Edited by CARI-SFG at 30-9-2015 01:05 PM
Oleh : FirdausZ dan Fyruz Hanna
Artikel ini diterbitkan untuk kolum Video di portal CARI Infonet. Klik di sini.
Sindrom Wak Doyok melanda lagi dan rata-rata lelaki di Malaysia semakin gemar meniru antara gaya yang digayakan oleh Wak Doyok.
Kali ini kita tak fokus pada misai namun pada gaya rambut yang sememangnya menjadi trend masa kini.
Jom kenal Uppercut Deluxe..
Dicetuskan pada tahun 1950 yang berasal daripada Australia, potongan gaya uppercut ini memerlukan ketepatan dan kekemasan oleh tukang gunting yang mahir.
Gaya rambut yang dikategorikan sebagai medium-thick hair ini sebenarnya menipiskan bahagian sisi dan belakang rambut sambil membiarkan bahagian atas rambut lebih panjang.
Apa gaya pilihan anda? -CARI Infonet.
|