CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2356|Reply: 5

Badan kerbau, kepala buaya

[Copy link]
Post time 7-10-2015 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya.
Lebih mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.
Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.
Don berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.
“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.
“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.
Menurutnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.
“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.
Anak kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik gambar haiwan berkenaan di Internet.
“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.
“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya.





Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 8:41 AM

BANGKAI anak kerbau yang dilahirkan dengan badan bersisik dan kepala seperti buaya.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83131#sthash.eDmJ636L.dpuf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 09:20 AM | Show all posts
baru tengok kat fb...
dunia dah nak kiamat...
kuasa Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 10:02 AM | Show all posts
bukan kedai gambar ke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:51 PM | Show all posts
peliknya...

berapa lama la orang tu dok simpan bangkai binatang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 11:38 PM | Show all posts
mmg mirip buaya la rupa dia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 06:42 PM | Show all posts
mereka awet tak bangkai anak kerbau ni?.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.332762 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list