CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2852|Reply: 0

Bertepuk Sebelah Tangan, Jangan Jadi Bodoh!

[Copy link]
Post time 2-10-2015 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za


Pesanan buat kaum wanita, sebenarnya kepada mana-mana individu pun, jika anda rasa dalam situasi bertepuk sebelah tangan, segeralah sedarkan diri.


Usah lagi diperbodoh dengan permainan si dia. Kadang kala terdapat golongan yang zalim dan jahat bukan sahaja mempermainkan perasaan anda, malah mempunyai agenda menjadi 'pisau cukur'.


Namun, kadang kala wanita ini mudah sangat dipergunakan. Banyak 'clue' yang semakin terserlah, namun tidak juga dipedulikan.


Bagi anda yang tidak mahu diperkotak-katikkan dalam perhubungan, lihat 3 tanda ini agar diri anda sentiasa berwaspada, menurut portal dianarashid.com,


1. Jarang bertanya khabar berita
Hanya mencari anda, bertanya khabar dan menelefon anda ketika memerlukan anda. Golongan seperti ini seharusnya dijauhi segera. Usah biar diri diperbodoh!


2. Hanya anda yang berusaha
Hanya anda yang perlu menjaga hatinya, ingin bertemu dengannya dan menelefonnya. Orang macam ni, seharusnya makan tapak kasut sahaja!


3. Tiada perhatian
Kasihan, anda sedaya upaya memenangi hatinya, sedangkan dia tidak memberikan perhatian. Bukan itu sahaja, dia tidak mahu memperkenalkan anda kepada rakan, keluarga dan saudara maranya. Apakah maksudnya? Sudah jelas kan dia tidak memerlukan anda? - CARI Infonet

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055229 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list