View: 1939|Reply: 9
|
[Tempatan]
Tumpang - Tawar Caj RM5 Untuk Perjalanan Jarak Dekat
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Aplikasi 'Tumpang' kini semakin mesra di kalangan penumpang perjalanan jarak dengan menggunakan teksi di sekitar Lembah Klang.
Menurut pengasas bersama Tumpang, Dhillon Kannabhiran, penumpang hanya perlu membayar RM5 untuk perjalanan sejauh tiga kilometer.
"Perkhidmatan ini bukan untuk menggantikan bas henti-henti atau teksi sedia ada.
"Ia perkhidmatan baharu yang duduk diantara kedua-dua perkhidmatan pengangkuatan awam sedia ada kerana lebih murah daripada teksi dan selesa berbanding bas," katanya memetik mStar hari ini.
Tumpang diwujudkan untuk menangani masalah yang dihadapi penumpang yang mahu ke sesuatu tempat dalam jarak dekat contohnya dari rumah ke stesen pengangkutan awam.
Tumpang dibahagikan kepada zon di mana penumpang boleh memilih untuk diambil dan diturunkan di lokasi tertentu pada harga RM5.
Bagi yang menempah untuk perkhidmatan berganda juga berpeluang mendapat potongan harga di mana perjalanan dengan dua penumpang pada kos Rm8, manakala berkumpulan seramai empat penumpang dengan hanya RM15.
Penumpang bagaimanapun perlu mendaftar dan membeli kredit pra bayar terlebih dahulu kerana tiada urusan tunai di antara pemandu dan penumpang.
Ia kini mula beroperasi di Cyberjaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar, dengan jumlah 35 orang pemandu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok.. forumer yg dah try guna ni cerita la pengalaman guna tumpang. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah abam teksi makin runsing |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang harga teksi jugak kan....
teksi bila tutup pintu rm3.... |
|
|
|
|
|
|
|
mohon SPAD dan JPJ ambik tindakan. asyik UBER je yang kena  |
|
|
|
|
|
|
|
nanti abam teksi hilang mata pencarian... |
|
|
|
|
|
|
|
Abam teksi hanya boleh tersenyum saja apabila kereta tu di sita .. |
|
|
|
|
|
|
|
padan mka pemandu teksi
servis macam celaka
ingatkan ada uber je, sekarang dah ada tumpang
3-4 tahun lagi ada autonomous car pulak
lepas ni pekerjaan sebagai pemandu akan lupus |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu servis teksi bagus xdelah org cari yg lain... |
|
|
|
|
|
|
|
3km okay la tu rm 5..
ni naik teksi je da rm3 ..
pastu meter ikut masa pulak tu..
nak2 jam pulekk..
baru 50 meter da naik 30 sen..
tak sampai 1km..
da kena charge rm5..
baik jalan kaki..
teksi kat shah alam lagi la..
meter tu buat perhiasan adja..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|