CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7741|Reply: 5

EVEREST!!!

[Copy link]
Post time 3-10-2015 12:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bluezink at 4-10-2015 01:09 AM

Gunung everest. Ia adalah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter dari aras laut. Ia terletak di atas banjaran gunung himalaya. Pendakian pertama adalah pada tanggal 29 Mei 1953 oleh Edmund Hillary dari New Zealand dan Tenzing Norgay *gamba yg itam putih kat bwh dari kaum Sherpa *salah satu suku bangsa di Nepal dan Tibet yang hidup di lereng-lereng gunung Himalaya*. Rakyat m'sia pertama mendaki gunung everest pula adalah M. Magendran dan N. Mohandas. Ia dilakukan pada 23 Mei 1997.gnung everest adalah sebuah gunung Igneous. Ia terbentuk akibat penyejukan Lava.yg sebelum ini, ia adalah kawasan gunung berapi aktif yang hebat.Yang dulunya merupa sebuah dasar lautan yang terangkat 60 juta tahun lalu.

* Gunung Everest (bahasa Inggris: Mount Everest) adalah gunung tertinggi di dunia (jika diukur dari paras laut).Rabung puncaknya menandakan perbatasan antara Nepal dan Tibet; puncaknya berada di Tibet.Di Nepal, gunung ini disebut Sagarmatha (सगरमाथा, bahasa Sansekerta untuk "Dahi Langit") dan dalam bahasa Tibet disebut Chomolangma atau Qomolangma ("Bunda Semesta").Gunung ini mendapatkan nama dengan menggunakan bahasa Inggrisnya dari nama Sir George Everest. Nama ini diberikan oleh Sir Andrew Waugh, surveyor-general India , Puncak Everest merupakan salah satu dari tujuh puncak di dunia



Mendaki gunung everest bukanlah semudah yang disangka. Melihat kepada banyak nyawa yang terkorban semasa pendakian ke puncak tertinggi dunia ini. Oleh yang demikian, jika korang ada merancang Nak Mendaki Gunung Everest? Ini yang perlu korang tahu.

Pendakian gunung everest dikatakan pendakian paling mencabar dan paling sukar bagi seseorang manusia. Bila dah terkeluar ayat semacam ini, korang dah boleh bayangkan tak, macamana kesukaran yang bakal korang tempuh nanti. Suhu paling sejuk yang pernah dicatatkan adalah -41oC!

Gunung everest juga sering memberi "kejutan" kepada pendaki. Ianya adalah dalam bentuk ribut dan keadaan sejuk melampau secara tiba-tiba! Jadi tak hairanlah, keadaan yang awalnya tenang, boleh berubah menjadi huru hara di dalam sekelip mata!Walaubagaimanapun, cabaran ini dikatakan di antara cabaran biasa. Ini bermakna ada lagi cabaran yang lebih hebat! Yang perlu anda tempuh jika mengimpikan untuk mendaki gunung everest! Cabaran inilah yang dikatakan banyak meragut nyawa pendaki gunung.berjuta pujian boleh di beri kepada dua hikers di atas.. orang pertama menakluk puncak tertinggi di dunia.. Tenzing Norgay, yang rendah sikit tu, adalah seorang Sherpa * sila rujuk gmba itam putih di atas...sherpa ni adalah penduduk tempatan kat kawasan Everest tu yg kerjanya pembawa barang pendaki2 yg nak daki Everest ni...
tu da lamaa dulu.. tahun 1953, sebelum merdeka lagi.. da hampir 60 tahun berlalu..
masa tu untuk mendaki gunung Everest, adalah sesuatu yg mustahil dan guna banyak kos,ramai yg mati di pertengahan pendakian dan kalau anda berjaya menakluk, ianya adalah satu yang sangat hebat!!!... nama korang akan berada dalam mana2 buku rekod kalau korang antara yg terawal menakluk Everest untuk negara korang.. korang nye ekspedisi public semua tahu, hari2 update kat TV.. balik orang sambut kat airport macam Wira!!...
TAPI ITU DULU.....
sekarang ni dengar kata, boleh tawan Everest adalah suatu yang biasa..
dengan masalah pemanasan global, menjadikan ia tidaklah terlalu bahaya( tp masih lg bahaya), tidaklah dikatakan ekspedisi maut lagi..
dengan teknologi yang semakin canggih,
kelengkapan hiking untuk tempat sejuk yg terbaeek!!! banyak da dicipta,
kemudahan pengangkutan..
kos yang tidak terlalu tinggi.. tapi masih lagi tinggi...ada terbaca kat dalam reader digest, kat base camp siap ada tent special untuk dinner, lunch.. dalam gambar tu siap ada meja makan dengan kerusi tau dalam tent tu... hebat!!! aku duk google gambar tent tu, xjumpa pulak..


Mayat Di Gunung Everest


Kita biasa dengar cerita pasal pendaki yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest je kan, tapi cerita pasal pendaki yang gagal atau terkorban semasa dalam proses pendakian tak banyak dihebohkan..Menurut maklumat sekarang ni, ada lebih dari 200 mayat pendaki malang yang telah ditandakan dan disemadikan di Gunung Everest ,sila klik link bwh kalau nak tengok..
share gambar-gambar pendaki malang yang gagal menyempurnakan misi diorang dalam menawan puncak Everest..
cerita disebalik Gunung Everest yang korang kena tahu : Proses membawa turun mayat di Gunung Everest merupakan satu perkara yang mustahil. Kos mendaki dalam dah laa mahai untuk sampai ke puncak. Kadang-kadang nyawa juga menjadi taruhan. Rata-rata pendaki mengatakan laluan yang paling susah dalam mendaki Gunung Everest adalah melintasi kubur pendaki yang telah mati. Disebabkan keadaan cuaca yang agak ekstrem, mayat-mayat yang telah berusia lebih 50 tahun masih lagi boleh ditemui dengan kesan pereputan yang agak kecil. Kejadian reput frost pada kadar yang cepat merupakan satu kemungkinan yang agak besar apabila berada berhampiran puncak. Dalam sesetengah kejadian, para pendaki yang terserempak dengan pendaki lain yang hampir-hampir mati terpaksa meninggalkan mereka kerana tiada cara untuk memberi bantuan. Mayat George Mallory, pendaki British yang terjatuh pada tahun 1924 masih boleh ditemui.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2015 10:18 PM | Show all posts
berpinar  mata baca tulisan kaler hijau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 10:44 PM | Show all posts
teringat pulak rakyat malaysia yang pergi mendaki gunung everest ni
ada yang meninggal tu..sebab tak tahan sejuk..
al fatihah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2015 01:34 AM | Show all posts
untuk mendaki Everest,setiap pendaki memerlukan waktu aklimatisasi minima 3 minggu. Selama 3 minggu ini, para pendaki akan tinggal di basecamp. Basecamp ini , terdapat dua tempat, dkat Selatan  di negara Nepal, terletak pada ketinggian 5,364 meter  (28°0′26″N 86°51′34″E). Dan satu lagi Basecamp sisi Utara yang ada di negara Tibet, terletak pada ketinggian 5,150 meter (28°8′29″N 86°51′5″E).ini bertujuan untuk membiasakan tubuh badan terhadap kesan kesan seperti HAPE (High Altitude Pulmonary Edema), HACE (High Altitude Cerebral Edema), HAFE (Hight Altitude Flatus Expulsion), dsb. Yang kesemuanya fenomena ini, boleh membuat korang kiok katas nanti.
Selama 3 minggu aklimatisasi di Basecamp, para pendaki akan menjalani beberapa "pendakian Percobaan" ke berbagai rute. Tujuan pendakian percobaan ini adalah supaya tubuh pendaki menjadi terbiasa dengan ketinggian, suhu, dan kadar oksigen di udara yang rendah.Setelah abis selesai aklimatisasi ini, barulah mereka akan mendaki ke Puncak Dunia, puncak Everest.
Dan dengar kata,selepas kejadian kes meragus nyawa 16 sherpa pada tahun 2014,*tragedi tersebut merupakan tragedi terbesar dalam sehari, dimana memakan korban paling banyak. route pendakian telah dianjak kan jauh sikit dari route  sebelumnya... sila lihat gamba bwh

manusia pertama yang mendaki ke puncak tanpa bawa tabung oxigen adalah Reinhold Messner Dia yang mendaki seorang diri pada tahun 1980.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 10:50 AM | Show all posts
Bila tengok filem Everest tu, rasa macam walau kita dah prepare macam mana sekali pun, kuasa Tuhan tu mengatasi segalanya. Sedih bila teringatkan si Dough dengan Rob tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 11:50 AM | Show all posts
apa cerita pendaki everest malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052090 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list