CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5065|Reply: 33

[Dunia] Imej Terbaru Planet Pluto & Bulannya Charon Menakjubkan Para Saintis

[Copy link]
Post time 2-10-2015 10:26 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Imej terbaru Planet Pluto, planet terkecil dalam Sistem Suria kita telah menakjubkan para saintis.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]WASHINGTON (AS): Imej-imej terbaru permukaan planet paling jauh dalam Sistem Solar iaitu Pluto dan bulannya, Charon yang dikirim oleh kapal angkasa New Horizons bukan sahaja menakjubkan para saintis dan ahli kaji bintang malah menunjukkan Charon mempunyai sejarah silam yang ganas.
[size=0.98em]Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah, manusia dapat melihat permukaan planet Pluto dan Charon secara jelas dan terang.


[size=0.98em]Charon misalnya mempunyai permukaan yang terbelah dan di garisan Khatulistiwanya menunjukkan ngarai yang dalam dan panjang iaitu lebih panjang daripada ngarai paling popular di Bumi iaitu Grand Canyon yang terletak di Amerika Syarikat.
[size=0.98em]Imej-imej dengan resolusi tinggi itu diproses dan dihantar oleh kapal angkasa tanpa manusia, New Horizons yang terbang melintasi Planet Pluto dan bulannya Charon Julai lalu.





[size=0.75em]Imej Charon dengan kualiti warna yang dipertingkatkan diambil dengan resolusi tinggi.



[size=0.98em]New Horizons merakamkan beribu-ribu foto sehinggakan ia memerlukan masa selama beberapa bulan untuk memproses dan menghantarnya pulang menerusi isyarat ke Bumi semula.
[size=0.98em]Saiz Charon, adalah separuh daripada saiz Pluto.
[size=0.98em]Ia juga adalah bulan paling besar dalam Sistem Suria.


[size=0.98em]Yang paling mengejutkan saintis ialah permukaan Charon yang mempunyai gunung-ganang dan juga ngarai yang dalam.
[size=0.98em]Ngarai yang terdapat di bulan ini adalah sepanjang lebih 1,600km - empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.

[size=0.75em]Imej yang berwarna merah menunjukkan permukaan Charon yang mempunyai ngarai yang dalam sepanjang lebih 1,600 km, empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.



[size=0.98em]Gambar-gambar yang dirakamkan New Horizons ketika kapal angkasa itu melintasi Charon dan Pluto pada 14 Julai lalu menunjukkan wajah dan permukaan kedua-duanya yang menunjukkan bahawa masa silam gerakan geologikal yang besar pernah berlaku di sini.


[size=0.98em]"Amat jelas sekali ia menunjukkan pada masa lalu, kerak pada permukaan Charon pernah merobek dan terbuka luas kerana pergerakan yang kuat," kata pakar astrologi, John Spencer, dari Southwest Research Institute di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat.
[size=0.98em]Para saintis juga mendapati, tiadanya kesan kawah yang terbentuk akibat hentaman komet atau astreod pada kawasan-kawasan tertentu di permukaan Charon dan juga Pluto mengesahkan yang terdapatnya permukaan baru ekoran aktiviti geologi.

[size=0.75em]Imej Pluto (kanan, bawah) dan Charon (atas, kiri) yang dirakamkan oleh New Horizons.



[size=0.98em]Kapal angkasa New Horizons ketika ini sedang berada 5 bilion kilometer dari Bumi dengan maklumat terbaru menunjukkan segala sistem pada pesawat tersebut berjalan lancar.
[size=0.98em]Pluto adalah planet paling kecil dan terjauh dalam Sistem Solar kita. Selepas Pluto, tidak ditemui sebarang objek yang boleh diklasifikasikan sebagai planet.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Menakjubkan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:39 PM | Show all posts
1. is Pluto a planet now?
dulu depa dok gaduh itu ini ...


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak beku giler. Snow memanjang je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hr tu claim pluto bkn planet. Ai is pening!


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak mcm model sains di buat dari tanah liat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2015 10:52 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 2-10-2015 10:39 PM
1. is Pluto a planet now?
dulu depa dok gaduh itu ini ...

still planet rasanya, tapi tergolong dalam planet kerdil... sayangnya, sebab kecil2 dulu belajar pluto ni planet, pastu skg ada terma planet kerdil pulak, huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:53 PM | Show all posts
kan...apakah planet yg ke-9?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2015 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 01:27 AM | Show all posts
canteknya...



*sobs*
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik pulak guna term ngarai.

Dah mcm indon.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 09:06 AM | Show all posts
ini jarum jarum halus yahudi untuk menyesatkan orang isle.!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
theotherfriend replied at 3-10-2015 08:58 AM
Pelik pulak guna term ngarai.

Dah mcm indon.

kita telah dikuasai indon secara halus...  
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 09:14 AM | Show all posts
pluto bukan terkecik...

kat kuiper belt tu dah jumpa banyak orbiting dwarf planets macam pluto, eris, ceres dll... dan pluto adalah antara paling besar dlm kalangan dwarf planets...

anyway.. gambar2 tu memang sangat menakjubkan ok...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 09:35 AM | Show all posts
Wah menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 09:40 AM | Show all posts
pengetahuan ttg planet2 dalam galaxy sendiri pun kurang .. apatah lagi planet2 dalam galaxy yang layen ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa kaji benda2 nih sissss.Bynk lagi misteri di melesyiah maseh belum dikaji..mcm kain sesuai untuk berkerudung dan jua khasiat air mukjizat 22 jusuzk..

Sains nih ilmu kaper sis..mahu memesongkan tumpuan ummah kepada pencipta..xda smuanya nih..diorang propaan jah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 10:01 AM | Show all posts
bukan dulu kata pluto diiktiraf sbg bulan ke....kenapa jd planet lg???
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 3-10-2015 09:13 AM
kita telah dikuasai indon secara halus...

I is suka ur comment hahhahahha
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dondangdendang replied at 3-10-2015 10:01 AM
bukan dulu kata pluto diiktiraf sbg bulan ke....kenapa jd planet lg???

Takpe sis. Lepas 100 tahun nnti mungkin di ubah lg.
.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.206153 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list