CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1761|Reply: 0

TEKNIK SIMPAN KERETA JANGKAMASA LAMA

[Copy link]
Post time 7-10-2015 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 7-10-2015 05:21 PM

Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan,tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi.Malah bagi mereka yang sering  berurusan diluar negara,pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.
            
            Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Adabeberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama samaada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan situasi demikian  letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin.
           
            Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan. Langkah pertama ialah dengan mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.
            
            Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masaalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.
            
            Titiskan minyak injin baru keselinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masaalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.
            
            Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.
            
            Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.
            
            Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia mambantu anda untuk mengatasi masaalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.

www.familiazam.com




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043757 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list