banyak kes yang memerlukan Darren memberi respon dalam tempoh yang terhad.

Segala  macam maklumat pelanggan perlu diteliti untuk mengelakkan kesalahan kemas kini data. Pernah terjadi kes pelanggan melaporkan mereka menerima bil yang bukan milik mereka.

Bila diselidiki rupanya ada staff dari cawangan kewangan membuat kesilapan memasukkan data.

Memang Darren boleh menarik nafas lega apabila terbukti kesilapan bukan datang dari jabatan atau pekerja yang melaporkan diri dibawahnya.

Namun itu bukan bermakna Darren perlu bersikap lepas tangan. Memandangkan aduan diterima oleh jabatan mereka, sedikit sebanyak Darren juga perlu memberi kerjasama bagi mengelakkan tindakan undang undang dari pelanggan akibat kebocoran data peribadi.

Pelik bila Suzie seolah tidak mengerti sedangkan Suzie sendiri tahu Darren banyak menghabiskan masa menyelesaikan kes tersebut.

"I hate to say this but don't you see your staffs start questioning your capability?  All of your staffs always looking for Nick's assistance..  They prefer Nick than you.. Please change ! Don't force me to take disciplinary action on you.."

Mengertilah Darren kini Raman memang benar.

Sudah jelas terbukti kini Nick bijak memutar belit cerita. Suzie juga termakan dengan kata kata Nick.

Jika benar semua pekerja bawahannya selalu merujuk kepada Nick segala permasalahan maka tidak perlulah Darren pusing kepala menyelesaikan semua kerja. Sudah tentu Darren boleh bersenang lenang goyang kaki ditempat kerja.

"It's okay then.. I got it ! I also hate to say this.. You've failed ! A good leader should be able to make own judgement.. But you?! Argh !!"

Stress mula membungai pertelingkahan antara mereka.

Darren malas bertikam lidah dengan Suzie lagi. Membazir masa dan tenaga. Biar masa menentukan kebenaran.

Lantas Darren terus saja melangkah keluar dari bilik Suzie. Respon menyinga Suzie diabaikan. Malas memeningkan kepala memikir kata kata orang.

Cuma Darren kecewa apabila Suzie gagal menilai kesungguhannya dalam melakukan kerja. Bukan pujian yang diinginkan. Darren mahu Suzie menyelidik sendiri sebelum membuat andaian . Bukannya percaya bulat bulat cerita yang disampaikan.

Sungguh Darren tak menduga Suzie terus menjatuh hukum tanpa bertanya lebih lanjut terlebih dahulu.

Kesal dan hampa silih berganti mendatangi diri saat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:57 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-1-2017 06:59 PM

ZAHEEDA adalah insan paling sedih apabila mengetahui bahawa Darren telah menghantar surat perletakan jawatan berkuatkuasa 24 jam. Air mata berjuraian dipipi sedari tadi sehingga melunturkan maskara yang disapu pada bulu mata.

Walaupun Suzie bertindak menghalang tindakan terburu buru Darren namun Darren enggan mengalah. Tidak kisah terpaksa membayar balik sejumlah wang kepada syarikat kerana melanggar kontrak.

"Please Darren.. Jangan buat gila ! Berapa bulan lagi kita nak kahwin.."

Riak wajah Suzie resah gelisah. Terpana tatkala melihat Darren masuk kembali ke bilik membawa sekeping surat bercetak yang dilampirkan bersama tandatangan. Notis peletakan jawatan Darren sengaja direnyukkan sebagai tanda menolak keinginan Darren.

Malangnya, Darren kekal dengan keputusan yang dibuat. Malah sudahpun membuat pengumuman didepan semua kakitangan syarikat baru sebentar tadi.

" Kenapa ? You takut hidup susah dengan I ke?"

Darren sengaja menyoal sinis.

"I tak nak you menyesal, Darren.. Come on ! Please act maturely.. We are adults !"

Nada suara Suzie agak terkawal. Bimbang didengari oleh pekerja yang lalu lalang di depan bilik Darren.

" You put the blame on me without further probing.. You  are the one should act maturely, Miss Suzie !"

Malas mempedulikan kehadiran Suzie, Darren meneruskan mengemas segala barang peribadinya masuk ke dalam kotak.

Suzie segera merampas fail yang dipegang oleh Darren.

"Think thoroughly, Darren ! Jangan ego sangat .. I tegur you untuk kebaikan.. Kenapa you take personal sangat ni?!"

Hilang sudah kesabaran Suzie dengan sikap mudah sentap Darren. Nada suara meninggi.

" Terpulanglah you nak cakap apa.."

Masih berkeras mempertahankan keputusannya. Darren membuat 'bodoh' dengan Suzie yang jelas tampak tidak puas hati.

"Encik Darren.. Kalau you resign I pun nak resign sama.."

Kedengaran suara Zaheeda yang tiba tiba merempuh masuk ke dalam bilik Darren lalu memeluk erat Darren.

Darren hanya terpaku dengan tindakan drastik Zaheeda.. Merenung ke arah Suzie. Serba salah.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 07:32 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-2-2017 04:49 PM

NICK sengaja menawarkan diri untuk menemani Suzie. Sudah  lama menanti peluang untuk mendekati 'ladyboss' garang yang digeruni dipejabat. Sekeras keras kerak nasi, lembut jua. Begitu ibarat Suzie. Tampak tegas namun dengan hanya bermodalkan kata kata manis, Nick dapat merasakan diri berjaya 'menjinakkan' Suzie. Kalau tak masakan mereka berada disini menikmati makan malam berdua.

Tambahan pula dengan ketiadaan Darren, maka tiada lagi pesaing Nick ditempat kerja.. Kesemua pekerja dipejabat kini berada didalam genggaman Nick. Satu pencapaian besar buat Nick.

Namun , Nick masih tidak berpuas hati. Nick cuma akan puas bila berjaya menakluki hati Suzie pula. Wanita jelita itu sudah lama menjadi idaman Nick.

"You look gorgeous ! Like Miss Universe..."

Satu senyuman penuh makna bermain dibibir Nick.

Suzie cuma membalas, senang menerima pujian Nick.
Minuman yang terhidang diatas meja diteguk. Serasa nikmat apabila tekak yang tadinya kering dibasahi oleh jus oren kesukaannya. Sambil menjamu selera, Suzie dan Nick sekadar berbual kosong.

Entah kenapa pandangan Suzie berpinar. Cuba fokus pada topik perbualan dengan Nick namun adakala Suzie  hilang tumpuan. Perbualan rancak bertukar tempo dan akhirnya Suzie juga tidak sedar ke mana pengakhiran perbincangan mereka.

Spontan sudu dan garfu terlepas dari genggaman Suzie.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 31-3-2017 11:03 PM

SUZIE terjerit kecil melihat dirinya terikat kaki dan tangan. Cuaca sejuk menusuk ke tulang sum sum.  Tubuh Suzie menggeletar menahan kedinginan suhu persekitaran. Kepala pusing mengingati semua yang terjadi semalam. Mata melilau keadaan sekeliling. Suzie buntu mencari tahu keberadaannya saat ini.

Satu suara menerjah ke cuping telinga. Darah Suzie mendidih panas menatap wajah itu..

"You rascal !! Binatang !! Apa yang you nak dari I gila ?!!"

Lantaran diamuk amarah Suzie segera memaki hamun Nick yang tampak ceria berjalan ke arah Suzie.

"Chill Suzie ! I memang sukakan you tapi I prefer money more than I love you.. Sorry honey !"

Nick ketawa berdekah dekah. Sengaja ingin menaikkan kemarahan Suzie.

"Siapa suruh kau buat semua ini, bodoh??

Suzie menyoal, kasar. Meronta untuk melepaskan diri namun tali yang mengikat sukar dileraikan.

"You akan tahu juga.. Jangan risau ! Boss I memang gilakan you dan takkan cederakan you ! You sekadar umpan untuk 'jerat' Darren.. Itu pun kalau Darren masih kisah pasal you.."

Makin lebar senyuman Nick. Sudah lama tahu hubungan Darren dan Suzie umpama retak menanti belah  sejak Darren meletakkan jawatan. Mustahil Darren akan sanggup bersusah payah demi Suzie.

Serentak itu, Suzie terdiam. Minda terbayang wajah Darren.

Sayu bertandang mengenangkan tingkah Darren yang kekal menyepi. Malah perancangan perkahwinan mereka juga seolah tidak kesampaian. Hingga kini Suzie masih menanti tindakan lanjut dari pihak Darren.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2017 04:59 PM | Show all posts
DARREN senang hidup begini walau terpaksa berhempas pulas bangun awal pagi untuk ke pasar borong membeli barang mentah. Tiada kongkongan dan prosedur membebankan yang harus dilalui. Paling penting tidak perlu menerima arahan dari sesiapa. Hidup Darren benar benar bebas. Tidak ralat melepaskan jawatan dan gaji besar sebelum ini kerana Darren yakin perniagaan restoran yang dikendalikan mampu membuahkan hasil jika Darren tekun berusaha.

Go go cayok !!

Kata kata pembakar semangat buat diri sendiri.

Bibir Darren mengukir senyuman sambil memulakan rutin hari ini dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.

Tukang masak yang diupah kelihatan tekun menyiapkan tempahan pelanggan dipagi hari ini.

Sempat Darren mengucap syukur dengan limpah rezeki yang tak terhingga. Siapa sangka dengan hanya suka suka mencebur diri dalam perniagaan makanan akhirnya Darren berjaya memiliki perniagaan sendiri. Perancangan Allah memang terbaik. Siapa sangka Darren terpaksa melepaskan jawatan yang disandang secara tiba tiba dan serius berniaga.

"Cucu grandma memang macam Grandpa masa muda.. Start up small business ends up you can see where he is now.."

Sungguh Annie bangga dengan kesanggupan Darren bermula dari bawah. Meski ditawarkan harta dan pangkat, Darren memilih untuk berdikari.

Malah, sehingga kini Darren seolah tidak kisah langsung dengan statusnya sebagai pewaris  tunggal harta Tan Sri Vincent Lee.

Darren dilihat menaruh sepenuh kepercayaan kepada Anthony untuk mengendalikan semua urusan berkenaan aset dan syarikat. Cuma bila perlu sahaja Darren akan turun padang mengurus sendiri. Itupun Darren lakukan demi memenuhi kehendak Zalikha.

Hubungan Darren dan Datuknya juga masih renggang. Tidak banyak perubahan seolah ada batu penghalang antara mereka untuk bermesra.

Kadangkala Darren akan mengambil tahu juga tentang perkembangan kesihatan Tan Sri Vincent.

Annie yakin lama kelamaan Darren pasti dapat menerima kehadiran Tan Sri Vincent dan melupakan kisah silam. Umpama air dicincang takkan putus. Biar masa jadi penentu.

Wajah putih bersih Darren ditenung. Tampak seiras anak sulungnya. Tak semena air mata bertakung dikelopak mata Annie. Sedih mengenang konflik yang pernah melanda keluarga mereka.

"Anything wrong? You look pale.."

Darren mengusap bahu Annie. Tanda kasih seorang cucu kepada neneknya.

" Nothing .. Grandma cuma teringin mahu lihat Darren kahwin.. Si cantik itu macam ada hati dengan Darren.."

Annie segera mengalih topik perbualan. Bibir memuncung ke arah Zaheeda yang baru tiba.

Gadis itu kerap datang ke restoran menemui Darren. Kadang sanggup membantu Darren melakukan kerja.

Mata tua Annie dapat membaca wujud cinta dalam hati Zaheeda buat Darren sama ada Darren sedar atau berpura pura tidak mengerti.

"Malaslah fikir pasal kahwin.. Darren rasa belum bersedia.."

Sejak bermasalah dengan Suzie, Darren sudah berikrar enggan terlibat dengan mana mana wanita lagi. Biarlah Shelly menjadi yang pertama dan terakhir.

Walau Mama tetap mendesak Darren supaya meneruskan perkahwinan dengan Suzie, Darren bagai tawar hati. Pelbagai alasan diberikan kepada Zalikha untuk menangguhkan segala perancangan.

Mujur Anthony memahami dan menyerahkan kepada Darren untuk membuat sebarang keputusan.

"Atau Darren tak tahu mahu pilih Suzie atau si cantik ini?"

Annie sengaja ingin menyakat cucunya. Merenung ke arah Darren seraya berkata..

"Islam kan benarkan penganutnya kahwin lebih dari satu.. Darren kahwin saja dua dua sekali.. Dapat grandma dua cucu perempuan baru..."

Serentak itu, tawa mereka berdua tercetus. Geli hati.

Darren hanya menggeleng.

Suzie dan Zaheeda bermadu?

Confirm kiamat dunia.. Silap silap Darren sendiri pening kepala melayan sikap 'bossy' Suzie dan perangai 'bimbo' Zaheeda.

Simpang malaikat 44 !

Namun kata kata itu hanya terucap dalam hati. Darren tahu Annie hanya bercanda. Darren sudah masak dengan perangai Nenek.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2017 10:39 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-3-2017 07:08 PM

ANTHONY sedar permintaannya agak melampaui batas namun apakan daya. Tiada jalan lain yang dapat difikirkan bila memikir nasib anaknya. Nyawa Suzie dihujung tanduk jika Darren gagal memenuhi permintaan sang penculik.

" Sumpah.. Uncle tak tahu apa yang mereka inginkan dari Darren.. Mereka cuma mahu Darren ke sana seorang diri jika mahukan Suzie selamat.."

Demi keselamatan anak yang disayangi Anthony terpaksa merayu meminta bantuan Darren.

" Sorry Anthony.. He's my grandson ! My only grandson !! I takkan izinkan cucu I ditimpa bahaya !"

Walau masih duduk dikerusi roda, Tan Sri Vincent tetap bersuara tegas menentang kehendak Anthony untuk menjadikan Darren sebagai galang ganti.

"Tapi Tan Sri...."

Riak wajah Anthony gelisah. Buntu memikirkan cara menyelamatkan Suzie.

" What you mean by he is your only grandson?!!"

Entah bila Variance muncul mengejut ke dalam kamar tidur Tan Sri Vincent.

Barangkali ada pengawal keselamatan yang culas melakukan kerja sehingga Variance berjaya masuk ke sini.

"Answer me, Grandpa !!"

Mata sepet Variance mencerlung garang kepada Darren pula.

" Who you really are, Darren?! Why are you here with my Grandpa?!! Anybody answer me please !!"

Variance memekik kuat menagih jawapan pasti.

Darren hanya memerhatikan tingkah Variance. Enggan menambah keruh keadaan. Tampak jelas terukir kekecewaan diwajah sementara menanti jawapan dari Tan Sri Vincent.

" He is my biological grandson !! Unlike you !! Sia sia saja Grandpa dan Grandma jaga kamu macam darah daging sendiri !! Cucu tak sedar diri !"

Lantaran geram dengan sikap kurang ajar Variance selama ini, Tan Sri Vincent tidak sedar terlepas cakap mengenai asal usul Variance.

Memandangkan suaminya sudah terlajak kata, Annie segera memeluk Variance meminta cucunya mengabaikan kata kata Datuk.

Malangnya, Variance bertindak ganas. Menolak tubuh kurus Annie sehingga tersembam jatuh mencium lantai.  Raungan kesakitan Annie tidak diambil kisah oleh Variance.

Malah, Variance tekad mengeluarkan sepucuk pistol lalu dihala tepat ke kepala botak Tan Sri Vincent.

" Sorry Grandpa.. You forced me to do this !"

Lantas Variance mengheret kasar tubuh Tan Sri Vincent keluar menuju ke parkir sehingga nyaris terjatuh dari kerusi roda yang diduduki.

Darren cuba menghalang namun Variance bertindak lebih pantas. Menembak rambang ke arah Darren sehingga nyaris mengenai bahu. Anthony segera menarik kuat Darren supaya berlindung dari tujahan peluru.

" You Darren.. Kalau you mahu kan grandpa selamat, bawa peguam Grandpa ke tempat yang I akan bagitahu kemudian.. Ingat jangan sesekali report polis atau dia mati !!"

Satu amaran keras dari Variance.

Serentak itu, kepala Tan Sri Vincent dihentak kuat. Lelaki tua itu pengsan tidak sedarkan diri. Orang suruhan Variance menyumbat Tan Sri Vincent ke dalam MPV sebelum meluncur pergi.
Variance sempat berpaling sejenak memandang sinis Darren.

"Oh ya, selepas I dapat semua harta Grandpa, I akan paksa Suzie Ong jadi isteri I !  Kesian you, budak hingusan yang akan hilang semuanya dalam sekelip mata !!"

Tawa Variance meletus. Niat hati sengaja ingin memperlekehkan Darren. Jarak usia antara mereka membuatkan Variance yakin Darren tidak akan berani menentang kemahuan Variance.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2017 02:34 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-3-2017 07:37 PM

BERSIAGA berjalan masuk ke sebuah banglo terpencil seperti yang diarahkan oleh Variance. Darren dan Gabriel merencana strategi untuk mematikan niat jahat Variance.

Tujuan utama adalah memastikan keselamatan Tan Sri Vincent dan Suzie terjamin. Seboleh mungkin mengelak sebarang pertumpahan darah.

"Mana grandpa dengan Suzie ?!"

Darren melilau pandang sekeliling mencari bayangan Tan Sri Vincent maupun Suzie.

"So,  you have do the necessary amendment for Grandpa's will?"

Lain yang ditanya lain jawapan yang diterima. Wajah Variance serius sewaktu bertanyakan tentang pindaan wasiat Tan Sri Vincent.

Gabriel segera mencampak fail yang berisi beberapa helaian kertas bercetak kepada Variance.

"Mana Tan Sri Vincent?!"

Agak keras nada soalan Gabriel menyoal Variance yang gila harta.

Mata Variance rakus meneliti tulisan yang tertera pada kertas. Senyuman mekar dibibir tanda puas.   

" Not that easy !! In order for me to inherit all these, some one has to die ! And the person is him !!!

Tanpa diduga Variance menembak tepat ke dada Darren. Darah merah pekat mengalir dan Darren terkulai rebah tidak sedarkan diri.

Gabriel buntu sama ada Darren pengsan atau sudah tercabut nyawa. Segera mara menyerang Variance. Kaki menyepak tangan Variance yang sedang memegang pistol. Tindakan Gabriel menyebabkan pistol terlepas dari pegangan Variance.

Suasana berubah hiruk pikuk apabila pihak polis menyerbu masuk ke dalam. Pasukan taktikal melakukan tugas dengan cekap sehingga kehadiran mereka gagal dikesan.

Nick yang berada di pintu masuk berura ura untuk lari sebaik saja melihat kemunculan pihak berkuasa.

Namun, langkahnya terhalang apabila diminta untuk berpaling dari pergi. Tanpa banyak soal, Nick terus mengangkat tangan tanda menyerah diri.

Aksi berbalas tembakan  bermula di antara pihak berkuasa dan samseng upahan Variance. Bunyi bingit setiap kali picu pistol ditarik untuk memuntahkan peluru.

Di satu sudut, Suzie hanya mampu mengalirkan airmata. Takut memikirkan untung nasib. Minda menerawang jauh. Mengingati detik detik terakhir dalam hidup.

Wayar kelihatan berselirat diseluruh tubuh Suzie. Skrin kecil yang terletak di kerusi yang diduduki Suzie memaparkan minit dan saat persis jam loceng.

Tit.. Tit.. Tit..

Bunyi itu kedengaran lagi. Dada Suzie berdegup kencang. Setiap hembusan nafas dihela berat.

Dan, saat berganti minit. Nombor yang terpapar di skrin kian bertambah.

Bayangan Darren menghiasi minda saat ini..

I love you, Darren !

Suzie terus memejam mata.

Cuak tatkala memikirkan bom masa yang bila bila saja bakal meletup menghancurkan lumat seluruh jasad.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2017 08:25 PM | Show all posts
"DARREN !!"

Satu suara gemersik menyapa gegendang telinga Darren sambil teresak menangis disisi. Rambut lurus Darren diusap penuh kasih.

Kelopak mata Darren berkelip kelip melilau pandang.

Seketika kemudian, pandangan jatuh pada seraut wajah wanita cantik yang sedang tunduk mengesat titisan jernih dipipi gebu. Sayup sayup muncul persis bayangan dalam mimpi.

"Shelly.. Betul ke ini you?"

Tangan pantas menggosok mata bagi memastikan kehadiran Shelly bukan satu khayalan. Darren sememangnya masih merindui kekasih pertamanya itu.

"You kena bangun, Darren !! I tahu you takkan mudah menyerah !!  Suzie dan Grandpa you perlukan you.. Jangan biarkan Variance menang !!"

Bersungguh Shelly meniupkan  kata kata semangat buat Darren yang masih lagi terbaring menanti saat nyawa dicabut dari badan.

"I'm dying, Shelly !"

Hilang sudah keinginan untuk meneruskan hidup. Luka yang ditembusi peluru tadi pedih menusuk sehingga sukar ditahan lagi. Seumur hidup inilah kali pertama Darren berdepan kesakitan sebegini hebat.

" Masa you belum sampai, Darren.. You kena cepat atau ada nyawa yang tak berdosa akan mati !! Selamatkan Suzie, Darren !! Nasib Suzie terserah pada you !!"

Jelmaan Shelly mendesak Darren agar bangkit berjuang menentang Variance sehingga ke penghujung.

" Tapi..."

Darren keberatan untuk bertahan dengan kesakitan ini.

Hidup Darren sudah berakhir sejak kematian Shelly. Mungkin ini peluang untuk Darren disatukan dengan Shelly semula.

"No tapi tapi, Darren ! You ada 3 minit untuk selamatkan Suzie.. I terpaksa pergi !!"

Serentak itu, bayangan Shelly terus menipis dan hilang dari pandangan mata Darren.

Darren seolah tercampak ke alam realiti. Bangkit disebalik kerumunan huru hara lalu menyelinap mencari Suzie dan Grandpa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2017 11:48 AM | Show all posts
elia201 replied at 21-3-2017 08:25 PM
"DARREN !!"

Satu suara gemersik menyapa gegendang telinga Darren sambil teresak menangis disisi.  ...

come on Darren. you can do it...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 11:49 AM | Show all posts
thanks TT. dah lama menanti. Finally you are here.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 01:38 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 31-3-2017 11:18 PM

KESAKITAN menusuk didada Darren. Semangat dipasak dalam diri untuk mencari Suzie sehingga ke temu. Keselamatan Suzie menjadi keutamaan buat masa ini. Entah kenapa Darren tidak sedap hati memikir untung nasib Suzie.

Kaki melangkah lemah memasuki sebuah bilik usang. Alangkah terperanjatnya Darren sebaik melihat kaki dan tangan Suzie terikat kemas di sebuah kerusi kayu.

" Darren.. Kenapa you...?!"

Suzie terus mengalirkan air mata menangis gara gara risaukan Darren yang jelas kelihatan tak bermaya. Darah merah masih segar mengalir pada luka sehingga membasahi t shirt Darren.

"I kena tembak dengan Variance gila.."

Endah tak endah Darren menjawab.

Tangan pula pantas bertindak meleraikan simpulan wayar yang membelit tubuh Suzie. Mereka harus segera beredar dari situ sebelum bom yang dipasang meletup.

"It's okay Darren. You takkan sempat selamatkan I.."

Suzie pasrah dengan takdir yang bakal menimpa diri. Mati dalam usia muda memang bukan impian Suzie. Namun apalah daya.

Serentak itu satu keluhan kecil kedengaran. Suzie terpaksa juga menelan kepahitan ini.

" Suzie betul ! You takkan sempat selamatkan dia.. Baik you pergi dari sini Mr Darren.. Grandpa you selamat.."

Jenuh Gabriel mencari Darren sebaik saja konco konco Variance berjaya ditewaskan.  Variance pula lesap entah ke mana tatkala mengetahui kewujudan polis. Bimbangkan keadaan Darren yang agak parah. Tan Sri Vincent pula takkan sesekali berganjak seandainya cucunya tidak bersama.

Justeru, Gabriel tiada pilihan lain. Keselamatan Darren lebih penting dari diri sendiri.

" Mesti ada cara macam mana nak matikan bom ini.."

Wayar berwarna warni menarik perhatian Darren. Otak ligat memikir cara untuk memastikan Suzie.

"You memang bodoh !"

Variance muncul tiba tiba sambil galak mengetawakan Darren.

Tangan Variance bergari kemas sambil dikawal ketat oleh dua orang anggota polis berpakaian biasa.

Anthony juga ada bersama demi mencari anak kesayangannya. Hanya Variance tahu keberadaan Suzie. Terkejut melihat Darren berlumuran darah.

Lantas Anthony terus menumbuk Variance sekuat hati. Marah kerana Variance sanggup memperlakukan Suzie dan Darren sedemikian rupa.

Namun, tindakan Anthony terhenti apabila disabarkan oleh seorang anggota polis.

"Kalau I jadi you I akan pergi saja.. You muda lagi.. Berlambak perempuan lain you boleh dapat.."

Walau lebam lebam kesan pergelutan dengan Gabriel dan baru saja ditumbuk sehingga berdarah oleh Anthony namun Variance puas hati.

Melihat kesungguhan Darren menyelamatkan Suzie,  Variance agak gembira kerana berjaya membuatkan Darren kehilangan insan tersayang meski gagal mewarisi harta Tan Sri Vincent.

Anggota keselamatan terpaksa mengarahkan tempat ini dikosongkan sementara menunggu unit bom tiba.

Variance terus saja ditarik keluar oleh polis sebagai tahanan. Tinggal Anthony dan Gabriel masih berdiri menghadap Suzie. Puas dikerah pergi akan tetapi baik Anthony dan Gabriel kekal berdegil.

"Papa please.. Just go ! Suzie minta maaf sebab tak mampu jadi anak yang baik selama ini.."

Mata Suzie berkaca tatkala merenung wajah Anthony. Seakan inilah saat terakhir mereka bertentang mata. Serasa berdosa kerana pernah menganggap Papa seorang yang pentingkan kerja dari anak sendiri.

Seorang lelaki bergelar Papa yang membesarkan Suzie dengan setulus kasih sayang. Jasa dan bakti Anthony belum sempat dibalas sehingga kini.

"And you, Darren.. I silap menilai you.. I lebih percayakan manusia yang pandai putar belit kata dari you.. I minta maaf ! Teruskan hidup you.. Biarkan I mati ! I cintakan you sejak kali pertama I nampak you , Darren..Walaupun you mungkin tak cintakan I .. I harap you bahagia seumur hidup you.."

Air mata tidak putus putus mengalir dipipi gebu Suzie sewaktu melafazkan kata kata itu. Sedih mengenangkan inilah pertemuan terakhir antara dirinya dan lelaki yang dicintai.

"Papa tolong pergi.. Bawa Darren sekali.. Please !!"

Suzie merayu untuk sekian kali. Masa makin suntuk. Mengarahkan Papa dan Darren segera menyelamatkan diri.

" I takkan pergi tanpa you, Suzie !"

Playar yang tercampak dihujung kaki Suzie dicapai. Darren nekad kali ini. Biarpun nyawa sendiri menjadi galang ganti, Darren redha.

"Please Mr Darren.. You boleh sebabkan bom itu meletup.."

Gabriel pantas menghalang tindakan berani mati Darren. Amanah Tan Sri Vincent untuk memastikan Darren selamat masih utuh dipegang.

Malangnya, Darren enggan mendengar kata. Degil.

"I pernah kehilangan seorang yang I cintai depan mata I.. I takkan sanggup kehilangan orang yang I cintai sekali lagi.. Bukan kali ini !! "

Darren mendekati Suzie. Wajah wanita itu kelihatan suram. Mata mereka bertentangan. Sayu menusuk terus ke lubuk hati memikirkan saat perpisahan yang bakal tiba sekejap lagi.

Andai ajal menjemput mereka, Darren takkan menyesal. Sekurang kurangnya Darren mencuba dan tidak menyerah pada nasib.

"Maafkan I sekiranya I gagal selamatkan you, Suzie !"

Darren juga berdebar dengan tindakan sendiri. Sedaya upaya mengumpul seluruh kekuatan.

"You kena potong kesemua wayar serentak, Mr Darren.. That's the only way to stop this bomb.."

Gabriel terpaksa bersuara mendesak Darren supaya jangan berlengah lagi. Suasana cemas menyelubungi setiap insan yang berada disitu.  

"It's ok, Darren ! Kalau mati pun I takkan menyesal.. I mati ditangan you ! Mungkin I tak dapat hidup dengan you.. Tapi I dapat mati sekali dengan you.. I tak kisah !"

Usai berkata begitu, Suzie mengukir senyuman, tanda redha.

Darren terpana sejenak.

Perasaan sempat terbuai mendengar bait kata yang terluah dari bibir merah delima itu. Indah dan mengasyikkan sehingga Darren lupa bahaya dihadapan mata.

Spontan playar mencengkam lilitan wayar. Darren merenung wajah Suzie buat kali penghabisan. Memanfaatkan waktu yang masih lagi bersisa buat mereka.

Dan, Suzie masih lagi tersenyum cantik buat tatapan Darren..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 01:41 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 31-3-2017 11:22 PM

HIDUP takkan seindah mimpi. Itu adalah kenyataan yang pasti.

Realiti semenangnya pahit untuk ditelan namun itulah lumrah dunia. Hanya usaha dan tawakal kunci kejayaan. Meski dilahirkan dalam keluarga yang miskin bukan penghalang untuk diri menuju ke puncak kejayaan.

Segala caci maki tega diharungi demi sebuah impian. Sering ditindas dan diperlekehkan, dirinya tetap bangkit meneruskan perjuangan sehingga ke titisan keringat terakhir.

Kini, namanya tertera sebagai antara manusia terkaya di Malaysia dengan berbillion aset di dalam maupun diluar negara. Semua adalah hasil dari susah payah sendiri.

Jauh disudut hati, tiada siapa tahu gejolak yang melanda hati. Konflik mendatang silih berganti. Mujur diri masih mampu bertahan menongkah liku liku kehidupan.

Batu nisan yang sudah tampak kusam diusap. Suasana tanah perkuburan Islam sunyi sepi menerbitkan kesayuan bilaman fikiran mengimbas kembali detik detik indah bersama pemilik jasad yang kini aman bersemadi.

Sejenak, air mata kesalan mengalir dipipi tua itu. Menangisi sebuah kehilangan meski sudah bertahun ia berlalu.

"Sabarlah dear.. Tak guna ditangiskan lagi.. Setiap yang hidup pasti akan mati.."

Tan Sri Vincent termenung sebentar lantas mengakui kebenaran kata kata isteri tercinta.

Seribu kesalan takkan mampu menebus kesilapan masa silam. Hanyut di amuk amarah hingga tega memulau darah daging sendiri.

"Betul Papa ! Ika pun dah lupakan semua kisah dulu..Paling penting Ika mahukan Papa sembuh seperti sedia kala.."

Zalikha pula menyampuk. Risaukan Papa mertuanya yang tampak bermuram durja mengenang pertelingkahan lampau.

"Ika memang menantu yang baik.. Maafkan Papa kerana bodoh menilai .."

Airmata mengalir lagi. Kali ini lebih deras. Pilu memikir ketulusan hati Zalikha melayani diri tanpa sekelumit dendam.

"Ika dah lama maafkan Papa ! Apapun Papa tetap Papa mertua Ika.. Ika sayangkan Papa sama seperti Papa kandung Ika sendiri.."

Sungguh Zalikha terharu mengenang kesudian Tan Sri Vincent menerima dirinya sebagai menantu meski selepas berpuluh tahun dan Vince, suami yang dicintai telah pun pergi dari dunia fana ini.

"Mama sayangkan Ika ! Vince bertuah punyai isteri sebaik Ika.."

Annie segera memeluk menantunya yang sudah lama hidup menjauh dari dirinya. Serasa bahagia menjalar ke segenap pelusuk sanubari bilamana mendakap erat tubuh Zalikha.

Sempat Annie mengucap syukur dalam hati dengan kebahagiaan ini.

Walau tragedi menimpa kehidupan mereka baru baru ini, namun Annie tetap gembira apabila melihat keluarga mereka kini bersatu semula.

Kepahitan dulu menjadi sebuah sejarah dan kenangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.076522 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list