View: 1937|Reply: 9
|
[Tempatan]
2,258 jadi mangsa tipu Phone Scam rugi RM55.3 juta
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan membuat panggilan te­­lefon secara rambang, seba­nyak RM300,000 hingga RM1 juta duit rakyat Malaysia berjaya ditipu dalam tempoh sebulan oleh sindiket Phone Scam yang ber­operasi di luar negara.
Dalam tempoh empat tahun beroperasi, sindiket didalangi rakyat tempatan ini telah memperdaya ribuan orang sehingga mengakibatkan kerugian RM55.3 juta daripada 2,258 kes yang dicatatkan.
Daripada jumlah ter­sebut, kes tertinggi dilaporkan pada 2014 iaitu 922 kes, diikuti 618 kes pada 2012, 486 kes pada 2013 dan 232 kes sejak Januari hingga 15 September tahun ini.
Kesemua mangsa yang membuat laporan memberitahu diperdaya ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai bank.
Walaupun berkali-kali Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan mengenai kes penipuan tersebut yang mirip Macau Scam melalui pelbagai media, namun semua itu seolah-olah tidak dijadikan iktibar.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, pihaknya mengesan terdapat warganegara Malaysia yang menjadi dalang dan mereka menjalankan operasi tersebut di luar negara untuk mengelakkan diri daripada dikesan pihak penguat kuasa.
Menurutnya, aktiviti tersebut dikesan berdasarkan beberapa siri operasi yang dibuat PDRM dengan kerjasama polis China dan Taiwan sejak 2012 yang sehingga kini berjaya menahan seramai 298 orang rakyat asing kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan itu.
“Selain itu, kita juga berjaya melumpuhkan dua tempat operasi yang dikenali calling centre yang berpusat di China pada tahun lalu dan seramai 47 orang warga tempatan turut ditahan.
“Dalam pada itu, selain anggota sindiket, kita turut menahan beberapa individu yang menjadi ‘keldai akaun’ kepada ahli sindiket dengan menjadikan akaun bank mereka tempat mangsa memindahkan semua wang sindiket,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai kegiatan Phone Scam yang kembali dise­barkan dan menjadi viral di dalam media sosial sejak kebelakangan ini.
Mengenai modus operandi yang dijalankan sindiket Phone Scam ini, Kamaruddin menjelaskan, kebiasaannya terdapat lebih daripada 10 ahli sindiket akan memainkan peranan sebagai pegawai bank dan pegawai bank negara yang membuat panggilan di setiap calling centre.
Kata beliau, anggota sindiket yang turut menyamar sebagai pegawai mahkamah, pegawai polis dan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat panggilan kepada mangsa mendakwa akaun mereka akan dibekukan kerana terdapat masalah berkaitan kad kredit.
“Walaupun sesetengah mangsa menyatakan tidak pernah memiliki atau memohon kad tersebut, anggota sindiket akan menyakinkan mangsa kononnya ada pihak lain yang menggunakan nama mereka bagi tujuan itu. Sindiket turut mendakwa jika mangsa tidak mahu akaun mereka dibekukan, kesemua wang perlu dipindahkan ke satu akaun yang telah ditetapkan.
“Mangsa pula tanpa usul periksa terus mengikut arahan sindiket,’’ katanya.
Mohd. Kamarudin berkata, anggota sindiket yang menyamar akan disediakan teks-teks perbualan untuk dihafal serta mengikut langkah-langkah yang perlu supaya perlakuan mereka selaras dengan situa­si sebenar dalam bank.
Sehubungan itu, Mohd. Kamarudin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap panggilan yang dibuat pihak ter­tentu bertujuan mendapatkan kata laluan mahupun memberi perincian akaun kerana bimbang mereka juga akan menjadi mangsa kepada sindiket yang mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang.
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana cara diorang menipu ni....... |
|
|
|
|
|
|
|
Xyah percaya la kalau sms ni. Ntah mana2 dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah, anda menang cabutan bertuah Shell
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah senang2 kena tipu tu..naif sgt ke..nafsu membuak hilang pertimbangan ke..atau simply stupid |
|
|
|
|
|
|
|
2x dpt call org promote product.pastu minta details kad kita..bila i tanya apsal mau, terus dia end call...
Batak sgt penipu ni..org query sikit dah gelabah.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat aku konon lawyer call kata aku ada loan ngan satu bank ni n kata aku ada kes saman dr bank tu n mintak no ic.
aku cakap, saya x pernah deal ngan bank tu.
mamat ni insist gak, aku balas, "awak kata awak call on behalf of bank nak saman, takkan awak tak ada details saya. pekata awak baca n saya sahkan?"
ohhh... terus marah siap kata "awak jagn main2, saya saman nanti"
aku pun reply balik, "samanlah" n letak phone.
ic ke kad ke, jgnlah share ngan sesapa yg call kita. melainkan kita yg call customer serbis sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
yurp. saya syak pekerja telco yg jual maklumat kita.
bila bertukar dari Umobile kepada celcom,
terlalu byk spam sms/call yg masuk.
leceh betul
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak lagi org yg kureng cerdik nih |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah percaya .. tpi kalau nak terkena ... pasrah ajelah .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|