CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19275|Reply: 99

Julia Ziegler sedia dikritik kerana berbikini

[Copy link]
Post time 2-10-2015 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by d_dalia at 2-10-2015 09:08 AM

PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler bersedia menerima kritikan orang ramai gara-gara keterbukaannya berkongsi gambar-gambar seksi dengan berbikini dalam percutian di Pulau Redang, Terengganu.






Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 31, berkata, dia enggan terlalu menjaga hati masyarakat dan memikirkan kritikan pengguna laman sosial yang hanya tahu mencari kesalahan artis.

"Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.

"Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur," ujarnya kepada mStar Online.


Julia diminta mengulas tentang gambar-gambarnya berbikini yang dimuat naik di laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu sejak Rabu lalu.

Dalam pada itu, Julia menyifatkan memakai bikini ketika berada di pulau bukan sesuatu yang pelik dan sewajarnya tidak perlu dipertikaikan segelintir pihak.

Katanya, ia merupakan pakaian yang biasa dipakai oleh golongan wanita ketika bercuti di pulau dan ia juga tidak menyentuh sensitifiti masyarakat yang tinggal di kawasan itu.

"Bagi saya tiada yang pelik pun pakai bikini, orang-orang di kawasan ini ramai yang ambil gambar dengan saya dan tidak kisah pun pemakaian saya itu.

"Saya rasa ramai sahaja perempuan yang pakai seperti itu ketika di pulau, cuma mereka bukan artis dan tidak mendapat perhatian sahaja," ujarnya.


Sementara itu, Julia berkata, percutian selama seminggu di Pulau Redang itu merupakan perkara yang dilakukan hampir setiap tahun setelah penat bekerja.

Ia juga merupakan satu-satunya masa untuk dia bergembira bersama kawan-kawan sambil melakukan aktiviti sukan air.

"Percutian kali ini panjang sedikit daripada 28 September hingga 4 Oktober baru saya balik Kuala Lumpur, ramai kawan-kawan saya dari Kuala Lumpur baru sampai sini.

"Setiap tahun saya akan datang ke Pulau Redang untuk menyelam bersama kawan-kawan lain. Biasanya kalau ada tawaran drama pun saya akan tangguhkan dahulu sehingga selepas balik dari berucuti," ujarnya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 08:59 AM | Show all posts
dapat ku rasekan perut ko mesti bergayut2, tu pasal tak berani post gambr full dr depan..
hahahahahahahahaha... obviously sgttt..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:04 AM | Show all posts
Kulit nampak menggelebeh. Look hot in a bikini? You better work, bitch.


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:07 AM | Show all posts
sengaja cari penyakit eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 09:08 AM | Show all posts

tp tak byk pun komen kat insta dia..maybe dh tau rekod dia mcm mne sblm ni kot..so layankan aje
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:09 AM | Show all posts
d_dalia replied at 2-10-2015 09:08 AM
tp tak byk pun komen kat insta dia..maybe dh tau rekod dia mcm mne sblm ni kot..so layankan aje

barangkali la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2015 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala..dh suam2 kuku.tu je cr nk up kan diri balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:13 AM | Show all posts
beznya pulau.... antara redang dengan perhentian, perhentian lebih happening, but kedua2nya memang cantik~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 09:16 AM | Show all posts
gmbr dari depan takde ke?.. hekhek
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:26 AM | Show all posts
aku lebih tertarik dgn view laut tu dari view berbikini..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk pose gmbr bikini pon pi gym dululah dek..bagi body montok mcm khloe K tu...body pump bagai..baru syok nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:34 AM | Show all posts
arghh tetiba layan pulak vid britneyh tuh...


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah g sini dlu n kt sini mmg bebas sikit...bile mlm je bunyi club2 beach n rmai tingtong trgolek..mse aku nk blk bilik siap serempak gn kapel tgh fcuk lg ats batu..yg pasti kapel tu not tourist tp mcm pekeja resort gitu..kami yg malu kucing sbb trkacau diorg tgh sorong tarik...kikiki...

si julia ni g redang belah mne?pasir pqnjang yg happening ke or belah berjaya resort blkang bukit sana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:37 AM | Show all posts
saje nk naikkan nama yg dah sendu ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:41 AM | Show all posts
Biasalah tu, dah tak laku. Tu yang gigih up gambar palkai bikini tu. Badan dah la x de tone langsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendunyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:53 AM | Show all posts
percubaan tak berjaya kot.. hahahaha..
body pun takde shape..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:04 AM | Show all posts
fuhh .. pagi jemahat banje bikini
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:05 AM | Show all posts
Takde modal dah dia ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061782 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list