Ini general post sebenarnya. Kalau tak relevan mod sila katup lah ye..
Sejak dua menjak ni aku banyak jugak tengok tv, segala drama aku tengok sekali sekala. Kebanyakan retis perempuan yg bebaru nak naik ni tak confident cantikkah? Logik tak kau belakon drama watak orang kampung dalam bilik tidur tapi bermake-up? Kalau ye pon dik oi taknak nampak teghuk sangat, make up yg nampak natural sudeh. Ni siap eye liner bagai. Ini tak masuk scene solat..
Aku suka retis retis lama or senior (aku tak cakap retis kertu eh )
Diorang punya makeup sesuai dan logik dengan jalan cerita. Ada pulak tu yg tak perlu makeup pon. Horror tak horror, tapi takdelah propa sangat! Macam ellie suriaty tu. Kihkihkih
SELAIN ISU MAKE-UP, ada beberapa scene aku rasa menipu, tak logik dan memberi harapan palsu kat masyarakat sebenar. Watak orang muda/ bujang yang bekerja biasa-biasa je ; kerani. Tapi duduk rumah sewa 2 tingkat share 2-3 orang, siap sofa tv LED and lain-lain. Logik? Aku ni datang KL duduk sewa bilik share 2 orang je weh. Tertipu hokey! kalau dalam drama tu watak berkerja as accountant ke, doctor ke, majistret ke, logik jugak tu. Lepastu, kereta pon taknak kalah. Kurang-kurang pesona.
Minta jasa baik orang yg terlibat dalam mana2 drama tu, aku faham , mungkin drama adalah sejenis fantasi tapi tolonglah logik sikit. Cukuplah menipu bbnu dengan jalan cerita lelaki romantik -till jannah - anak org kaya kahwin orang miskin - perempuan innocent- etc etc etc.
Persoalannya : Kenapa? Salah siapa? Untuk apa? Boleh ditambaik baik tak?
Antara senarai drama aku tengok (ada yg ulangan) : ADAM & HAWA, MENCINTAIMU, PLAN CINTA TAK JADI, KURILL MIA AHMAD TU (LUPA TAJUK), MEMORI CINTA SURAYA, ada banyak lagi tapi tengah tak boleh fikir.
Share lah scene2 yg logik tak logik kalau ada yg lain.
Post time 2-10-2015 04:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Itu lum lgi, org susah bljr kat U swasta ok. bkn apa, kan byk lagi U awam. jimat lgi, even klu dpt biasiswa pun khennnnn. klu dpt bljr kat oversea tu lain cerita la.
nak tgk citer melayu, pemikiran kena ubah mcm tgk citer kartun/animasi..logik itu tiada..
even citer hollywood pun byk je x logik, tp leh je hadam kan..
citer tamil x yah ckp lah..
cite korea pun make up jugak, cuma makeup yang nampak natural la. yang drama melayu ni, nak makeup boleh je tapi jgnla nampak sgt. sampai maskara, eyeliner, blusher pun bawah tido.
Post time 2-10-2015 05:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebut pasal drama melayu....Teringat kat thread mane.. Aku katalah citer melayu ni klise.. Asyik watak orang kaya berebut harta, xpun kawen kontrak.. Pastu ada yang balas, dah kalau letak citer mak cik jual nasik lemak bercinta dengan drebar lori saper nak tngok.. Wadi tu pasal orang miskin pun syok jugak citernya .. Ni lah melayu, kalau boleh tak nak lansung berkembang.. Asyik hadap benda yang sama
Post time 2-10-2015 06:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
LiveYourLife replied at 2-10-2015 05:59 PM
Citer mokcun g spain tu tak logic time ND and the geng jd student rumah kemain besar dan selesa. Pd ...
I second u. Rumah mewah gila padahal student ja pun.. bagi i drama yg i suka adalah karya kabir bhatia dan faisal ishak. Semuanya unpredictable dan memberi kesan.
Kabir bhatia :
Nur kasih
Jiwa
Bukan bidadari
Puteri malam
Faisal ishak;
Rafflesia ( lakonan rita rudaini dan zizan nin tahun 2005. Drama ni telah melonjakkan nama rita.
Post time 2-10-2015 06:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aireen24 replied at 2-10-2015 04:55 PM
anzalna selalu berbulu lentik berlikat mascara tapi kat rumah je kot scene nya...
ada yg komen anzalna belakon watak pompuan kg tapi bermaskara bagai .sheols reply kt komen tu,orang kampung pun dah maju dik non .pakai maskara kata nya